Thursday, December 29, 2011

Kekurangan diri sehingga terlepas pandang..

Lately aku mmg bz yang amat2... Blk kerja selambat2nya hari2... Sabtu ahad cuti perlu kerja... Sedar tak sedar aku telang menyinggungkan/ mengecikkan/ or erti kata lain mengabaikan orang2 yang aku sayangi serta menyayangi aku... Tetapi aku tiada peluang, aku harus menyudahkan segala urusan yg telah aku mulakan... Nak duit, kene kerja keras.. Skarang aku bukan diuji sbg pekerja lagi dah.. Aku diuji sekiranya satu masa nanti jika aku juga menjadi owner di dalam satu2 bisnes... Aku diuji sebagai seorang usahawan dimana dalam perniagaan itu pasti akan ada turun naiknya.. Dan aku boleh bayangkan bagaimana sekiranya perniagaan aku merudum, dan semua org lari... Jadi, dengan rasa tanggung jawab aku berusaha bersama2 untuk meneruskan apa yang mampu... Aku yakin, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Semua yang terjadi telah tertulis... Namun yang demikian aku alpa, aku lupa... Aku lupa aku punya tanggung jawab lain yang lbh penting.. Aku lupa aku juga seorang isteri yang perlu memberi perhatian sepenuhnya pada suami, anak2 dan rumah tangga.. Hubungan aku dan suami kelihatan ade sedikit gap.. Walau dia mengatakan ok, tp setiap perbualan ada perselisihan paham.. Even Anniversary kami yang ke-5 baru2 ini juga tak disambut seperti tahun sebelum2 ni.. Namun, aku bersyukur... Bersyukur pada Allah Maha Kuasa kerana menyedarkan aku.. Aku perlu kembali ke landasan yang betul.. Tidak terlalu ekstrim melaksanakan tugas.. Apabila kami berbincang mengenangkan hubungan semakin renggang, aku tersedar... Aku terlalu stress.. Aku teramat tertekan dengan bebenan kerja.. Aku terlalu fokus.. Sehinggakan aku mengabaikan orang yang amat aku cintai.. Zulhadid Asfari.. Aku sedar... dan aku harus sedar... Alhamdulillah.. Aku diberikan kesedaran... Abang, Ayang benar2 mohon maaf setulus hati ayang.. Namun, ayang juga perlukan sokongan dari abang melalui saat2 sukar ini... Ayang perlukan sokongan serta dokongan dari insan yang amat Ayang cintai... Pada anak2 ibu, Ibu juga minta maaf kerana ibu terlalu sibuk, hingga kurang waktu bersama.. Aku berharap agar tahun baru ini akan memberikan semangat baru, peluang baru serta harapan baru... InsyaAllah...

Saturday, December 17, 2011

Monday, November 28, 2011

Dugaan hebat Menjengah hidup kami...

Kini, waktu ini, aku tengah melalui dugaan dari-Nya.. ianya agak hebat... ye, amat2 hebat... Dugaan yang getir di lalui.. semoga diri ini tabah menghadapinya.. Disaat kite menghadapi kesusahan dan kesukaran ini lah menyedarkan kita siapa insan yang benar2 prihatin dengan kita, siapakah insan benar2 menghargai kita susah atau senang, insan yang benar2 menyayangi kita walau dalam apa keadaan kita sekali pon.

Walau aku rasakan aku di dalam kesusahan dan keperitan amat sgt, namun aku bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk mengenal manusia yg benar2 ikhlas...

Aku manusia biasa, tk lepas dari di duga.. Tapi dugaan kali ini, aku tatau nak kata... Semoga semua nya akn pulih dan kembali seperti biasa...

Cuma, sekiranya semuanya pulih, mampukah aku untuk berdepan dan menerima insan2 yang hanya gembira dan bersama ketika keadaan aku gembira, bahagia, seronok, tetapi mencaci, buang aku ketika aku berada dalam keadaan susah?...

Kesusahan ini juga memberi aku peluang, siapakah yang akn menghulurkan bantuan tanpa aku pinta.. ya.. itu adalah paling beharga, kerana orang begitu amat prihatin dan menghargai diri ini.. Tapi, tangan yang memberi lbh baik dari menerima..

Semoga semuanya kembali pulih seperti sedia kala....

Thursday, November 3, 2011

Ntah ape2..

MODE AKU SKANG NI TGH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BENGANG!!

Kebizian

Lama tk update.. Banyak sebab.. Sebab x sempat.. Sebab bz.. Dan utama sebab malas nk menaip.. hahaha.. Alasan x munasabah sungguh!.. ngeh ngeh ngeh... Sedar tk sedar aku dh masuk 4 bulan lbh kt company baru... Pelbagai dugaan hebat di lalui...

Skarang ni aku tgh bz development projek dengn 'Important Department'.. Terpaksa la dirahsiakan sbb ms nk start pojek ni aku dh kene tapisan keselamatan negara, den sebelah kaki dh ade kt penjara/ISA. Huhuhuh.. Sebab semua rahsia2 kerajaan perlu di simpan... Amanah tu beb..

So seperti biasa, projek nk on blk lambat tu biasa la kan.. nk wat ganne... Mmg berusaha keras supaya projek dpt berjalan dgn lancar...

Semoga semua dipermudahkan nyaaa... AMinnn...

Sunday, October 9, 2011

Semangat MALAYSIA BOLEH dan 1Malaysia...


Yeay! Sudah latest update (9/10/2011)... kite tangga ke-9 sudah dari 150+++!.. 


Kawan2, mintak tolong share kan pada teman2 lain untuk vote... 


Ada 1 hari lagi ( besok last)..... sebar2 kan..


 jadikan 'MyKouponz' dari Malaysia mendapat Asia's Top 10 Apps !! Yeaaahhh.. MALAYSIA BOLEH!!


Asia's Top 50 Apps Nominee - MyKouponz


1. Klik link --> http://asiatop50apps.com/mykouponz/
2. Klik 'LIKE', sekiranya ada google account boleh klik Plus(+)


p/s : mintA sgt tolong kawan2 yang ade tersesat baca blog ni untuk sebarkan... kalau blh nak dpt kan top 5... Terima kasih banyak2 ye...

Thursday, August 4, 2011

Dua Tabiat Yang Membawa Ke Neraka!!!

Insaf membaca artikel di bawah... Kadng2 tanpa kita sedari, mmg kite melakukan nya.. Tapi ketahui la oleh mu wahai suami ku, kadang2 diri ini tdk sengaja pon melemparkan kata2 yang mengguriskan perasaan mu..

Maklum la bila gaduh2 tu, aku ade la jgk tersebut 

"Abang ni x penah pon alert ngn ayang..." atau 
"Abang ni... tak faham langsung perasaan ayg.." atau 
"Abg ni x amek berat pon pasal ayg" atau 
"Abg ni itu ini itu ini"


Semua tu masa gaduh je pon.. Saja gatai mulut xtau nk sebut ape.. Hakikat sebenar nya Abang la org yg paling memahami ayang luar dan dalam di dalam alam fana ini... Chewwwaaahhh.... Abang la lelaki segagah2 lelaki dan sebaik2 lelaki dijadikan untuk ayg.. Chewwaahh sekali lagi... hahaha.. itu dia manusia mmg x pernah puas.. Tp mmg itu kt mulut je.. Mintak ampun ya...


So buat renungan bersama para isteri semua... jeng jeng jeng....


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Friday, July 29, 2011

Dr. Mardhiah Hayati bt Md Zain?

Wahhhh... Mampukah aku??? Semangat penuh berkobar2 Di dada.... Tp ni angan2 je dulu ni... Xtentu lg... InsyaAllah jika Ada kekuatan Dan peluang... Chaiyok2..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, July 27, 2011

BIMB Foreign Currency Clearing Agency Sdn Bhd (BIFCA)?

New task given by PM.. New things to explore.. Pagi2 masuk opis bos dah bagi task baru.. aku kene wat research ttg system Foreign Currency System.. Sekali lagi benda baru..Seingat aku dulu2 mmg berminat nk main forex, tp x dan pon nk study..

At least at the end of the day aku kene come out sumthing ttg benda ni... Chaiyok2!

Monday, July 25, 2011

Tetiba ase rindu...

