Thursday, January 12, 2012

76 PETUA MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Buat suami ku Zulhadid Asfari B Jamaludin, terima kasih kerana menyayangi diriku sepenuh hatimu.. Sesungguhnya abang adalah insan terbaik yang ditakdirkan oleh-NYA untuk menjadi peneman susah dan senang.. Sayang abang banyak2 dan selamanya... Bila baca artikel ni, semakin kuat hati ini menyintai abang kerana Abang sentiasa berada di belakang ketika susah dan senang dan sensiata menyayangi diri ini walau selalu tersilap laku dn melukakan tanpa sengaja... I love you so muchh... touching lak rasa.. sob sob sob...

Isterimu,
Mardhiah Hayati Md Zain

------------------------------------------------------------

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal mendirikan rumahtangga :

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Huiyoo... Anwar lepas tu....

Smalam seharian status bersepah2... Pasal Anwar dan Saiful.. Semua org terkedu dan erkejut keputusan mahkamah.. Aku pon sepanjang hari tk dapat focus.. hahaha boleh? Ape kene mengene la ko ngan saipul dan anwar ni Mardhiah..

Pertama, aku mmg mengikuti perbicaraan mereka.. Ade yg tertutup.. Yang tertutup tu aku tatau la ape isi.. Paling penting, kalau ko tk salah apsal la nk tutup2 ye tak?...


Kalau berfikiran sebagai orang biasa, di mana kenapa la ms pembelaan diri, Anwar Memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan tanpa soal balas dr pihak pendakwa.

Dan kenapa jgk la anwar tk mengenengahkan 5 org alibi yang dia bgtau masa awal2 dulu... Wan azizah siap wat PC mengatakan Anwar ada bersama2 dia waktu kejadian... Dan kenapa la anwar byk kali mau tangguh ini kes.. lbh 60 kli lbh kot aku rasa...

Setiap hari aku membaca dan mencari supaya aku terjumpa sesuatu yg meyakinkan aku anwar tak bersalah... Tiap hari aku baca blog2 pro anwar.. Tapi aku tk nampak ape2... Risau jgk hati aku ni tertutp dari dibukakan kebenaran...

Ok, selepas keluarnya keputusan mah kamah semalam, dimana mahkamah

1) Mahkamah TAK BOLEH JAMIN 100% INTERGRITI BEKAS DNA tu.
2) TAK BOLEH SABIT KESALAHAN PADA KETERANGAN SAKSI PERTAMA (SAIFUL BUKHARI) SAHAJA.

Kene ingat ye, anwar terlepas bukan dia tidak lakukan liwat tersebut. Jgn mudah percaya dgn temberang semasa dia berucap. Kalau di teliti setiap pengucapan dan ceramah anwar jg, dia berceramah, dia tidak ade mengatakan dia tidak meliwat. Ayat2 yang digunakan sgt play safe. Tp yg di ucapkan hanya ini semua kerja UMNO yg ingin merosakkan nama dia.

So, smalam aku fikir2 kenapa dan mcm mana anwar blh lepas...

Ok, aku baca semula kronologi perbicaraan dia dn saipul di mahkamah..

1. Patut la dia x mahu angkat sumpah ms bela diri, sbb dia tidak akn di soal balas.. dia hanya berceramah di kandang tertuduh. Sebab ape agak2? Sebab, jika dia bersoal balas dengan pendakwa, dia kene berusaha lebih keras utk menafikan.. Dan sekiranya dia x berjaya membuktikan apa yg diucap, itu blh dijadikan point utk dia tewas.... Sama juga kes nya yang dia pernah kata mempunya 5 alibi. Jika dia btl2 punya 5 alibi, tp x dpt dibuktikan, pon akn mendatngkan masalah pd dia..

2. Bila dia drag benda ni terlalu lama, sandiwara awal2 tu,org akn tak berapa igt dan lupa...

3. Karpal sendiri kata Anwar tidak blh di hukum kerana meliwat, kerana kejadian adalah rela saiful. Kerana saiful sendiri yang membawa KY Jelly dan blh minum bersama Anwar selepas di liwat. Jado perkara pokok nya dia liwat ke tak?

