Tuesday, May 10, 2011

Alahan Laktosa @ Lactose Intolerant Part 1

Alhamdulillah.... Akhirnya aku dah jumpa susu yg sesuai untuk Aqilah.. bukan la bermakna selama ni x jumpa.... 8 bulan pertama Aqilah fully breastfeed, alhamdulilllah... So masa ni tatau yg Aqilah ade masalah ni... Lps 8 bln tu disebabkan kebizian melampau, aku mmg x smpat nak pump susu.. Ms tu hari2 pg kt client site, presentation nye lagi... mmg btl2 tk sempat.. Abes basah2 baju ms tu... Ape kan daya... So lama kelamaan stok aqilah ke nursery makin kurang... Maka aku kene la campurkan dgn susu biasa.. Mula2 beli Enfaprow, ms tu x perasan anak dara aku ni ade masalah tu... sbb ms tu susu badan 6:1 dgn susu formula... Means kalau 7 kali Aqilah menyusu sehari, 6 kali susu ibu, sekali susu formula... So x pasan masalah ni.. Lama kelaman stok makin mengering... So, makin byk amek formula ms di nursery..

Tapi pelik, nursery kasi tau siang dia ceret2... Tp mlm tak pulak.. So biar kan dulu... So, bila lama2 susu aku tak cukop, and top up Formula Milk tiap kali susu, so dia kerap ceret... Adui la.. Means aku fiikirkan x sesuai.. Penah aku terbaca kt forum Enfaprow panas... So susu x smpat abes, buang jer.. Aku gantikan sustagen 1 plus.. masa tu Aqilah br 10 bln kot.. dia x kencet terok, tp masih kencet.. so aku fikir mungkin tempoh keserasian.. sbb Aqilah kn susu ibu sblm ni sepenuhnya... mungkin laaa... Lama kelamaan dia makin terukk.. mmg poo poo dia busyuk sgt.. ijau lak tu kadang2.. adui la... Adakah sbb aku bg Sustagen 1++ ni jd gini, sbb Aqilah blm lg setahun? So aku try S-26.. Perghhhh.. Lagi terok! Lps minum terus muntah!!! Huhuhuhu.... Last2 bwk jumpa pakar kanak2... Rupanya depa kata Aqila ni kene amek susu Lactose free... Sbb dia cuma ceret... Kalau budak alah susu lembu,  dia mmg kene amek susu soya.. Tapi Aqilah x naik bintik2 bermakna dia tk alah susu lembu.. Dia ceret... means dia alah lactose je.. So bertukar la Aqilah ke susu Lactose Free... Alhamdulillah.. masalah terkencet dgn teroknye dh x berlaku....

Malangnye, susu LF sampai 12 bln je.. puas aku cr pelbagai susu... Ade gak baca2 kt forum, ade suggestkan pediasure? WOW! high maintenance pulak anak dara aku ni.. So aku fikir2 nk try semula sustagen dia yg masih ade stok kt dapur.. mengharapkn aqilah x selama nya alah lactose.. Malangnya tidak begitu... Asal bg je selang 2-3 jam berdecet2 la dia terkencet.. Aisehhh... So walau ms tu Aqilah dh setaun lbh, aku msh bg dia susu LF yg bwh setahun... Risau la pulak anak dara ni x cukop zat..

So, disebabkan skang ni kan tgh kempen susu tanpa gula tambahan tu... ANMUM la start promosi tu kot... leh cek berapa lebihan kandungan gula dlm susu anak kita... Aku pon belek la tiap susu kt Giant nuha nak tau..

Rupa2 nya, Sustagen mengandungi lebihan sehinggan 14 SUDU GULA!!!!! Perghhh.... Ptt anak aku ceret terok..

So sbb kan anmum wat promotion tanpa gula tu, aku pon beli laaaa..... kite try test tgk... Sian Aqilah jd tikus putih.. ngeh ngeh ngeh... Namun, akhirnya!!! Aku jumpa dah susu yg sesuai untuk anak dara sorang ni yg sesuai dgn umur dia.. iaitu ANMUM la... hahahahaha... Ok la.. Seb baik ANMUM kan.. kot la x leh ngam kene Pediasure jgk... Pengsan.. ahahha...

So pas ni abang haziq pon leh tukar anmum jgk... Ekceli dulu mmg abg haziq minum anmum... tp fikir dia makan pon dh laju, susu tu just tambahan je, aku tukar kn la susu nespray(padahal sbb bajet pon ye jgk.. hihihih)... Tp nespray pon ade lebihan 4 sudu gula tambahan.... So insyaAllah dpt rezeki baru ni, ape lagi kan.. untuk anak2 jgk... nanti kang abg haziq tye lak, nape abang susu nespray, adik susu anmum.. huhuhu.. tu la deh.. Rasa kn la pulak iema... ihihih..

Ape pon, syukur sgt2, dh tk runsing Aqilah susu yg sepatutnya... Alhamdulillah..

So, maklumat detail psl Alahan Laktosa @ Lactose Intolerance seperti di bawah :


Alahan Laktosa (Lactose intolerance)

Apakah laktosa?

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.

Apakah alahan laktosa?

Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?

Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Jenis-jenis alahan lactosa

Alahan laktosa mungkin kekal (primary)
  1. Congenital (sejak lahir)
    • Jarang berlaku
    • Berlaku semasa lahir
  2. Lewat (bagi dewasa)
    • Biasa berlaku di kalangan orang asia
    • Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
Alahan Laktosa Sementara (secondary)
Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
  • Penyakit usus seperti Coeliac Disease
  • Pembedahan usus

Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?