Tetiba rasa rindu yang amat mendalam pd suami tercinta.. Bila ingat2 balik, bila mana kami selisih faham ke, gaduh ke, ms tu memang tak fikir dgn stabil... Biasa la rasa amarah menguasai diri.. Fikir benda2 yang negatif je... Tetapi hakikatnya, kami manusia biasa...

Bila dengar keluhan, dengan masalah teman2 or rakan berkenaan suami masing2, aku sebenar nya berasa amat2 bersyukur dan bertuah bersuamikan insan bernama Zulhadid Asfari Bin Jamaludin.. Dari awal perkahwinan, bermacam dugaan yang kami lalui.. masam, pahit, masin, manis semua ada...Sifat semula jadi manusia sentiasa tidak berpuas ati dengan apa yang dimiliki... Hakikatnya, apa yang kita miliki itu lah sebenarnya yang terbaik yang layak dan sesuai yang telah di tentukan oleh-Nya utk kita..

Abang,
Ayang minta maaf banyak2..
kadang2 kalau kita selisih faham ayg selalu jerk berkata mengikut perasaan.
Kadang2(yeke kadang2, mcm selalu je) gaduh sehingga mengecilkan hati abang.
Lebih2 lagi skarang abang tgh berusaha kuat dan gigih utk berhenti merokok..
Mmmg abg tgh berusaha melawan kehendak.. Demi kami yang abg sayang dan cintai..

Kadang2 mmg ayg lupa semua tu..
Ayg minta maaf..

Tetiba ase sayu je.. Ase mcm byk je dosa kat suami..
Tapi semua tu bukan disengajakan pon...
Ntah napa lak ptg2 ni cam syahdu syahdan lak...

Ayg pon sentiasa berusaha gigih untuk menjadi isteri yg terbaik...
Takkan nk kerja je bersungguh kan..

Tp, Alhamdulillah walau cemana pon kite selisih faham tk pernah lbh sehari kan kan kan? Dari zaman bercintun2.. Paling2 majuk2 pastu ok dah.. Janji Ayg/Abg mengalah dan pujuk.. sure ok je pastu... bukan tk leh pon..

Bila rasa gaduh2 or kite selisih faham, satu bende yang sentiasa di ingat dan terawang2 sentence ni  dlm kepala.. Bace kt dalam artikel ttg bagaimana mengekalkan hubungan...

"Untuk menjaga hubungan dan hati pasangan(suami/isteri) tak salah untuk menurun kan ego utk memujuk or meminta maaf. Minta maaf bukan bererti kite salah... Demi hubungan yang tk ternilai ini.. xsalah untuk bekorban..."

Sesungguhnya dia adalah insan yang terbaik yg telah ditentukan oleh-Nya menjadi pasangan aku..
Akan aku berusaha membahagiakannya..
Akan aku berusaha menyenangi dia...

I leb u very strong.. :*

Masa yg lambat berlalu....

Aishhh.. ntah napa ase masa lambat je berlalu ha....

Thursday, July 21, 2011

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Tiap Hari



Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.

Langkah 1: Bersangka Baik Dengan Situasi Buruk.
Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Anda tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk menjadi wanita berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk Anda mendiskaver kekuatan serta bakat Anda. Jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk Anda memperbaiki diri menjadi orang baru, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.

Komen aku : Betul! setiap kali selepas melalui saat2 getir, kesusahan, kepayahan, kite akan dapat rasakan satu kekuatan.. Dan kadang2 aku juga terfikir, selepas survive tk pernah terlintas aku dah melalui pahit getir itu dengan berjaya... Alhamdulillah....

Langkah 2: Memaafkan Kesalahan Orang Lain Sebelum Anda Tidur.

Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat Anda sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Turunkan ego Anda, buang sikap panas baran, buang kesombongan. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang Anda tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada Anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’. Anda akan jadi bersemangat.

Komen aku : Betul jugak! Pada aku, kite semua manusia biasa... Setiap manusia tidak sempurna... Dan bila tidak sempurna, makanya kita akn sentiasa melakukan kesilapan... Aku pon x lepas melakukan kesilapan, so jgn aspect org lain can be perfect... Oleh itu maafkan saja.. Cuma manusia yg melakukan kesalahan dan kesilapan berulang kali, kene la di beri tahu dan dan diberi kesedaran.. Dan agak kurang cerdik la sekiranya kita melakukan kesalahan yg sama berulang kali.. Itu maknanya org itu tidak mengambil ikhtibar di ats yg berlaku..

Tapi, aku ade je wt salah yg sama berulang.. uhuhuhu... Aku manusia biasa.. kurang cerdikkah aku?

Lagi satu, sekiranya org lain boleh menerima kekurangan kite, begitu la sebaliknya... Cuma, orang yang benar2 menerima seadanya kita dan benar2 menyayangi kita sahaja akn dpt menerima kekurangan kita... 




Langkah 3: Biar Anda Kuasai Emosi,Bukan Emosi Kuasai Anda.
Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif Anda perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi Anda. Anda boleh berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.


Komen aku : Slalunye aku dengan org lain or org luar aku leh kontrol kot emosi.. tetapi kan kalau dengan Suami tersayang ni, emosi aku sukar utk di kawal.. huhuhuh.. Itu la kelemahan ku.. So, ape lagi.. kene la suami itu yg mengawal emosi aku.. kwang kwang kwang... I leb u... mwah mwah..

Wednesday, July 20, 2011

sakit bahu

Aku rs aku Ada masalah ketidak sesuaian meja dan kerusi d ofis baru... Lps hampir 4 minggu berkhidmat, aku mengalami skt bahu yg melampau... Tidur terganggu, fokus jg terganggu:.. meja tunggu sgt!!!!

Bila aku tinggikn kusi, masalahnya kusi tu melorot !!!!! Maksudnya apa iema?*?? Uwaaaaa.... Maksudnya kene kuruskn badan!!! Oh tidakkkk....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Lactose Intolerant Part 2

Kalau refer entry Lactose Intolerant Part 1, aku ada nyatakan yang Aqilah boleh minum susu anmum... Memula dulu, kawan aku ade comment, anak dia juga mempunyai masalah yg sama, di sebabkan entry itu dia jg membeli anmum tin besar... Malangnya anak beliau cirit.. Sudah mendatangkan kerugian di situ... Uhuhuhuhu... Maaf lah zuru ye... Meh jual blk stok tu pada iema..

Sebenarnya dulu, tahun 2006 aku berniat utk menulis blog konon2 nk tambah pendapatan... sbb org dok kt psl google klik2 tu... tp pastu aku rs x best.. Alang2 xde org nk baca pon blog aku ni, disini la tmpt aku melepas kan ape2 terbuku... Even suami pon tk penah tahu ape la alamat blog aku.. pendek kt xde sape2 la tau.. Cume kalau ade pon yg tersesat2 je ntah sape2 dan dr mane... Dia sentiasa beruasaha gigih mencari.. Akhirnya dia jumpa jgk.. Cheiiiss... kantoi... dia jumpa sbb aku sbb aku lupa padam archieve/history.. Ahahah... Last2 lantak ler tau pon...

Namun yg demikian, tidak pernah di duga ade yg membaca dan mengikuti perkembangan aku...rupa2nya... Dan ade yg mmg nk google pasal masalah alahan laktosa ni, dan keluar la blog aku... Ok, then aku igt xde ape ler kalau nk bace pong... Skali, disebabkan entry  Lactose Intolerant Part 1 tu, aku menerima dlm 5 email yg menyatakan masalah anak yg serupa.. dan, malang nye bila mereka beli anmum, pembaziran telah berlaku.. So sblm ade yg ramai lg terkena dan beli susu anmum untuk anak2 yg alah ni, baik aku perbetulkan.....

Alamak, rs bersalah nye lah haaaa... Sbnrnya, lps aku kegembiraan psl Aqilah minum anmum tu, semua tu tk lamaaaa... Ptt aku terus update.. ni aku igt, xde la kesan ape2... tak pasal2 org2 lain menjadi mangsa.. uhuhuh.. MIntak mangap sangat2... Macam ni sambungan nye...