Ada yg jg cakap, itu masalah peribadi dia. Jgn sbb personal matter, dia tak leh jd PM. Astaghfirullah.. Dah tau dia songsang pon.. Contoh senang, PM tu kira pemimpin kan.. Suami itu jgk pemimpin, kalau ko dah tahu bakal suami ko 2 alam, liwat org pon blh, ko nak ke dia jd suami? Aduhhh... same la jgk jd PM..

So, sbnrnya anwar terlepas bukan sbb dia tdk meliwat, tetapi benda2 teknikal dan terlalu subjektif..

Dengan terlepas nya Anwar... Maka... jeng jeng jeng....

-----------------------------------------------
...............INTERMISSION................
-----------------------------------------------

Bila aku fikir2 kan semula.. semua ini ade hikmahnya.. Hanya Allah perencana dan mengetahui apa yang diaturkan-Nya...

Tapi dapat aku rasakan, Anwar akan lbh malu... Dan elok jg dia tak di tahan.. Setelah di canang satu dunia, setiap pelosok malaysia mengata kan ini konspirasi, di heretnya rakyat.. konon2 Rakyat Hakim Negara... So bila hakim dh kata anwar bebas, tak pulak korang sangkal keputusan tu x btl..

Malu la.. kalau aku jd anwar dan penyokong2 dia.. Dok kata macam2... aleh2 ko bebas.. aisehhh... so tipu ke ape ko canangkan tu?... Dan2 la mahkamah terus jadi adil.. sbb, ko lepas...

Paling aku tak puas ati pasal kes dorang pecat Dr Hasan Ali.. aihhh.. ape la nk jadik depa ni.. Nak p minum kopi jap la.. nnt sambung sessi luahan perasaan! hua hua hua...



Wednesday, January 4, 2012

Berganti tahun... bertukar rutin...

2011..

Jadual waktu bertukar..

Kalau dulu kol 8 leh duduk kt umah lg, mandi kan budak2.. bagi susu n makan... Kol 9 baru kuar rumah, anta bdk2 ke nursery and terus shoot ke opis..

Walau byk kerja cemana pon itu rutinnya.. cuma blk tu la x tentunya.. kadang time bz, seminggu blk rumah dorang dh tidur...

Sbb tu la pg time aku gunakan sepenuhnya untuk bersama anak2...

2012..

Tahun berganti...

Abang Haziq dah pg school...

Debar jgk, yuran dh byr full.. Jgn la dia buat hal mcm Tadika Ummi Bestari kt kota damansara.. Menangis xmo g sekolah.. Makan bulan jgk br ok..

Disebabkan aku sangat amat berpuas ati dgn taska budak2 ni 'Taska Dil Ilmu', so x plan langsung nk tukarkn haziq ke nurseri lain.. Taska Dil ilmi ni nursery, tp dia siap ade jadual harian.. sedar x sedar haziq dh kenal ABC, abc, 123 sume..

Ujung tahun lepas siap dpt report card perkembangan ailah dan haziq... Dan haziq siap ade buku2 sume... Wahh.. dh la byr jauh lbh murah dr taska Aqilah kt kota damansara... Alhamdulillah... Cuma taska x ade ajar detail, membaca sume.. takat kenal abc.. itu pon dh byk bagus.. Dr sessetengah taska, makan tido je bdk2 kan...

Itu dr segi pembelajaran diorang.. Yg paling amat aku puas ati adalah, dh jarang tgk dorang selsema... ALhamdulillah sgt2... First month masuk taska mmg dedua tgh selsema.. dan dari pertama masuk situ, hingga hari ni aku rs blh dibilang.. dalam 2 - 3 kali je kot dorang selsema.. itu pon x heavy...

Dulu ms kt taska kodam, mmg nk tgk hingus berenti pon susah...

