Friday, September 1, 2023

16 tahun usia blogspot ini

 MasyaAllah.. teringat masa mula-mula create blog ni semasa dalam pantang melahirkan Abang Haziq.. Masa tu dok fikir mcm mana nak bantu suami tambah pendapatan dan simpanan.. sebab br kawen kan, duit byk pakai.. so macam-macam la fikir kan nk buat apa..

Sedar tak sedar, abam Haziq pun dah nak masuk 16 tahun.. bermakna, blog ni juga dan berusia 16 tahun.. Pejam celik pejam celik, pejam jangan tak celik2... silap2 tak lama lg bermenantu dah ibu... heheh.. aipp... panjang lg perjalanan abang haziq ye.. ade lg 10 juz, kemudian nak ambil syahadah pule.. Moga diterangkan hati anak2 ibu dalam menerima ilmu bermanfaat, dan menhafaz...

Abang haziq,

Ibu doakan haziq akan menjadi anak yg soleh, menjadi Hafiz dan Ahlul Quran yang akan membawa ilmu-ilmu bermanfafaat pada semua umat.. Menjadi contoh yg terbaik buat adik-adik..


Wednesday, May 4, 2022

😩Bila kita ada je anak buat hal? 😩

😩Bila kita ada je anak buat hal? 😩

Bila kita tak ada rilek je anak kita main dengan kawan tapi bila kita datang je dia terus berubah perangai kan?

Sebenarnya anak buat perangai depan kita sebab :

πŸ‘‰ Dia rasa selamat dengan kita (feel safe and secure) 

Dia tahu walaupun perangainya annoying tapi dia ada mak ayahnya sebagai tempat untuk :

πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Raih perhatian
πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Dapat kasih sayang
πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Tempat meluahkan
πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Sumber ketenangan
πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Sumber hiburan
πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘¦ Sumber kebahagiaan

Jadi pada mak ayah semua, teruskan mendidik anak dengan sabar ya kerana mereka sangat perlukan kita.

" Anak dahagakan kasih sayang kita seperti mereka dahagakan air di tengah padang pasir " 

#notaparentingTaufiqRazif

4 bulan berlalu di tahun 2022

Cpt betul masa berlalu...

Sedar2 dh masuk May... Sedar2 dah raya... 😒😒

Rindu Ramadhan... Bulan melatih diri memperbaiki segala kekurangan dn amalan...

Moga di izinkan Allah utk berjumpa di tahun hadapan...

#Raya2022
#RayaTerkejut


Monday, January 18, 2021

2021 Sepantas masa berlalu, sepantas itu usia meningkat...

 Assalamualaikum..

Tahun lepas dan tahun ini bukan tahun yg bishe - bishe.....

Pelbagai macam dugaan di lalui...

Dengan masalah covid yang tak pernah surut, malah meningkat... Tak tahula bagaimana pengakhiran semua ini.. Yang pasti nya kehidupan tetap perlu diteruskan dan di lalui... Kerana keyakinan dunia hanya sementara dan tempat ujian kita semua... Manakala akhirat jua lah segalanya2...

Sedar tak sedar hampir 4 tahun ibu berkhidmat dalam organisasi yang betul2 memperjuang sesuatu yang andai satu masa dahulu mungkin ibu rasa xkan mungkin kita dapat keluar sepenuhnya secara keseluruhan konteks kehidupan kita.. Hanya perangi secara individu... Itu pun seminima yang mampu ibu buat pun adalah beralih semua financing ibu dan abah ke Islamic Loan... 

Namun sekarang ibu berada dalam organisasi yang benar2 ingin keluarkan kami semua yang terperangkap, mengeluarkan kami secara total dalam urusan seharian... Alhamdulillah.. Matlamat dan proses itu ada.. tp ia bukan sesuatu yg mudah utk mengharungi nya...