Aqilah empat minum 2 tin besar je.... Masuk tin ke 3, keciritan nya makin kerap... memula xde pon kerap.. setakat berak 2/3 kali.. igt normal... tapi makin hari makin cair... bau dh mcm ms mula2 dulu... aiseh.... Kebetulan Aqilah tk sehat, g klinik sbb selsema... Sekali arung aku pon tye pendapat doc...

Doc kata kalau dh anak aku lactose intolerant, mmg x leh minum anmum... Sbb Anmum ade lactose... cuma mungkin Aqilah amek masa nk jd blk... uhuhuhuhuhu... sedih2... The aku tye, ape yang aku tgk kt pasaran, susu lactose free rata2 hanya sampai 12 bulan... Aqilah dh setahun 2 bulan.. cemana.. aku risau dia x cukop zat ke...

Doc kata tak pe... yg penting dia dpt khasiat susu.. dan yg paling penting dia makan dan dapat sumber zat yg mencukupi.. di samping bg dia multivitamin...

Makanya, skarang Aqilah sudah bertukar semula susu LF - lactose free... Dan dijadikan cerita, dan dipermudahkan oleh Nya, makanya aku jumpa susu LF yang ekonomi... Ekonomi2 pon, still mahal dr susu biasa lbh ekonomi.. Susu aqilah sekarang Dumex - LF.. Setin paling bsr 900 gram harga RM40... Alhamdulillah... Lepas bg susu tu semua, skarang poo poo Aqilah sudah pejal semula... ihihih.. Kalu tk asek melecet je....

Walau susu tu hanya sampai 12 bulan, tp dia ttp ade kebaikan susu... Zat2 tu dr pemakanan dan juga multivitamin yg di beri... Risau gak aqilah x cukop zat.. tapi, dlm risau2 tu, anak dara tu aku tgk makin cimbam dan debab... hahahah... Ade je projek nk buat.. xreti dok diam.. Same ler dgn perangai abg dia...

Begitu la al kesahnya..... Jadi sesapa yg dh terbeli Anmum aku menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf....   Seb baik la Aqilah ade Abang dia.. So, tin ketiga yg x bape nk luak tu aku bancuh utk Haziq... Haziq x kesah ape, telan je susu ape pon... Sayaannggggg anak2 ibuu...

Tuesday, July 19, 2011

Saat roh terlerai dari badan...

Kejadian yang benar2 memberi keinsafan.. Ahad lepas kami ke kenduri di Manjalara Kepong. Abes kenduri melepak2kan diri kat umah mertua... Berborak2, gelak2, biasala... Mcm ler lama tk jumpa kan..

Tetiba dlm pukol 430 ptg dapat call dari sepupu aku menyatakan Uncle Ridhuan dh nazak, dh x sedarkan diri, cancer tyrod stage 4 dah.. Makanya terus buat keputusan utk ajak abang gi tgk uncle.. Call angah skali..

Uncle ni ekceli ex-husband makcik aku... Makcik aku tu adik mama aku.. Dah jodoh x lama.. Dia muallaf.. Indian.. tkde sape2.. yg menjaga dia anak yg sulong, mamat.. umurnya br 16 tahun.. Tapi mamat ni mmg matured sgt.. maklum la dr kecik, ibu dan ayah ade masalah keluarga.... terbiar.. dulu kecik2 dia dok ngn kami.. tp pastu dok pulak ngn ayah dia..

Masa makcik aku masih suami isteri dgn uncle ni, aku pernah dok umah dia.. Cuti sem... Mcm2 pengalaman... Tp benda dh lepas.. malas nk igt n ungkit.. Tapi cemana pon, kini dia memerlukan pertolongan.. meminta kita doakan dia.... Dia jg tk punya keluarga muslim lain selain keluarga kami... Dia sudah pesan pd makcik pakcik ku yg lain2, kalau dia pergi, dia minta kebumikan di kampung kami...

Sampai2 di hospital, mamat tk ada blk rumah sekejap ambil barang.. katanya ayah dh x sedar dr smalam.. Sayu sgt tgk keadaan uncle.. badan makin kurus benar.. berbeza dgn uncle yg aku penah tgk sblm ni.. Indian family dia ade skali. Mereka kata mereka nk blk rehat sbb tired sgt the whole day tunggu di hospital... Aunty suruh pray for uncle..

Tengah menunggu, sambil suapkn adam makan bubur, tiba2 uncle bangun! Seperti segar... dia nak bukak oxigen yg pakai di muka... Dia ckp nak tidur.. saya penat... bila kami tye uncle kenal tk dia angguk.. Ms tu ase sayu jerk... Mesin kiraan nadi dari 123 kelihatan semakin menurun.. Allah...

Byk kali dia ulang, "saya penat.. saya mau tidur..." Kepala terfikir macam2... lepas baringkan uncle, tiba2 bacaan nadi tu dh 60 lbh.. dan tak semena2 mata uncle naik ke ats.. Sayu sgt lihat.. Aku panic.. yg aku igt aku cuma aku suruh abang dan angah ajar uncle ngucap kalimah syahadah ke telinga uncle.. Ape yg kami lihat tiap kali abang ucap, dia seolah menarik nafas mengikut... air mata dia mula mengalir... Ya Allah.. sungguh sayu dan sebak  masa tu...

bacaan nadi masih 40 lbh.. lepas uncle seperti benar2 keadaan tidur, aku minta abang selimutkan uncle kemas2.. sbb takut sejuk... tak sampai dalam 2 minit, bacaan nadi menjadi lurussssssssssssssssssssssssssssss.... Ya Allah, uncle dah tak ada.... Angah panggil nurse utk cek.. denyutan jantung uncle jg sudah tidak dpt di kesan.. Last, doctor datang buat check up pd reflect anak mata menggunakan lampu suluh.. Sah, doctor telah sahkan uncle telah tiada.... Ya Allah.. sekelip mata... Namun aku bersyukur, kelihatan mudah dia pergi...

Makanya dengan pengalaman pertama, kami pon uruskan.. surat, org utk uruskan jenazah... Betul2 pengalaman pertama kami... Time tu Aqilah ntah kemana, haziq kemana..

Alhamdulillah.. semua telah selamat... Perjalanan sehingga jenazah di kebumikan juga mudah dan smooth.. Alhamdulillah... Doa aku semoga uncle di tempat2 kan bersama2 orang2 yg beriman... Aku terfikir, mcm mana la saat aku pula akn pergi.. mcm mana la agaknya caranya...

Friday, July 15, 2011

Work from Home?

Yeay... Arini smpai minggu depan kami di benarkan work from home... Ihihihi seronok nye rasa... Smalam sblm blk, budak2 yg OJT ade appraisal.. utk nk tetapkan gaji as permanent... So borak2 ngn staff yg dh setahun lbh kt situ... Dorang cete starting dorang fresh grad > 2500.. Woww.. tinggi tu...

Yang buat aku excited tu.... cer teke cer teke.. dorang kt increment kt sini mmg kaw2... max ade yg penah dapat sekali increment rm2500 tu!!!! perrrgghhhhhhhhhhhh.... Increment tau! bukan gaji, increment ni... melelehhhhhh... Ni yang lbh aku bersemangat nk kerja ni.. dorang kt janji komited, project success, increment mmg kaw2...

Skang aku tgh wat study projek baru E-GANUMAJU... Mmmg proper preparation... tk rushing.. aku ade masa nk design, ubah 2-3 kali... then design db... wat ERD, DFD.. seronok.. berbekalkan pengalaman aku di CMG, memang sangat2 berharga... InsyaAllah, seperti mana projek kt CMG, aku akn lbh usaha kerasssss utk membantu membangunkan company... I will grow with the company!! YEaahhh!!

Semoga semua ini dipermudahkan-Nya.... AMIN...

Thursday, July 14, 2011

Siapakah anda...

Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 


Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 


Siapakah orang yang miskin? 

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 


Siapakah orang yang rugi? 

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 


Siapakah orang yang paling cantik? 

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga

Politik Malaysia..

Tiba pula masa untuk aku memberi pandangan mengenai Politik Malaysia.. Komen je pandai la.. Heheheh... Ok aku ingin memulakan hujah dari awal cemana aku blh terjebak dan begitu berminat utk mengikuti perkembangan politik malaysia ni...