  • 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
  • Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
  • Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
  • Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat dewasa.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:
  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung

Diagnosa

Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?

Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat

Bagaimanakah cara merawat masalah ini?

Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
Alahan laktosa yang kekal :
  • Tidak dapat diubati.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?

Makanan mengandungi laktosa termasuk:
  • Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
  • Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  • Aiskrim.
  • Margerin.
  • Roti dan biskut.
  • Bijirin sarapan.
  • Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  • Susu pekat manis.
  • Susu cair.
Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
  • Semua jenis susu.
  • Gandum dan protein susu.
  • Susu tepung.
  • Tairu.

Bagaimana keadaan ini boleh dielakkan?

Elakkan semua makanan yang disebut di atas.

Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?

  • Baca label kandungan makanan yang hendak dibeli.
  • Berhati-hati memilih makanan yang tidak dicatitkan kandungannya.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan tentang kandungan makanan yang tidak pasti.
  • Jangan kerap menukar susu bayi anda. Dapatkan nasihat doctor di hospital.

Monday, May 2, 2011

Sambungan...

Skarang cam mood slow je.... Maklumler dah submit surat tender.. ngeh ngeh ngeh.. tp tugas2 tetap perlu di habeskan... Segala2 nya berlaku dengan cepat... dulu, masa geram2 bengang ngn CMG, pegi interview jerk, x de pon dpt... Sbb alasan dorang aku nye notis lama sgt 3 bulan.. elleh ye la tu...

Tp bila Allah tu kata nak bg rezeki, tk kesah la notis 3 bln, 10 bulan, 3 tahun( tipu la tuuuu..) InsyaAllah, kalau Allah nk bagi kite rezeki tu, kita akn dpt....  Alhamdulillah.....

So, skarang bila aku rs dh semakin tenang, dh naik gaji naik pangkat kt cmg... Aku dh rasa hepi sgt2 la.. projek dh nk abes.. Ms memula dpt surat naik pangkat aritu, kepala ni terus berpusing.. Apakah pembaharuan yang aku blh buat.. Aku nk tiap satu di rencana dgn lbh tersusun..Mcm2 la..

Dah tau ok dan tenang, aku g la ade satu interview.. Konon2 letak gaji kt situ 6K.. Aler sure dorang x kn bg nye.. sbb tinggi.. Ahaha.. blh fikir gitu?? So utk mencuba nasib, aku saje g... itu mmg takde la niat terdesak nk cr keje lain pon.. sbb tgh tempoh bertenang kan..

So, hari kejadian tu memula aku mmg x larat nk pegi.. demam nye,bersin2 nye... skt kepala nye.. Paling tak best, slalu g interview mesti abang anta... time tu abang takde... g sekinchan.. bwk budak sekolah... So g je la, jaga ati.. ahahah.. alasan..

Pegi2, 4 kali interview(JAVA manager, SA, HR,.. last skali CEO dia..) Dr... Wowowowow... bermimpikah aku.. terus dpt.. huhuhuhu.. Dan yang penting dorang sanggup tunggu 3 bulan!! WOW! So bermula la keserabutan aku nk terima ke tak offer ni...

Oh ya, aku mintak 6K, tp depa nego... Walau cemana nego pon, perbezaan gaji tu > 1k dgn gaji skang! wohohohoh... sape tak nak??? Cumaaaa..... serabut2.. byk benda nk kene pk ni... Aku tak sanggup nk redah jem! Jauh!!! Bestu, kene pindah! sekolah haziq lg! Dah la haziq br je nak masuk kelas haaa... Aqilah lg! Nk cr rumah lg! serabut perut byk benda...

So, sorang je insan blh tenangkan aku... sape lg, Zulhadid Asfari ler... iihihihihi...  So, blk2 dari interview, terus jot down ape kene rancang.. ulis ape pro n cons sekiranya aku tender... Ms interview dgn CEO tu dia kt dorang bakal dpt pojek juta2... Dorang mmg memerlukan System Analyst yg tahu technical.. Mungkin sbb tu la dorang sanggup tunggu.. wee~~

Tak lama lps dorang call bg tau, disebabkan aku ade cuti 21 hari, so notis aku cume 2 bulan... so dorang nk byr sebulan.. bermakna aku ada sebulan je lagi... Pastu aku pon g la gtau HR.. Agak tensi jgk.. HR kata, kalau early release, cuti aku yg 21 hari tu x kn dibayar... ape kejadahnye... dh la cuti2 itu ketika aku sgt2 bz keje.. keje sabtu ahad, blk tgh mlm... sgt rs unfair... uhuhuhu...

So, sebab tk mo rugi aku bgtau company baru aku x leh start awal sbb cuti aku akn burn begitu aje... So discuss2 punya discuss... Aku akn start 27/6/2011.. yeehhaa...

Ape yg aku nampak kt company baru, insyaAllah aku leh pg lbh jauh... Then company anak melayu.. Company bumiputera... So, tk salah aku berkerja untuk memajukan cocompany utk anak bangsa sendiri.. :D Tak sabar rasanya...

Cuma skang ni surat tender aku bos aku x hantar lg ke HR... dh nk masuk 3 minggu dh...  Tapi HR kata tarikh tender ttp ikut pd surat...

So... tak lama lg bermula la cabaran dan kehidupan baru,..... Semoga ianya dipermudahkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news