Friday, November 8, 2019

Cara Solat Hajat



Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat hajat.


Panduan ini akan membimbing anda secara langkah-demi-langkah dengan mudah.


Apa yang menarik:


Panduan solat sunat hajat ini dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.



Pengenalan


Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah.


Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.


Allah berfirman:


Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.


Surah Ghafir ayat 60


Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian.


Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud:


Doa itu ialah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi





— Riwayat al-Hakim no. 1218


Antara Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Hajat adalah:
Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
Permohonan dimakbulkan Allah SWT.





Waktu Sesuai Melaksanakan Solat Sunat Hajat


Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.


Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.


Namun lebih afdhal jika:


— ia dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi.


Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah solat tahajjud.


Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.


Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.





Lafaz Niat Solat Hajat


Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya:





Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala


Maksudnya:


Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala





Jumlah Rakaat Solat Sunat Hajat


Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.


Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam.





Surah Yang Boleh Dibaca Dalam Solat Hajat


Terdapat pelbagai-bagai pendapat tentang bacaan dalam mengerjakan solat sunat hajat.


Tetapi walaupun begitu, rukun-rukun solat ini tetap sama sebagaimana dengan solat-solat sunat yang lain.


Panduan ini merupakan salah satu cara yang boleh diikuti:


Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti Ayatul Kursi (Al-Baqarah, ayat 255) sebanyak tujuh (7) kali:








Dalam ejaan rumi:


Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”






Maksudnya:


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali:





Maksudnya:


Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”


Semasa sujud terakhir sebelum tahiyat terakhir, seeloknya bacalah tasbih sebagaimana di bawah sebanyak 40 kali:






Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin


Maksudnya:


Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.






Sujud adalah tempat yang paling afdal untuk memohon doa dan hajat


Jika tidak dibaca tasbih tersebut atau setelah cukup bilangan bacaan tasbih, maka pohonlah sebarang hajat di dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujud.


Seterusnya bangkit daripada sujud, membaca tahiyat akhir dan memberi salam.





Maksudnya:


Keselamatan ke atas kamu dan rahmat Allah





Doa Selepas Solat


Sesudah salam, bacalah doa semoga dimakbulkan hajat yang dipohon.


Boleh guna bahasa sendiri atau berdoa sebagaimana doa berikut:





Dalam ejaan rumi:


Allahumma inna nas aluka maujibati rahmatika wa ‘a zaa-ie-ma magfiratika wal ghonimata min kulli birrin wassalamat min kulli ismin wal fauza bil jannati wannajati minannar.


Allahumma innaka tasma-u’ kalami, watara makani wataq lamu sirri wa’ala niyati walaa yahfa alaika syai-unn min amri wa analba-ie-sulfakir wal mustaghi sul mustajir wal wajilul mustafiqul mukirul magtarifu ilaika bizanbihi as aluka mas alatal miskin wa abtahilu ilaika ibtihal


Ilmuznibil zalili wa ad auka dua alkhoifil dhorir dua ‘a man khodhoatt laka raqabatuhu wazalla laka jismuhu wara ghima laka anfuhu


Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.


Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.


Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.


Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina.


Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu.



Penutup: Mintalah Perkara Baik Yang Berkekalan Hingga Akhirat


Sekadar panduan untuk hajat yang diminta:


Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat.


Semoga harta menjadi bekalan di hari akhirat.


Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki.


Doa anak soleh tidak putus walaupun selepas kematian.


Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.


Berapa ramai pasangan turun naik mahkamah walaupun berkahwin atas dasar cinta.


Janganlah terlalu spesifik hajatnya, kerana kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.


Biar Allah yang mengaturnya.


InsyaaAllah, hajat yang baik akan dimakbul, sama ada cepat atau lambat.

Refer : https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-hajat/

Sunday, June 23, 2019

Ingin kembali aktif menulis 2019

Assalamualaikum..

Tiba2 ibu rasa kembali bersemangat nk menulis pada blog yg dah semakin bersawang ni... Cuma sekarang ibu mungkin banyak nak kongsi apa sahaja yg berlaku dan terkesan dalam jiwa ibu..

Blog ni dulu di bina semasa dalam pantang Abam Haziq.. Sekarang abam haziq dan berumur 12 tahun! Wow!! lama jgk blogger nk maintain ni.. mungkin sebab ada beberapa post yg agak tinggi jgk org tgk.. hari2 ada je traffik kan..

okay2, doakan ibu ada kekuatan dan istiqomah utk menulis setip hari...

Cuma ibu nk beritahu, ibu happy dan gembira dengan life skrng sbb ibu rasa dh tidak ada apa yg ibu nk cr dlm hidup skrng hanya redha Nya dan focus utk anak2 membesar.. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news