Dulu aku ingat lg masa kecik2, cita2 aku nak menjadi Perdana Menteri Wanita pertama dalam Malaysia.. Ahaks.. ms tu bukan tau ape pon.. igt PM tu glamer sgt ke.. Nama PM, glemer la yetak.. Selepas tu, aku ni mmg slalu fail subject Sejarah.. Aku tk suke subject menghafal2... Dlm kelas ms percubaan peperiksaan, aku sorang je yang failed subject tu.. har har har har.. skali cikgu aku ks tau, kalau nak jd PM, mane leh fail sejarah..

Masa tu aku tak nampak mana relevannya subjek sejarah dgn nk jd PM. Ntah ape2 ntah.. So sbb kan aku x suke sejarah, maka aku pon cancelkan niat aku jd PM.. ahahahah.. yo yo o je...

So dulu2, pd seingat aku politik malaysia ni biasa2 aje... xde ape yg howt pon.. tp ayah aku slalu la bercerita psl PAS n BN masa dulu2... Ayah aku kt PAS tu perlu ada sbb dia akn menjadi wake up call pd pemimpin/pemerintah yg sedia ada... Lg pon kan PAS tu islamic party.. So dia akn sentiasa membantah or memperingatkan mana2 keputusan yg lari dr landasan...

Itu dulu... Skarang dah lain... Aku igt masa mula2 kes anwar meliwat tu... mama dan ayah masing2 sokong berlainan... Sejak itu la aku start cuba mencari dan mengorek internet utk mencari maklumat.. Masa tu sekolah pon x abes lg.. Tp masa tu aku mmg menyebelahi mama.. Mama pon sokong Anwar.. Dan maklumat2 di internet jg menyebelahi anwar.. sbb dia ada rangkaian dgn luar negara.. Mana2 laporan semua menceritakan kekejaman Tun M.

Hari berganti hari.. tahun berganti tahun... Aku semakin tdk mengikut perkembangan politik... sehingga la PAS bekerjasama dgn PKR.. malah DAP.... Maka aku mula membuat kajian dan bertimbangan sebagai seorang rakyat malaysia yang tidak memihak pd mana2 parti... Maklum la masa tu x layak lg nk mengundi...

Selama kajian dan maklumat yg dicari, tidak dinafikan aku berubah2... Bergantung pd maklumat yg aku cr.. Keputusan aku menyokong penuh kerajaan dan menentang hebat PKR bukan kerana terpengaruh oleh mana2 pihak, bukan kerana ada org memberi ceramah kat aku hari.. bukan kerana aku dapat projek kerajaan... bukan kerana Anwar tu penah x bg aku projek.. Bukan kerana ayah aku.. Tapi adalah kerana pertimbangan aku sendiri...

Walau bagai mana pun, aku sentiasa juga berdoa semoga aku sentiasa diberi petunjuk sekiranya aku memihak kepada pihak yg salah, buka kan la mata dan tunjukkan lah supaya aku tidak menyokong dan memangkah pihak yang salah.... :D

Wednesday, July 13, 2011

Rindu..

Khamis lepas g anta mama g KLIA, G Mengerjakn umrah... Sedih btl lihat mama kesorangan... Pry usual mcm ni mama blh ditemani ayah... Namun apa kn daya... Jodoh mereka tk pnjang... Apa pon aku doakan mmama selamat pergi Dan selamat pulang ke malaysia...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 12, 2011

Dara yg semakin cimbam...

Tgk tu dara ibu dn abah... Makin tembam.. alhamdulillah... Berat makin naik... Sbln lbh x selsema... Abg dn adik serasi dgn nursery br... Abg pn berat makin naik... Seronok sgt tgk.....
Published with Blogger-droid v1.7.2

Semangat Perjuangan...

Anak kecil main api, terbakar hati nya yang sepi...
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita, Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain, Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu, Menganut agama yang suci, Semangat bangsa berlandaskan Islam, Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam, Tertutuplah hati terkunci mati, Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati, bersama berbakti, Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa, Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di nusantara
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, July 11, 2011

Blogger-droid

Testing testing testing... Posting from Blogger-droid
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, June 28, 2011

Hari ke-tiga..

Hari ni aku masih belom leh budget masa... kuar rumah kol 8, anta budak2 ke nursery.... Sampai opis kol 818... awal lg... tkde sape kt opis.. Sbb kt kat sini ade kantin, apa lagi kan... kebetulan ade sorang dak opis sampai.. Ain namanya.. So, aku ajak ler dia g sarap.. mkn bihun..hihihi.. kate nk diet..

Makan2, borak2... 915 baru abes... Kat opis masih x ramai org mai.. ade 2-3 org je... tp sini time fleksibel.. sbb tu x kesah depa dtg lmbt.. sbb blk leh lmbt... Ermm.. tp aku nk dtg awal, supaya leh blk awal... ihihihih.. ikut la masing2 cemana kan...

Ape pon aku berharapan dan berdoa agar segala tugas dipermudahkan....

Oh ye, company ade launching application utk smart phone.. deal mmg murah2... aku sgt teruja.. ihihih... nanti nak promot kt fesbuk/blog la.. khas utk yg pakai smartphone.... mmg berbaloi2.. ade satu deal facial, urut2, mcm treatment, leh dpt ngn rege cuma rm30... nk masuk time square nye game tu, leh dpt rege rm19 jerk.. byk potongan... mmg menarikssss... nnt aku share kan...

ok, skang time utk kerja....

p/s : alamak, dpt call dr shu bertanyakan ttg HLD/LLD.. aku buat halfway.. sbb igtkan x yah... huhuhuh... then pulak last week sblm meninggalkn cmg, ade byk issue nk investigate... ayo yo yo.. aku pon x igt mana letak itu document.. aritu wat back up.. mlm ni kene la remote pc aku kt cmg utk godek... kalau tkde cemana ni.... :( tak niat pon x nak buat...

Monday, June 27, 2011

Qbeez Sdn Bhd..

Hari ni adalah hari kedua aku join Qbeez... Hari ni semakin ok.. Actually Last friday aku rasa sgt sangap... Maklumla baru first day.. Then xde PC available.. terus lak tu dapat tugasan pertama..

Senior SA kat sini bagi aku proposal bahasa melayu.. aku kene translate dlm process flow... utk JKKK kerajaan Terengganu.. Perggghhh. pocah palo nk maham an.. Pastu lak aku tersengguk2 mengantuk.. hahahah.. teringat zaman2 mengantuk kt CMG.. hihihi... Aku asek tgk jam je bile la nk balik ni..

Makanya berkenalan la aku dgn team2 ni... Memula HR kenalkan aku Kak iema.. aiseh.. iema pulops depa panggil aku.. Ade la 3-4 org yg sama blk ni tanye, eh kak iema ke? ke sebaya? aku jawab ler.. Sebaya kot.. mmg nampak gaya cm sebaya.. ahahaha.. Last2 ms lunch berkenala.. Dorang agak umur aku baye2 dorang.. aku pon tye la, baye korang umur bape? 25-26... HARHARHAR.. perasan suda... ase nk guleng2 kt jalan raya MTDC.. maklumla, dh masuk 30-an ni bila org kt umur 25-26 tu, teruja dia lbh sket... ihihihi...

Mmg first day last week aku ase buhsan sgt.. Seboleh aku cuba setkan mind aku supaya berfikiran positif... takmo effect performance lak.. Tapi, nampaknya hari ni sgt berbeda.. Dinding telah dpt dipecahkan...

Pg td kuar rumah 815pg.. ujan lebat.. jalan jem gile tk hengat... last2 aku pusing ikut jalan jauh.. ikut jusco... selit2 smpai beakang giant.. seb baik smpai opis ngam2 kol 9... Pastu, smpai2 ade 3-4 org je.. Ape lg, depa ajak minom.. ihihih.. best3... then aku pon dh ade komputer, syiok sket wat kerja... best3...

Dalam masa sama gak, ingatan aku pd CMG tk lupa... chat ngn moli.. rindunye rasa dgn sahabat2 di cmg.. Tapi nk buat macam mana, hidup tetap perlu diteruskan... Aku dgr depa kt ade 7 lg pojek nk masuk... Berharap jodoh aku panjang di sini.. dan semanagat kerja aku juga harap mencanak2.. ihihihi...