Dan disebabkan itu la, dari taska ke tadika, aku amek van.. byran pon x mahal, pg blk dr taska ke tadika cume RM40 sebulan.. Alhamdulillah..

So first day haziq g sekolah, van jemput 730 dari taska.. bermakna aku perlu siap2kan haziq dari rumah awal.. paling lewat kuar rumah pukol 725.. Dan awal jgk la antar aqilah.. sob sob sob.. sedih pulak...

Haziq pon excited nk g school.. Sementara tunggu van, aku tunggu dlm keta.. saje nk tgk dia naik van.. Pas naik van, aku terus ke tadika dia.. Tadika Cahaya Sri Iman.. Kat situ lama jgk aku tunggu.. mana la van haziq ni.. berdebar2 pon ade.. Ibu pulak yg berdebar lbh...

Dlm 15-20 minit br la nmpak van tu... Pakcik van turun kan haziq dan hantar ke pintu tadika.. Aku pon turun kereta ikut haziq ke dalam.. Maklum la first day kan.. Pesan kt cikgu yg haziq pg blk akan naik van.. Pastikan dia naik van yg betul ye...

Aihh.. sebak rs.. 5 tahun dh kene berdikari turun naik van.. Lepas tu anak aku ni leh tanye lak.. "Ibu, nape ibu datang sini ibu. Ibu balik la, haziq nk school ni..." Adeih.. betuah btl anak aku ni..

Tapi alhamdulillah, dia x nangis..

Makanya rutin aku bersama anak2 juga bertukar... Kalau ak bz lepas ni, makin kurang la masa ngn dorang.. oleh itu aku akn berusaha utk tdk bz n blk lmbt...

Haziq, belajar rajin2.. Ibu doakan haziq menjadi insan berjaya dunia dan akhirat..

Amin..

Tuesday, January 3, 2012

Ape perkara wajib aku buat sebelum start kerja

Setiap hari aku akan smpai ofis dlm pukol 9-930 pagi.. dan selalunya aku la orang pertama smpai.. Walai waktu masuk fleksible, tp ase besalah je dtg lmbt.. hahaha.. tp kalau surfing x ase besalah pulak kan.. tulis blog bagai, fb... ihihi.. janji keje siap ye tak..

Tapi sebelum aku memulakan ape2 kerja, perkara wajib aku buat:

1. Aku akan check email opis dan gmail

2. login FB, tgk kot ade ape2 notification.. Then jengah2 wall kawan2, kalau ade bende2 menarik di share, aku akn sharekan.. dan buat la ape2 yg patut kan..

3. Aku akan bukak utusan dan hmetro..

4. aku baca blog che det http://chedet.cc/blog/ kalau ade ape2 update..

5. Aku akan baca blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ konpom ari2 ade bende baru...

6. Aku baca blog http://www.papagomo.com/... dan akan klik link yg memaparkan kisah2 baru..

7. Aku baca blog http://milosuam.blogspot.com/.. aku kan timbang tara blk ape issue aku baca dr blog pro kerajaan..

8. aku baca jgk http://bm.harakahdaily.net/ utk dapatkan balancing..

9. tak lupa aku akan buka jgk http://www.malaysiakini.com/..

10. Ok, sbb dah baca blog2 heavy, penat fikir dan membuat rumusan di atas bacaan2 tu, aku pon bukak la pulak ohartis.com dan ohbulan.com.. hehehe...

11. Tak lupa blog aku x penah tinggal lg, http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/.. blog yang sempoi.. aku rasa mcm baca novel lak.. Dan kalau ade dlm peberet link di blog aku ade update ape2 aku akan baca jgk... :D

12. Ok, cukop. Aku memerlukan 1 jam lbh utk membaca semua diatas... dan akan start kerja yg tertinggal..

Itu lah dia rutin aku hari2 sblm start keje.. so, sbnrnya sama je kalau aku dtg lewat.. eh tapi walau aku dtg awal keje, blk ttp paling awal kol 7.. so cincai kira, kerje aku ttp 8 jam.. ihihih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news