3/5/2017 Alhamdulillah ibu membuat keputusan yang tepat.. Bersama2 membantu apa yg mampu,berbekalkan pengalaman dan kudrat yang ada... Masa ni dah ready nk kerja semula.. sebab Nur Aqilah Zulfa dah masuk darjah satu.. Ibu mati kutu dok umah sensorang.. Menunggukan rezki adik Haziq dan Aqilah msh belum diizinkan Allah masa ni. hehehehe... Ibu dpt 2 offer... Yg satu tu company bukan muslim... Gaji ofcourse lbh 2 kali gaji yang satu ni..

Berhari jgk minta pentunjuk dan nasihat orang tua.. Mama kata, elok la kak yang ni, company Melayu Islam.. gunakan la apa yg ada.. pengalaman dan ilmu.. Nature of business masa tu hanya tadika Montessari Islam... dan mmg bidang yg ibu minat.. pendidikan kanak2.. Fikir punya fikir.. walau gaji btl2 cukup menampung perbelanjaan ketika itu, ngam2... Dan antara yang menarik, yang interviw ibu kata sini, akan ada peluang untuk bisnes pada kakitangan...

Alhamdulillah... Ibu survive hampir 4 thn.. Malah cabang perniagaan Big Boss semakin meluas.. Yang pasti ibu adalah antara Penyokong kuat dan Ikhlas, walau ibu hanya kerja biashe2 saja disebalik tabir... hehehe.. Maklumla.. sebab ibu ni pemalu gituu.... 

Sebab prinsip ibu, jika kita benar2 ikhlas dan bersama2 dalam perjuangan ini, tak semestinya memerlukan pangkat dan jawatan kan... Tapi kita tettap bersama2 walau apa jua keadaan... Alhamdulillah... Sebenarnya banyak sgt nk share... mungkin lepas ni mood ibu kembali semula untuk menulis.. hehehe.....


Thursday, May 21, 2020

JIHAD EKONOMI

Walupun sudah 62 tahun merdeka, kita masih ketinggalan jauh.

Lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi.

Orang kita sangat susah, sebab itu lah kita dipandang hina dan tidak dihormati.

Kita tak boleh benarkan orang pijak kepala kita!

Bayangkan, lebih 40% pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000.

Walaupun sektor runcit di Malaysia bernilai RM110 billion, pemilikan bumiputera hanya serendah 8%. Jurang ekonomi kita sangat jauh.

Kegagalan sistem ekonomi masyarakat kita berpunca daripada sikap LEKA dan SOMBONGNYA diri kita.

KoPPIM sedang membina sebuah ekosistem ekonomi Islam. Namum KoPPIM memerlukan sokongan anda untuk: SPEND, UNITE & FUND

Spend: Dengan terus membeli produk atau barangan orang Muslim
Unite: Bersama satukan kekuatan wang ringgit kita di dalam Koperasi Pembangunan Islam Malaysia
Fund: Melabur secara bulanan dengan konsisten di dalam KoPPIM serendah RM100.

KoPPIM mensasarkan dividen antara 8% ke 15% buat pemegang syer.

KoPPIM mensasarkan mencapai 30 billion market syer dalam masa 10 tahun.

Ayuh kita bersama-sama menjadikan KoPPIM landasan utama Muslim bagi membina satu ekosistem ekonomi Islam yang baru dan lebih adil demi untuk mengembalikan hak dan maruah kita.

Daftar sekarang di http://bit.ly/registerkoppim

Kongsikan posting dan video ini ke di facebook dan semua whatsapp group anda.

Friday, November 8, 2019

Cara Solat Hajat



Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat hajat.


Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah.


Apa yang menarik:


Panduan solat sunat hajat ini dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.



Pengenalan


Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah.


Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.


Allah berfirman:


Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.


Surah Ghafir ayat 60


Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.


Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:


Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi





— Riwayat al-Hakim no. 1218


Antara Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Hajat adalah:
Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
Permohonan dimakbulkan Allah SWT.





Waktu Sesuai Melaksanakan Solat Sunat Hajat


Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.


Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.


Namun lebih afdhal jika:


— ia dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi.


Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah solat tahajjud.


Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.


Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.





Lafaz Niat Solat Hajat


Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya:





Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala


Maksudnya:


Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala





Jumlah Rakaat Solat Sunat Hajat


Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.


Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam.





Surah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat Hajat


Terdapat pelbagai-bagai pendapat tentang bacaan dalam mengerjakan solat sunat hajat.


Tetapi walaupun begitu, rukun-rukun solat ini tetap sama sebagaimana dengan solat-solat sunat yang lain.


Panduan ini merupakan salah satu cara yang boleh diikuti:


Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti Ayatul Kursi (Al-Baqarah, ayat 255) sebanyak tujuh (7) kali:








Dalam ejaan rumi:


Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”






Maksudnya:


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali:





Maksudnya:


Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”


Semasa sujud terakhir sebelum tahiyat terakhir, seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:






Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin


Maksudnya:


Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.






Sujud adalah tempat yang paling afdal untuk memohon doa dan hajat


Jika tidak dibaca tasbih tersebut atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud.


Seterusnya bangkit daripada sujud, membaca tahiyat akhir dan memberi salam.





Maksudnya:


Keselamatan ke atas kamu dan rahmat Allah





Doa Selepas Solat


Sesudah salam, bacalah doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.


Boleh guna bahasa sendiri atau berdoa sebagaimana doa berikut:





Dalam ejaan rumi:


Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘a zaa-ie-ma magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.


Allahumma innaka tasma-u’ kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba-ie-sulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mustafiqul mukirul magtarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal


Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘a man khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu


Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.


Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.


Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.


Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.


Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.



Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat


Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:


Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat.


Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.


Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki.


Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.


Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.


Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.


Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.


Biar Allah yang mengaturnya.


InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.

Refer : https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-hajat/

Sunday, June 23, 2019

Ingin kembali aktif menulis 2019

Assalamualaikum..

Tiba2 ibu rasa kembali bersemangat nk menulis pada blog yg dah semakin bersawang ni... Cuma sekarang ibu mungkin banyak nak kongsi apa sahaja yg berlaku dan terkesan dalam jiwa ibu..

Blog ni dulu di bina semasa dalam pantang Abam Haziq.. Sekarang abam haziq dan berumur 12 tahun! Wow!! lama jgk blogger nk maintain ni.. mungkin sebab ada beberapa post yg agak tinggi jgk org tgk.. hari2 ada je traffik kan..

okay2, doakan ibu ada kekuatan dan istiqomah utk menulis setip hari...

Cuma ibu nk beritahu, ibu happy dan gembira dengan life skrng sbb ibu rasa dh tidak ada apa yg ibu nk cr dlm hidup skrng hanya redha Nya dan focus utk anak2 membesar.. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat...

Monday, August 28, 2017

Kembali bekerja

Setelah hampir 3 tahun menjadi suri.rumah sepenuh masa, akhirnya aku telah kembali melaporkan diri dn mempunyai majikan...

Moh la kito bekojo sekuek nyo....

Alhamdulillah..

Kadang2.. bila kita rasa dh x ada tanah untuk dipijak... Tiada langit nak di gapai.... Saat itu la kita dipinjamkan insan2 yg sentiasa dn x pernah jemu untuk berada di sisi..

Saya doakan semua insan yang ada dn hadir di kala saya sakit... saya jatuh dn terduduk.. Moga kalian di beri keberkatan.. kebahagian dunia dn akhirat... serta di murahkan rezeki dn dipermudahkan segala urusan.... Hanya Allah yg mampu membalas budi baik kalian....

Tida kan pernah ku lupakan walau seinchi...

Semoga aku kuat utk terus bangkit.....

Friday, May 27, 2016

MPH warehouse sale...

Wahhh... puas ati membeli...

Semua buku2 yg di tapau 90% diskaun!

Yang rm105 jadi rm10.50 je...

Yang rm38 jd rm3.80..

Yang rm8 jd rm0.80..

Alhamdulillahhh berbaloi2...

Penuhkan jadual dgn membaca....

Comeback sket...

Lamaaaaa x hapdet blog...

Lps resign setahun setengah yg lepas

Alamdulillahhhhhh

Walau mcm2 dugaan dn cabaran di lalui... Alhamdulillahhhhhhhh

Sunday, March 1, 2015

Kembalinya papa mertuaku pd penciptaNya

Sesungguhnya kita semua dipinjam kan olehNya hanya sementara..