Monday, June 20, 2011

Benar2 tidak berkemampuan..

Esok last day aku di CMG.... Masih terdapat kerja yg x siap.. 3 hari minggu lepas masa berabis kt investigation kt issue yg tiba2 jadi... Ujung minggu ni ptt kene wat analysist terperinci melalui finding yg aku dpt berdasarkan data.. Tapi x mampu lak ase.. 2 hari ni pon aku bz.. Biasa la ujung minggu adalah hari bersama family.. Tapi memikirkan ini la sisa2 terakhir bakti/pertolangan yg blh dihulurkan.. Yelah kan, selagi aku bekerja dgn cmg, selagi itu adalah tanggung jawab aku... Benda dh ade, nk diolahkan dlm bentu report/document.. ayo yo yo...

Ermm... jam dah kol 1:45 ni... dok pandang je report ni.. ape la aku nk buat... hahahaha.... Pastu mata tgk tb tgk industan.. cemano la nk fokus.. btl2 la ase tk mampu nk memerah otak ni ha utk memikir... hua hua hua...

Wednesday, June 15, 2011

3 hari sebelum meninggalkan CMG...

Sedar tak sedar, berbakikan 3 hari saja lg aku berkhidmat untuk CMG Online Sdn Bhd... Sedih sangat rasa.. 26/6/2011 ni genap la aku 5 tahun di CMG... Kalau bukan kerana aku tk dpt sesen increment thn 2010 dan frust, sure aku masih lg di CMG.. Namun apekan daya, jodoh kami tidak panjang... ihihih..

Bermulanya thn 2006 lepas convo Unitar, semasa mengambil short course di Cosmopoint, untuk software engineer trainee position.. Lepas tamat 5 bln, semua perlu ke industrial training 3 bulan.. Ms tu Mr Hoh dtg ke Cosmopoint, CMG memerlukan 1 org.. tp bukan industrial, dorang akn terus amek sbg staff.. So ade la lbh 20 org kot yg interview... bukan kelas aku je masa tu apply.. lepas interview, kami kene tunggu.. So, ade lbh kurang 15 org kot short listed interview... So pd hari yg sama, 15 org itu perlu menjawab IQ test dan attitude... Disebabkan aku mmg sgt suke menjawab IQ test online, soalan2 itu Alhamdulillah dpt di jawab dengan tenang.. ihihi...

Akhirnya dr 15 org yg menjawab test tu, 3 org selected utk final interview dgn MD, Dr Thed.. Aku, Diey dan Suresh... Berdebar2 jerk... Ms g interview, yg interview, Dr Thed dan Mr Hoh.. Sbnrnya x byk pon technical Question. Dr Thed kt, Hoh dah interview technical, so dia just nk jumpa face to face..Dia ulas IQ Test aku.. Dia kata "Ni mcm soalan bocor je ni.." Aahahaha.. Aku pon jwb je la, mmg aku nye hobby menjawab IQ Test online.. Lepas tu dia ulas attitudetest aku pulak.. Dr Thed kt based on the test 'You are born to be a leader' Chewwaaahh.. yo yok ooo je.. Sbb dia kt melalui test dia leh tau kalau org yg pretend untk mnjawab or tidak.. Huhuh.. Ontah la.. Tk kesah la apo2 pon.. aku jawab je ikut soalan.. Huhuhu..

Dorang siap ckp. in 2 years u blh grow lg and dlm 5 tahun can be a part of management team. Iyo la tu.... Aku ponn tatau la cemane aku kerja kan... Setel interview, antara sahabat aku 3 org, Alhamdulillah.. Rezeki berpihak pd aku.. Tu yg ujung tahun terus kawen tu.. ihihihi...

Jadi 26/6/2011 aku melaporkan diri di CMG sbg fresh grad, starting ms tu kira tinggi jgk la.. RM2200.. So sbb ptt nye aku trainig 3 bulan, maka 3 bln pertama leh dpt xtra 500 hengget dr cosmo... kayo kayo kayo...

Alhamdulillah.. perjalanan karier aku di CMG mmg jatuh bangun ntah berapa kali.. Dari aku zero programming, sampai ler skang.. So masuk2 CMG aku attach ngn team JAVA.. Ms tu project dah go live, tp bugs setebal2 nya... Tp pengalaman tu btl2 mengajar aku berjinak2 dengan coding...

Bermula aku kerja hanya antara aku dan computer, kemudian diamanahkan jaga satu system.. Kemudian ade 4 system di bawah penyeliaan dan dlm masa yg sama kene wat coding.. Deal dgn direct sutomer.. Byk pengalaman suka dan duka.. Antara project yg aku ade pengalaman usik IHIS, HIS, CPS, CRM, PBA sket, BMS, PIMS dan sket PHIS.... Sehingga la aku start kerja jumpa end user utk requirement, lead project.. Dah SA kan kene la jaga sume2 benda.. Dan menjadi org kepercayaan Manager utk manage team.. Aku mmg dah x touch code, tp still harus monitor sume tu... Uhuhuh.. Mcm2 benda aku belajar.. Dn masih byk jg aku perlu pelajari...

Selama2 dlm maintenance team, team mate aku semua sentiasa memberi kerjasama.. Seronok sgt2.. Tester a.k.a trobleshooter Ezly, QA Shuhaina(Org kuat aku utk jaga team PIMS),  Developer - Diana yang dh semakin otai, Amir, Aizat.. Dulu lg ramai.. Dulu ade cik yus, intan, then Developer india mari Nihil, sunny dan pramod.. Sume mmg best!.. Aku enjoy dan happy sgt2..

Namun berbaki 5 hari ni biasala kan.. suam2 kuku je semangat tu.. Tp aku masih perlu buat kerja saki baki.. supaya mudah kan semua org.. huhuh.. Sayangggg semua.. Cemana pulak agaknya pengalaman kerja aku dgn company baru nanti... Tunggu dan lihat saja la kan...

Cuma, disimpulakan, kalau kite nak berjaya, tk perlu ade erti putus asa... Walau mcm mana penah aku down satu masa dulu, org sekelilling, sahabat handai dan keluarga sentiasa memberi kata2 semanagat... Aku sgt bersyukur kalian berada di sekeliling aku tk mengenal masa..

Pada shabat aku yang paling paling aku rs akn rasa kehilangan nanti, Ezly Hufaida.. Insan yang benar2 memanhami aku.. insan yang sentiasa memberi aku semanagt di kala aku down.. Kalau la dia ni single lg, jadi madu aku pon xpe.. ihihihi.. Sure bahagia rumah tangga kami... Hahahaha... Ramai nye pulak aku nk amek org jd madu... lbh 4 quota dah.. hahahaha.. Ape la aku merepek ni.. ngeh ngeh ngeh..

Walau aku rs teruja nk start keje baru, jauh dia sudut hati ase berat dan sedih untuk meninggalkn CMG yang banyak dah mengajar aku... CMG adalah tempat yg byk berjasa... CMG antara company yang sgt direkomen kan utk fresh grad belajar.. mcm aku...

Apa pon aku bersyukur amat2 kerana Allah telah memberikan jalan untuk aku untuk mempertingkatkan kerjaya dan taraf hidup.. Alhamdulillah....

Thursday, June 9, 2011

Dugaan Allah kpd hambaNya....

Lama betul tk update... Mcm2 nk cerita dan belaku.. First syukur sangat2 kami sekeluarga dah selamat memindahkan diri dan rumah di sri kembangan.... Ade 8 hari lg nk berulang dari sri kembangan ke kota damansara... Sedih sgt rasa....

Tapi main point nk tulis, 2 minggu lepas aku mc.. yg agak memeranjatkan, aku telah miscarriage tanpa sedar aku mengandung.. huhuhu.. Asal2nya sabtu 21/5/2011 tu aku demam panas tiba2.. menggigil2... tekak sakit yg amat... Pg la klinik.. Suhu 40.6 darjah celcius! Pastu ulcer sepenuh2 nya kt anak tekak ni ha.. ptt la perit amat nk menelan.. Alang2 jumpa doctor, aku ks tau doc aku period dh nk hampir sebulan.. Awal bulan keluar sket2.. pastu 10 hrbln keluar mcm ketulan.. lps tu dlm 5 hri lps aku asek sakit perut je.... Mcm nk terberanak... uhuhuh...

