Assalamualaikum..
Tahun lepas dan tahun ini bukan tahun yg bishe - bishe.....
Pelbagai macam dugaan di lalui...
Dengan masalah covid yang tak pernah surut, malah meningkat... Tak tahula bagaimana pengakhiran semua ini.. Yang pasti nya kehidupan tetap perlu diteruskan dan di lalui... Kerana keyakinan dunia hanya sementara dan tempat ujian kita semua... Manakala akhirat jua lah segalanya2...
Sedar tak sedar hampir 4 tahun ibu berkhidmat dalam organisasi yang betul2 memperjuang sesuatu yang andai satu masa dahulu mungkin ibu rasa xkan mungkin kita dapat keluar sepenuhnya secara keseluruhan konteks kehidupan kita.. Hanya perangi secara individu... Itu pun seminima yang mampu ibu buat pun adalah beralih semua financing ibu dan abah ke Islamic Loan...
Namun sekarang ibu berada dalam organisasi yang benar2 ingin keluarkan kami semua yang terperangkap, mengeluarkan kami secara total dalam urusan seharian... Alhamdulillah.. Matlamat dan proses itu ada.. tp ia bukan sesuatu yg mudah utk mengharungi nya...
3/5/2017 Alhamdulillah ibu membuat keputusan yang tepat.. Bersama2 membantu apa yg mampu,berbekalkan pengalaman dan kudrat yang ada... Masa ni dah ready nk kerja semula.. sebab Nur Aqilah Zulfa dah masuk darjah satu.. Ibu mati kutu dok umah sensorang.. Menunggukan rezki adik Haziq dan Aqilah msh belum diizinkan Allah masa ni. hehehehe... Ibu dpt 2 offer... Yg satu tu company bukan muslim... Gaji ofcourse lbh 2 kali gaji yang satu ni..
Berhari jgk minta pentunjuk dan nasihat orang tua.. Mama kata, elok la kak yang ni, company Melayu Islam.. gunakan la apa yg ada.. pengalaman dan ilmu.. Nature of business masa tu hanya tadika Montessari Islam... dan mmg bidang yg ibu minat.. pendidikan kanak2.. Fikir punya fikir.. walau gaji btl2 cukup menampung perbelanjaan ketika itu, ngam2... Dan antara yang menarik, yang interviw ibu kata sini, akan ada peluang untuk bisnes pada kakitangan...
Alhamdulillah... Ibu survive hampir 4 thn.. Malah cabang perniagaan Big Boss semakin meluas.. Yang pasti ibu adalah antara Penyokong kuat dan Ikhlas, walau ibu hanya kerja biashe2 saja disebalik tabir... hehehe.. Maklumla.. sebab ibu ni pemalu gituu....
Sebab prinsip ibu, jika kita benar2 ikhlas dan bersama2 dalam perjuangan ini, tak semestinya memerlukan pangkat dan jawatan kan... Tapi kita tettap bersama2 walau apa jua keadaan... Alhamdulillah... Sebenarnya banyak sgt nk share... mungkin lepas ni mood ibu kembali semula untuk menulis.. hehehe.....
Monday, January 18, 2021
2021 Sepantas masa berlalu, sepantas itu usia meningkat...
Subscribe to:
Posts (Atom)