Hidup di dunia juga sementara..

Yang kekal abadi hanyalah nu  di sana...

Berkejar2 la kita buat kebaikan supaya di sana abadinya kita berbahagia...

PThn ni kami tiada papa lg... Ayah mertua telah kembali kpd penciptaNya pd 17/12/14..

Masa tu kami tgh celebrate anniversery yg 8 15/12/14.. Tiba2 mendapat panggilan papa heart attack... Major attack.. Semua tekejut sbb papa tiada skt jantung...

Papa terlalu penat barangkali.. Seusianya hampir 70 thn tetapi msh bekerja...

Namun semuanya sudah tertulis.... Slps mndpt rawatan di kecemasan, papa survive dn dimasukkn ke CCU... Esk nya 16/12/14 kami pg melawat, dn papa blh berckp spt biasa.. Cuma agak kepenatan..

Kata mama, papa rindu haziq... Sedih rs.. Sbb kebetulan kami blk kepong papa tiada di rumah, dlm sbln tu ade 2-3 kali... Namun ms di ccu, Smpt kami kirimkn rekod pesanan haziq agar tokwan cpt sembuh... Kanak2 tdk blh naik...

Namun jika sdh tertulis tarikhnya dia akan pergi, pg 17/12 jam 6 pg hosp menghubungi kami papa nazak.. Krn 2nd attack... Dn di saat itulah papa pergi selamanya...

Ya Allah... Satu kejutan yg amat bsr pd kami... Krn papa pergi secara tiba2.. Semua terkejut... Terutama mama... Ya Allah, semoga mama tabah dgn ujian ini...

Walau telah 2 bln lbh berlalu papa pergi, kami msh rs seakan2 papa msh ada.. Namun haziq sering rindukan tokwan.. Kadang haziq menangis teresak2.. Ya Allah.. Bila haziq menangis, kami semua akn turut menangis.. Hiba sungguh rsnya...

Kami x pwrnah putuskn doakn tokwan... Semoga tokwan ditempatkn di golongan org2 yg beriman....

Al-fatihah...

Wednesday, June 4, 2014

Hari hari hari rayaaaa dgn IPO

Wow! Sgt terujaaaaa.. Smlm lepaking ngn geng2 saham.. Ahaks... Masing2 sume dpt ipo berderet2... 7 eleven, Boustead plantation, icon offshore, disusuli econpile.. Perghh.. Masing2 dpt bkn sikit2.. Minima 10000 unit, max ade yg dpt 1 juta unit! Dah la listed bederet2 tarikh! Ini baru btl2 hari hari hari raya!

Nk nyesal, nyesal jgk. Konon ritu komite ngn kerja, x smpt nk p setelkn bank statment.. Last2 leleh je tgk kawan2 dpt.. Tp dlm x dpt tu smpt la menumpang rezeki kwn2... Dpt la aku 1010 unit utk boustead plantation, 10000 unit utk icon offshore.. Tapi, profit sharing... Buleh la.. Dr x ada apa2 kannnnnnn....

So utk nxt ipo yg bsr2 ni x ada excuse utk aku x proceed! Aku kene readykan je dulu statement yg ade! Dh la yg x kuar lg ni yg bapak2 bsr! Ranhill, iskandar, al-bukhary dn mcm2 lagi!

Tuesday, June 3, 2014

MKLAND.. Kaunter TAVA pertama

Untuk pertama kalinya aku dpt monitor satu kaunter yg hari ni seakan2 memenuhi smua prasyarat TAVA! Dh 3 hari aku dok usha kaunter ni mcm nk menurun jee.... Dan hari ni syarat2 sume dh cantekkkk... Vol cantekkk.. MACD dh cross.. Nk cek MO je sat g... Konfem kalu, apa lg, queue for buy laaaa! Heeehehe..

Antara tips tava yg di share oleh geng2 saham.. Tips ni jgk kami dpt dr sifu kami... Yeaaahhh...