Doc kt awk pregnent kot, kite wat test kencing dulu. Aku x expect ape pon sbb dh sah2 aku period xkn ngandung lak.. x terlintas langsung.. Aleh2 pas ujian air kencing, doc panggil..

Doc : Berdasarkan ujian ni saya tak blh kt negatif ye..
Aku : Huh?? (Mulut ternganga 5 minit)... Sudahhh.....

Aku rs x lojik2.. Sebabkan sblm aku kencing td ade 2 bekas kencing jgk.. pesakit lain nye.. Aku rs dorang ni mesti tetukar air kencing ni.. So, disebabkan aku masih bleeding, sakit perut amat, demam tinggi, so doc wat surat refer ke hospital.. Bleeding ketika pregnant. Aleh2 dlm ms sesaat status aku bertukar menjadi wanita mengandung.. hahahah... Tapi mls nk g hospital mlm ni, sbb esk haziq dah la ade sukan sekolah... so aku rencanakan esk je la pg lps sukan haziq...

Tapi disebabkan perut aku sakit melampau, x dpt tgk dia bersukan.. dok je la dalam keta.. So, lps abes sukan haziq, kami tinggalkan dorang kt kepong. G hospital sg buloh... Check ujian UPT skali lg.. -ve pulops... Sbb kn perut skt melampau, kene g kt ward bersalin utk scan... Pergghhh... mmg ler spital kerajaan, selama lama lama lamaaaaa nya menunggu.. maklumla benda free kan.. kene la tunggu...

Ade jgk nk kondem2.. ko br takat singgit dgn sume2 benda tu, tk yah la ckp byk2.. Ade la makcik2 kt sini dok kondem2 kerajaan.. Aiyo... Kerajaan dh bg subsidi utk ubat-ubatan pon ko ptt bersyukur.. Cer g kt india, ubat sume kene beli sendri... Nak kt tu duit rakyat? rakyat byr income tax? bape sen la income tax korang byr tu... Hey.. org kalau tatau nk bersyukur mcm tu la.. ade saja nk di salahkan.. ehhh.. terlencong laks.. Bukan ape, ms tunggu2 kt blk bersalin  tu ade la 2 makhluk bercerita mengutuk benda2 x lojik dn related.. kalau ko x puas ati sgt, buat ape la ko tunggu lg.. g je private.. tak mampu pulak kan??? aiyooo....

So, dorang pon scan2 aku, rahim kosong.. cume sedikit bengkak belah kanan... Sbb kan nk check lbh detail, aku pon di tahan ward.. kene mkn ubat penahan sakit sbb perut masih skt... memula tu dorrang suspect cyst, gugur, cyst pecah, mengandung luar rahim... mcm2 la.. So ujian demi ujian dijalan kan utk cek dan sahkan btl2.. Akhirnya kesimpulan nya aku miscarriage dan kebetulan cyst pecah... Ptt perut skt yg amat2... Nampak nye takde rezeki la Aqilah nk jd kakak.. ihihih.. pdhal berdebar jgk kalau bebetul mengandung.. Aqilah br masuk setahun ha... ihihih...

Lps tu doctor bg cuti rehat/pantang selama 2minggu.. yahooooo.. Yahoo kemende, blk2 kene packing sbb nk pindah...

Tapi Alhamdulillah, semua dh selamat..... Cuma 2 hr ni travel dr sri kembangan ke kota damansara mmg agak letih sket.. Maklumla sblm ni berulang dr rumah ke opis x sampai 5 minit... skang punya laaaaa jauhhhh... ihihihih.. Ape pon Aku bersyukur sgt2 di ats segala rejeki yg di limpahkan oleh Nya... Dan aku yakin, tiap ape yg berlaku pasti ada hikmah nya..

Terima kasih pd sahabat dan keluarga yang memberi semangat dn support.. Terutama insan yg paling dicintai... Suami ku tersyayang... :* Alamak.. kene pantang da.. ngeh ngeh ngeh...

Tuesday, May 10, 2011

Alahan Laktosa @ Lactose Intolerant Part 1

Alhamdulillah.... Akhirnya aku dah jumpa susu yg sesuai untuk Aqilah.. bukan la bermakna selama ni x jumpa.... 8 bulan pertama Aqilah fully breastfeed, alhamdulilllah... So masa ni tatau yg Aqilah ade masalah ni... Lps 8 bln tu disebabkan kebizian melampau, aku mmg x smpat nak pump susu.. Ms tu hari2 pg kt client site, presentation nye lagi... mmg btl2 tk sempat.. Abes basah2 baju ms tu... Ape kan daya... So lama kelamaan stok aqilah ke nursery makin kurang... Maka aku kene la campurkan dgn susu biasa.. Mula2 beli Enfaprow, ms tu x perasan anak dara aku ni ade masalah tu... sbb ms tu susu badan 6:1 dgn susu formula... Means kalau 7 kali Aqilah menyusu sehari, 6 kali susu ibu, sekali susu formula... So x pasan masalah ni.. Lama kelaman stok makin mengering... So, makin byk amek formula ms di nursery..

Tapi pelik, nursery kasi tau siang dia ceret2... Tp mlm tak pulak.. So biar kan dulu... So, bila lama2 susu aku tak cukop, and top up Formula Milk tiap kali susu, so dia kerap ceret... Adui la.. Means aku fiikirkan x sesuai.. Penah aku terbaca kt forum Enfaprow panas... So susu x smpat abes, buang jer.. Aku gantikan sustagen 1 plus.. masa tu Aqilah br 10 bln kot.. dia x kencet terok, tp masih kencet.. so aku fikir mungkin tempoh keserasian.. sbb Aqilah kn susu ibu sblm ni sepenuhnya... mungkin laaa... Lama kelamaan dia makin terukk.. mmg poo poo dia busyuk sgt.. ijau lak tu kadang2.. adui la... Adakah sbb aku bg Sustagen 1++ ni jd gini, sbb Aqilah blm lg setahun? So aku try S-26.. Perghhhh.. Lagi terok! Lps minum terus muntah!!! Huhuhuhu.... Last2 bwk jumpa pakar kanak2... Rupanya depa kata Aqila ni kene amek susu Lactose free... Sbb dia cuma ceret... Kalau budak alah susu lembu,  dia mmg kene amek susu soya.. Tapi Aqilah x naik bintik2 bermakna dia tk alah susu lembu.. Dia ceret... means dia alah lactose je.. So bertukar la Aqilah ke susu Lactose Free... Alhamdulillah.. masalah terkencet dgn teroknye dh x berlaku....

Malangnye, susu LF sampai 12 bln je.. puas aku cr pelbagai susu... Ade gak baca2 kt forum, ade suggestkan pediasure? WOW! high maintenance pulak anak dara aku ni.. So aku fikir2 nk try semula sustagen dia yg masih ade stok kt dapur.. mengharapkn aqilah x selama nya alah lactose.. Malangnya tidak begitu... Asal bg je selang 2-3 jam berdecet2 la dia terkencet.. Aisehhh... So walau ms tu Aqilah dh setaun lbh, aku msh bg dia susu LF yg bwh setahun... Risau la pulak anak dara ni x cukop zat..

So, disebabkan skang ni kan tgh kempen susu tanpa gula tambahan tu... ANMUM la start promosi tu kot... leh cek berapa lebihan kandungan gula dlm susu anak kita... Aku pon belek la tiap susu kt Giant nuha nak tau..

Rupa2 nya, Sustagen mengandungi lebihan sehinggan 14 SUDU GULA!!!!! Perghhh.... Ptt anak aku ceret terok..

So sbb kan anmum wat promotion tanpa gula tu, aku pon beli laaaa..... kite try test tgk... Sian Aqilah jd tikus putih.. ngeh ngeh ngeh... Namun, akhirnya!!! Aku jumpa dah susu yg sesuai untuk anak dara sorang ni yg sesuai dgn umur dia.. iaitu ANMUM la... hahahahaha... Ok la.. Seb baik ANMUM kan.. kot la x leh ngam kene Pediasure jgk... Pengsan.. ahahha...

So pas ni abang haziq pon leh tukar anmum jgk... Ekceli dulu mmg abg haziq minum anmum... tp fikir dia makan pon dh laju, susu tu just tambahan je, aku tukar kn la susu nespray(padahal sbb bajet pon ye jgk.. hihihih)... Tp nespray pon ade lebihan 4 sudu gula tambahan.... So insyaAllah dpt rezeki baru ni, ape lagi kan.. untuk anak2 jgk... nanti kang abg haziq tye lak, nape abang susu nespray, adik susu anmum.. huhuhu.. tu la deh.. Rasa kn la pulak iema... ihihih..

Ape pon, syukur sgt2, dh tk runsing Aqilah susu yg sepatutnya... Alhamdulillah..

So, maklumat detail psl Alahan Laktosa @ Lactose Intolerance seperti di bawah :


Alahan Laktosa (Lactose intolerance)

Apakah laktosa?

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.

Apakah alahan laktosa?

Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?

Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Jenis-jenis alahan lactosa

Alahan laktosa mungkin kekal (primary)
  1. Congenital (sejak lahir)
    • Jarang berlaku
    • Berlaku semasa lahir
  2. Lewat (bagi dewasa)
    • Biasa berlaku di kalangan orang asia
    • Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
Alahan Laktosa Sementara (secondary)
Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
  • Penyakit usus seperti Coeliac Disease
  • Pembedahan usus

Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?

  • 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
  • Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
  • Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
  • Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat dewasa.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:
  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung

Diagnosa

Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?

Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat

Bagaimanakah cara merawat masalah ini?

Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
Alahan laktosa yang kekal :
  • Tidak dapat diubati.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?

Makanan mengandungi laktosa termasuk:
  • Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
  • Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  • Aiskrim.
  • Margerin.
  • Roti dan biskut.
  • Bijirin sarapan.
  • Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  • Susu pekat manis.
  • Susu cair.
Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
  • Semua jenis susu.
  • Gandum dan protein susu.
  • Susu tepung.
  • Tairu.

Bagaimana keadaan ini boleh dielakkan?

Elakkan semua makanan yang disebut di atas.

Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?

  • Baca label kandungan makanan yang hendak dibeli.
  • Berhati-hati memilih makanan yang tidak dicatitkan kandungannya.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan tentang kandungan makanan yang tidak pasti.
  • Jangan kerap menukar susu bayi anda. Dapatkan nasihat doctor di hospital.

Monday, May 2, 2011

Sambungan...

Skarang cam mood slow je.... Maklumler dah submit surat tender.. ngeh ngeh ngeh.. tp tugas2 tetap perlu di habeskan... Segala2 nya berlaku dengan cepat... dulu, masa geram2 bengang ngn CMG, pegi interview jerk, x de pon dpt... Sbb alasan dorang aku nye notis lama sgt 3 bulan.. elleh ye la tu...

Tp bila Allah tu kata nak bg rezeki, tk kesah la notis 3 bln, 10 bulan, 3 tahun( tipu la tuuuu..) InsyaAllah, kalau Allah nk bagi kite rezeki tu, kita akn dpt....  Alhamdulillah.....

So, skarang bila aku rs dh semakin tenang, dh naik gaji naik pangkat kt cmg... Aku dh rasa hepi sgt2 la.. projek dh nk abes.. Ms memula dpt surat naik pangkat aritu, kepala ni terus berpusing.. Apakah pembaharuan yang aku blh buat.. Aku nk tiap satu di rencana dgn lbh tersusun..Mcm2 la..

Dah tau ok dan tenang, aku g la ade satu interview.. Konon2 letak gaji kt situ 6K.. Aler sure dorang x kn bg nye.. sbb tinggi.. Ahaha.. blh fikir gitu?? So utk mencuba nasib, aku saje g... itu mmg takde la niat terdesak nk cr keje lain pon.. sbb tgh tempoh bertenang kan..

So, hari kejadian tu memula aku mmg x larat nk pegi.. demam nye,bersin2 nye... skt kepala nye.. Paling tak best, slalu g interview mesti abang anta... time tu abang takde... g sekinchan.. bwk budak sekolah... So g je la, jaga ati.. ahahah.. alasan..

Pegi2, 4 kali interview(JAVA manager, SA, HR,.. last skali CEO dia..) Dr... Wowowowow... bermimpikah aku.. terus dpt.. huhuhuhu.. Dan yang penting dorang sanggup tunggu 3 bulan!! WOW! So bermula la keserabutan aku nk terima ke tak offer ni...

Oh ya, aku mintak 6K, tp depa nego... Walau cemana nego pon, perbezaan gaji tu > 1k dgn gaji skang! wohohohoh... sape tak nak??? Cumaaaa..... serabut2.. byk benda nk kene pk ni... Aku tak sanggup nk redah jem! Jauh!!! Bestu, kene pindah! sekolah haziq lg! Dah la haziq br je nak masuk kelas haaa... Aqilah lg! Nk cr rumah lg! serabut perut byk benda...

So, sorang je insan blh tenangkan aku... sape lg, Zulhadid Asfari ler... iihihihihi...  So, blk2 dari interview, terus jot down ape kene rancang.. ulis ape pro n cons sekiranya aku tender... Ms interview dgn CEO tu dia kt dorang bakal dpt pojek juta2... Dorang mmg memerlukan System Analyst yg tahu technical.. Mungkin sbb tu la dorang sanggup tunggu.. wee~~

Tak lama lps dorang call bg tau, disebabkan aku ade cuti 21 hari, so notis aku cume 2 bulan... so dorang nk byr sebulan.. bermakna aku ada sebulan je lagi... Pastu aku pon g la gtau HR.. Agak tensi jgk.. HR kata, kalau early release, cuti aku yg 21 hari tu x kn dibayar... ape kejadahnye... dh la cuti2 itu ketika aku sgt2 bz keje.. keje sabtu ahad, blk tgh mlm... sgt rs unfair... uhuhuhu...

So, sebab tk mo rugi aku bgtau company baru aku x leh start awal sbb cuti aku akn burn begitu aje... So discuss2 punya discuss... Aku akn start 27/6/2011.. yeehhaa...

Ape yg aku nampak kt company baru, insyaAllah aku leh pg lbh jauh... Then company anak melayu.. Company bumiputera... So, tk salah aku berkerja untuk memajukan cocompany utk anak bangsa sendiri.. :D Tak sabar rasanya...

Cuma skang ni surat tender aku bos aku x hantar lg ke HR... dh nk masuk 3 minggu dh...  Tapi HR kata tarikh tender ttp ikut pd surat...

So... tak lama lg bermula la cabaran dan kehidupan baru,..... Semoga ianya dipermudahkan...

Sunday, April 24, 2011

Secara sah nya aku berstatus System Analyst...

Lama sungguh tak update apa2 sejak g outstation ke Kuala terengganu dan kota kinabalu aritu.... Byk dan mcm2 telah berlaku dan terjadi... Dalam keluarga, kerjaya aku, politik malaysia, macam2 lagi.... Ok, akan ku update kan satu2...

Projek dengan perkeso tunggu masa nak launch satu malaysia... Alhamdulillah, penat lelah selama ni bersengkang mata, bila dh nk go live mmg satu kepuasan.. nak2 benda tu kita buat kan.. iihihih... siap aku baru je dipanggil bos telah diassignkan pojek baru yg leh la dikatakan besar.. Nilai pojek ni billion kot ek? x dpt formal info lg, tp kata nya 2 years development. System besar.... Skang tgh nk buat prototype... Disebabkan aku ni dah 5 thn pengalaman la konon2 dlm inventory dan procurement ni, aku kene la bantu apa2 yg patut....

Apa pon, memang kadang kala kita akn rs turun naik perasaan dlm kehidupan.. turun naik semangat, turun naik mood... tetapi selagi kita melakukan sesuatu dengan ikhlas, insyaAllah akn ade return nya...

Ms aku mula2 aku di assign job system analyst, aku mmg ade sedikit gentar.. maklumla slalu wat coding ngadap pc, paling2 handle team aku yg ade bape kerat jerk... Tp, utk first project, halfway aku terberanakkan Aqilah.. so feel start kick off project tu x sepenuhnya.. Tp maasih aku ber peranan mencari segala mcm information utk project tersebut... Tp, geram gak la, kerja SA dh bg, title masih Senior software developer... ok takpe.. naik2 bersalin, dpt lak bad news.... Tak ada kenaikan langsung gaji aku... pastu post masih lama...