Sekedar refreshmnt, betulkn kalau salah...

TAVA:
Mandatory:
Only buy hanya bila cukup syarat 4 indikator ni:
1) Vol secukup rase
2) MO MESTI di ats garisan 100 baru masuk buy
3) MACD garisan hitam mesti berada di atas garisan merah. DAN kedua2nya mesti sudah atau sedang menaik mlepasi garisan 0.00.
4) MA mesti mnunjukkn signal UPTREND (hitam di ats merah dan garisan menaik- lagi lebar julat di antara kdua2 garisan,,,lg bagus!)

TAVA setting:
guna oms:
1) MA 1 pilih EMA tukar kpd 6
2) MA 2 pilih EMA tukar kpd 18
3) pilih default Volume
4) MACD tukar kpd EMA dan default parameter
5) MOmentum tukar kpd 15

TAVA sesuai utk monitor dn berurusniaga di TF 30 min

Signal Keluar!
Mandatory
1) MACD berada d bawah / sedang menuju garisan 0
2) garisan merah berada di ats hitam (MA)
3) xdak Vol
4) MO berada di bawah 100

Semoga kami semua dipermudhkan jalan! Yeahhh!

Monday, June 2, 2014

Pencairan aset bermula..

Nampaknya untuk dptkan sesuatu, kita perlu korban kan sesuatu yg kita ada..

Terfikir aset mana yg ingin di cairkan.. Harini dh dpt list harga rumah mengikut market value...

Kota damansara rm350k
Puncak alam 120k
Puchong 190k

Dh penin nk letgo yg mana...

Saturday, May 31, 2014

Sesuatu harus dilakukan..

To be honest ikut rasa mmg nk tarikh diri je... Hari2 perasaan bercampur baur.. Nk quit, nak teruskan... Hakikat aku ase dh sedikit tawar hati...

Aku ase aku bkn sj mangsa disebabkan org2 lama benti, maka aku kene cuci apa yg ptt, tapi aku mangsa politik dalaman sendiri...

Arghh... Ni la masalah bile dah kebanyakan nye org kite.. Senang cete ginilah, org yg dh 2 thn lbh dlm pojek ni pon masih blh kata x tahu, kami yg br setahun jagung ni nk kene tekan siapkan dn mahirkan semua???

Technically and process... Pecah pale... Sblm ni aku mmg semangat sgt nk membantu SME, sbb dia sensorang kene uruskan..  Mmg kelaut.. Bila x kemana kene hentam. Bkn dibimbing. Tp bila dh lalui seoalah2 benar2 diluar kemampuan.. Dn aku rs mls nk hadapi kt2 tohmahan client, ayat menghiris qalbu.

Yg buat aku rs hangin semula bila baca ayat2 yg di tulis seseorang yg msg ms hr ke tiga. Psl katanya projek ni under department lain. So xde team. Nk mintak tlg kene request. Ayo ma ayo pa. Ini projek ade satu team. Dn spttnya semua team kene beri kerja sama. Kami yg br join ni jd mangsa menadah semua! Seb baik ms last uat ade wakil app team..

Honestly bila dorang kt appteam terlibat utk compliance ni mmg sgt x logik. Sbb dorang yg dr awal amek requirement dn terlibat functional. Sptt effort yg perlu ditambah utk buat compliance ni x la se struggle kami yg msk br  setahun. Aihhh... Tatau la ape yg pihak atasan nmpak dn rencanakn..

Tp sekali lg sejujurnya, aku rs aku x mampu nk teruskan.... Uwaaaaaa.....

Thursday, May 29, 2014

Nyawa dn syurga saya

Walau iebu sgt bz, tp dikesempatan yg ada ibu akn ttp luangkan ms dgn cinta hati ibu semua...

Ahad lepas bila x kene keje, tapi seharian ibu training pulak... Pengorbanan ni semua ibu buat sbb ibu nk jd ibu dn isteri sepenuh ms yg ada disamping keluarga bila2 ms sahaja.

Walau dulu ibu penah janji xo bz2 dh, tp ade perkara yg perlu ibu selesaikàn....

Semoga semua dipermudahkannn....

Akhirnya!!

Hr ni ade dua berita gumbiraaaa.... Lal lalala...lalala...

Pertama hr ni last day utk complianc test! Yeaahuuuuuu....

Kedua, harini akhirnya tejual jgk kaunter cinta pertama aku ngn bskl dengan keuntungan!! Walau untung x seberapa kannnnnn..... Alhamdulillahhhh... Ni semangat lg ni...

Ok moh kita intai mlm ni mana2 kaunter yg menarik....

Monday, May 26, 2014

Reprogramming smula tujuan...

Hari ni adalah hari yg ke 6 Compliance test berlangsung... Bermacam dilalui... Dan bermacam jg pengajaran dn pmbelajaran yg dikutip...

Walau perit melaluinya, dr positif side sbnrnya banyakkkk sgt iktibar...

Cuma kadang aku cuma rs spt menganiaya diri sendiri... Or aku rs spt melanggar prinsip cr kerja... But yet, semua ni diluar kemampuan dan kawalan aku...

Just imagine, aku join company ni lah br aku sedar an kewujudan bidang ni dlm industry.. Record Management System... Br je msk setahun.. Pastu kene lead... Sedangkn org asal2 yg ada utk requiremnt pon dh bertukar hmpir 4 generasi...

Mmg jiwa perlu kental... Hr ketiga dn ke4 aku benar2 gagal mengawal emosi... Aduhhh.. Malu seh... Menangeh dpn user!!! Haahahaha... Kemon mardhiah!! Kau kata ada 5-6 thn pengalaman bidng developement. Pdhl bkn x jumpa user yg pelbgai karenah, tp kau gagal dn touching lbh pulak kali ni kannnnnn....

Pertama mungkin sensetap lbh sbb bln nk mengmbang... Kedua aku rs frust kot.... Sbb apa yg dibincangkn sewaktu workshop aku dh cuba sebaik mungkin utk memenuhi cr penulisan script yg dh dipersetujui... Aleh2 dinafikan mentah2.. Aku rs penat dn frust... Aku dn team dh bertungkus lumus buat yg terbaik...

Tapi apa kan dayaaaaa.... Aku rs tercabar pon ye jgk... Sbb kalau aku gagal deliver succefully compliance ni tercalar la rekod aku... Kalau previously aku rs Alhamdulillah byk achievement dr segi completekan satu2 system or projek, malu lah kalau ni x blh!! Cuma situai mungkin berbeza... Dn skali lg semua bnr2 diluar kemampuan dn kawalan aku...

Spt biasa, ms stress aritu aku rs bnr2 gv up nk teruskan.. Tp now bila dh ok aku rs aku rs bertanggung jwb utk sudahkan jgk benda ni smpai setel! Cuma cabaran nya lbh dr yg sblm2 ni... Bak kt suamiku, "kalau company sblm ni x byr gaji 6 bln pon kamu akn stay utk completekan projek, ini kan pulak comp yg msh byr gaji... Ye la tu nk surrender... " Uhuhuhuhu...

Apa yg mampu aku buat, berdoa byk2 semoga semua urusan dipermudahkannnnn...

Sunday, May 25, 2014

Bila kerja bkn krn keperluan....

Hari ninhr ulangkaji... X sabar nk amek exammmm... Sblm amek exam aku leh jd remiser jadian..

Penat sgt dh ngn keje... Dulu ase nk menolong.. Tp ase dh diluar kemampuan...

Ku terima tawaran walau ikutkan cm dh downgrade carier.. Tp demi amanah ku terima...

Tp, pengalaman ase sgt pahit.. Ya Allah... Berat btl nk berdepan ngn user2 yg ade conflict of interest ngn product lain....

Smoga aku diberi kekuatan menghadapi semua...
Dan semoga aku dpt menyudah kan kerja yg dh berganti org seramai lbh 3-4 org....

Inilah dilema bila kerja bukan kerana memerlukan... Tp kerana amanah... Uwaaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news