Dengan title post yg sama, di assign sekali lg SA job.. masa tu mula2 mmg down.... Tp dh dipertanggung jawab kan.. Aku masih bekerja sepenuhnya... Yelah, hati sedih, tp kerja ttp perlu dilaksanakan..

Tup2 bonus aku half month je???? Sblm2 ni dh 2 thn aku dpt 1 month! 2 kali setahun... tetiba thn ni dpt half!!!! lg la ase down sgt2.... Ade satu member ks tau.. aku nye politik tak kuat... Aiyark... ktnya aku slalu lwn2 Project Manager... Alamak, kalau benda tak btl taakkan nk g lap bontot PM.. uhuhuhu.. Aku tk pandai la pulak. Member br msk dpt > .5 bln.. uhuhuhu... dia kt PM kami ni kene puji2, kene jack2 sket... Tetapi cemana2 pon aku rasa, itu bukan aku... kalau aku rs benda tk btl, dan ade penyelesaian lbh bagus, x salah untuk aku suarakan... yelah.. lain org lain cara kan...

System semakin siap... Rupa2nya aku x dpt full bonus sbb aku MC lbh dr sepatutnya... itu di decide oleh top managment... Walau dorang x amek kira pon aku mc sbb apa... PM aku dh tlg fidht utk aku katanya.. Sbb dia tahu cemana aku kerja.. Tp terdetik jgk, btl ke PM aku ni... Sbb dia kt mmg dia ade promot aku naik gred.. Aku pon terus call HR, HR ckp mmg dorang ade propose, cuma tungug top managment lulus kan...

Setelah menanti dgn sabar, Alhamdulillah.. tk semenan2, tk penah2 selama keje cmg ni kenaikan >500.. huhuhuh.. Alhamdulillahhhhh... rezeki anak ke tiga ke ni???? ihihihihi... Ape pon, aku seronok sgt.. ase semangat nk kerja sket... Team aku mmg best.. PM pon, walau dia penah handle pojek yg besar gagal sblm ni, org ckp dia mcm2... Tp hakikatnya sbnrnya setelah aku kerja dgn dia start projeect from zero, dia mmg BEST! dia mmg cayakan aku 100%. Aku rs sbnrnya, mungkin project yg dulu, team work itu sendiri kurang, mungkin.. Den dorang mmg kurang respect PM, and paling aku notice, kalau ade ape2 prob, tk leh nk commit kerja ke, ckp je dgn dia yg kite x leh commit time line tu.. Dia akn consider.. Tu sbb la aku slalu betekak ngn dia.. bukan betekak ape, mane2 ade pecanggahan idea or pandangan, mmg akn argue.. last2 akn tgk semula pro n con nya..

Alhamdulillah.. team skang insyaAllah dh sempurna... Dlm team aku dh ade 2 org QA/QC, dh ade developer yg btl2 blh bg comitment... Namun begitu.... Kusangka panas hingga ke ptg..... besambung....

Wednesday, March 30, 2011

Tips untuk membezakan antara Original/Authentic Coach & Bukan Original (fake) :-

Dulu2 aku pernah la terbeli handbag ni... chewwahhh.. Kalau dh terbeli tu sure la x Ori kan? ngeh ngeh ngeh... Asal ceritanya cenggini, Ms tu aku g 'PS' Butik.. a.k.a Petaling Street Butik.. Nk usha henbagg murah2.. Sbb kan masa tu mmg aku ni buta jenama mahal2 ni.. aku pon cr la yg konon2 x da jenama... Xmo nnt nampak sgt la x ori nye.. Ade la mcm2 brand henbag. Guess la Gucci la ( nampak sgt ms tu yg ni je la kot brand yg aku tau), mana yg aku tahu tu, aku x mo tgk pon. Sbb tau sgt nnt org tau x ori.. Even time tu aku pon tatau LV tu satu jenama yg mahal.. Ahhahahha... So aku bekenan satu henbag ni.. Ade byk uruf C. So aku kt ha yg ni x de jenama la kot, mesti org ni nk tiru Guess/Gucci Sbb ade byk uruf G. So dari harga 100++ aku dpt tawar smpai rm40! Kira murah la tukan, henbag pun besar. Leh letak btl susu. Hehehehe....


Pas dh pakai, ade dak opis tegur "wah.. mardhiah banyak kaya pakai henbag COACH!" Aku kt kaya mende aku beli rm40 je... Dia kt tipu la mesti ribu2, ni ori la ni ade tagged COACH(mungkin dia pon tatau nk beza mana ori). Aku pon surf la.. Laaa.... punya la aku xmo pakai brand guess/gucci or yg lain2, skali terbeli yg lg la mahal brand... ahahhahahaha.. sbb tu la aku kata aku terbeli... Tapi lama jgk la aku leh pakai henbag tu.. Sebab aku ni jenis kalau beli henbag tu aku akan pakai sampai lunyai, br lah aku beli lain.... So setahun lbh jgk la henbag tu bertahan, akhirnya tali nya putus sbb bila henbag dh bsr, selagi boleh dan ade ruang tu la aku sumbatkan mcm2... uihihihihi...


So pg td kawan aku post mcm mana nk beza kan yg ori atau tk, sila la baca tips2 dibawah....(wahh.. pas ni abes la sape pakai henbag coach tu, jgn nk lagak2 ngn aku k, aku leh tau mana ori ke tak.. heheheheh....)

tips untuk membezakan antara Original/Authentic Coach & Bukan Original (fake) :-


1. Seperti yang korang sedia maklum, Coach kebiasaannya menggunakan signature 'C' untuk sebarang keluaran begnya. So, korang boleh perhatikan huruf 'C' pada Coach yang tidak ori (fake) selalunya tidak bercantum/selari pada setiap sambungan/jahitan kemasannya. Lain pulak, dengan Coach yang ori, dimana setiap 'C'nya akan bercantum walaupun pada bahagian sambungan.




2. Setiap susun atur 'C' pada Coach tidak ori (fake) hanya memaparkan satu/single corak 'C' untuk setiap arah. Tetapi untuk Coach ori ianya melibatkan dua/double corak 'C' bagi setiap arah.



3. Adakalanya Coach tidak ori (fake) menggunakan huruf yang seakan-akan dengan 'C' sebagai contoh huruf 'O' ataupun 'G'. Jadi telitikan perkara ini sewaktu korang membelinya.


4. Perhatikan juga Sleeper Bags atau Dust Bags yang biasanya disertakan sekali apabila korang membeli beg Coach. Dust bags bagi Coach yang ori sepatutnya berwarna coklat gelap dengan tali yang berwarna merah dengan perkataan Coach di atasnya.




5. Tag berlogo Coach (yang biasanya ada rantai besi bersambung padanya) untuk Coach ori, ianya mestilah sepadan dengan warna beg Coach tersebut dan bukan diperbuat dari plastik keras. Malah logo Coach yang dipamerkan padanya juga adalah timbul (stamped) dan bukan sekadar dicop pada bahagian atasnya. Walaubagaimanapun ada sesetengah beg Coach tidak disertakan sekali dengan tag logo ini mengikut design tertentu, jadi korang kenalah buat research/kajian mengenai beg yang korang inginkan tu sebelum membelinya.


6. Nombor siri (serial number) untuk setiap beg Coach yang ori ada dipaparkan di bahagian dalam beg Coach, yang penting korang kena pastikan terdapat 4 nombor selepas tanda sengkang/dash. Tulisannya juga hendaklah berhuruf besar, timbul dan mestilah berbahasa Inggeris *kalau bahasa melayu, kompom tak ori tu kehkehkeh*.



7. Selain itu, korang boleh menilai sendiri bagaimana rupa beg Coach yang tak ori (fake) berdasarkan pada kekemasan jahitannya, keadaannya yang tidak kukuh/tegap, pengunaan material yang murah, terdapat lebihan gam pada bahagian tertentu dan gaya beg itu sendiri yang tidak memaparkan ciri-ciri original *chewah~ :P*



Source : http://www.reenaonline.com/2010/11/perbezaan-di-antara-coach-original-dan.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news