Thursday, May 31, 2012

Rindunye kt abg haziq...

Bile jauh rs sunyi abg haziq xde... ibu rindu la tu..

posted from Bloggeroid

Business Trip : Guangzhou 4 May 2012 - 9 May 2012

Perniagaan melangkah lagi satu tapak kehadapan.. Alhamdulillah.. Tidak sesia aku ke tanah besar.. Pelbagai peluang perniagaan dpt di lihat.. Dari sekecik2 bende, dan sebesar2 barang..

Aku g sana nk ambil brg2 meniaga.. Pendrive, Memory card, Tablet.. Itu pon tersasar2 la jgk nye barang shopping sendirik... Alang2 g sana kan.. Nak raya ni, baik aku amek baju2 raya budak2 skali.. ahakss.. alasan ler tu...

So, kepada sahabat yang nak follow utk next trip aku ke sana, blh la kontek aku ye.. Antara barang yg aku sempat sebat adalah..


















Yeah... akan ku ulang ke sana lagi.. insyaAllah................ 10 bintang untuk KAK AWE!.. :D

Monday, May 21, 2012

Lmbt pulak..

Akibat keletihan yg amat, pas subuh td sambung tido... aleh2!!!!!?????!?": tersedar dh jam 8 !! Adoi.. haziq masuk school kol 8.. aisehhh men...

posted from Bloggeroid

Monday, May 14, 2012

De Palma KL : Streghening Goverment through Capacity Development of the BCS Cadre Officials of Bangladesh

Minggu ni minggu terakhir officer2 dr Bangladesh ni di Malaysia.. Dorang dtg ke sini nk belajar cemana pemerintahan dan pentadbiran Malaysia.. Relax la sket utk beberapa minggu sebelum beberapa batch masuk.. Yang tak sanggup berulang sejam 1 perjalanan ke sini..

Tapi byk yg aku belajar.. High level government servant dr Bangladesh dtg sini, bayar mahal2 sbb nk belajar mcm mana cara pentadbiran di Malaysia.. Tapi org kat malaysia ni sendiri tak tahu nk bersyukur lg..

Mana2 yg selama ni kite igt kerajaan x wat ape2, sbnrnya, bermacam strategy.. planning.. mmg best!.. so byk jgk la ilmu2 aku dpt kt sini membantu aku jwp soalan exam PTD sabtu baru ni..

Ape pon, I'm proud to be Malaysian!

Saturday, April 21, 2012

re install blogger droid

Test test test testis.. Oppsss..testing...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

MZFervor Solutions



Dilahirkan pada 28/12/2011. Lahirnya dia kerana cita2... aku bercita2 membuka bisnes sendiri..

Masa muda2 aku dh puas buat networking.. Aku rasa x slh aku nk try.. Jadi disebab kan bidang aku adalah komputer2 ni, aku mengambil keputusan buka kedai komputer dan aksesori.. Tapi barang2 tak banyak mane lg.. InsyaAllah bulan 5 ni pegi ke China, nk tgk barang2 yg xdop lg kat sini.. Tiket dah beli, tp passport x idup lg.. ngeh ngeh ngeh..

Sambil2 tu aku buat freelance jg utk buat web, system.. programmer insyaAllah dh ade 2-3 orang2 yang aku boleh percayai hasil kerja dan kualiti nya...

Nape name dia MZFervor? Fervor ni kalau kite tgk kamus, maksud yang synonym adalah Passion, Dedication,  Enthusiasm, Eagerness, Commitment.  Sebenarnya aku pon cam tak caya mcm mana aku boleh bertahan berbulan2 masa aku di uji di tempat kerja baru ni.. Dari mana dtg nya semangat dan kekuatan mental utk menyiapkan projek pon aku cam mimpi je... Tanpa insan istimewa di sisi, sudah pasti aku tidak mampu melalui semua ini seorang... Walau byk perselisihan berlaku, Alhamdulillah kami redah juga...

Jadi nya, berbekalkan semangat dan jati diri yang ada pada MardhiahZulhadid, maka lahir la MZFERVOR SOLUTIONS.. chewwaaahh... ihihihi.. Semoga semuanya berjalan lancar...

Sekarang, kedai telah sebulan beroperasi.. Alhamdulillah.. dlm ms sebulan, sales utk keuntungan mmg blm nmpak lg.. tapi aku bersyukur sgt2, yang penting lepas duit sewa kedai dan byr gaji pekerja.. Nasib la pekerja aku sorang ni x berkira.. Mudah rezeki mu dik.. Pekerja/pembantu a.k.a adik ipar aku sorang ni br abes belajar, jadinya sementara menunggu panggilan sambung belajar, dia la tlg aku jg kedai, edar flyers.. tolong2 pon kene jgk byr gaji kan.. ihihih...

Alhamdulillah... sambutan dan sokongan padu dr sahabat dan saudara mara amat menggalakkan... Oleh itu sahabat sekalian, sila lah singgah ke kedai kami di G-53, Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri kembangan. Sila klik like kat fan page kami http://www.facebook.com/mzfervor.solutions



Nanti bila free akn di upload kan gambar2 yg ada..

Credit to pupu ku Nurashida Arshad.. Skarang kami berganding bahu untuk mencapai matlamat dan cita2.. Ngee~~.. Flyers ni printing kat kilang dia.. So, sesape nak wat printing dengan harga yang jauuuuhhhh lbh murah dari kt luar sana pon blh.. Flyers, bunting, kad kawen, segala benda la nk print blh print okeh!





Sunday, April 1, 2012

10 bulan

Pejam celik, pejam x celik2.. bulan ni genap aku bekerja di company ke dua bidang IT.. Quantum Beez Sdn Bhd.. Bermacam dilalui selama 10 bulan.. pahit yang tak manis-manis.. Cuma kepahitan itu adalah penawar kepada diri aku... Mematang kan aku serta memberi aku kekuatan yang tanpa ku duga..

Sekarang ni aku tgh mencari tmpat lain.. kali ni aku nekad untuk menjadi Lecturer.. perlulah aku memanfaatkan Master yg aku ambil.. Dulu aku terlebih ghairah kerja bidang ni.. Dan di quantum Beez pon projek dah abes.. Skang ni support je.. Itu pon cam pg tak pg je opis.. huhuhuh.. ase sgt x best sbnrnya.. Skill aku pon ase semakin merudum je..

Alhamdulillah... semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Memula masa aku kt Quantum Beez, aku memikirkan mungkin aku di takdirkan utk join company sbb utk membantu pihak yg lbh memerlukan.. Aku perlu cekal menghadapi dugaan ni.. Kalau aku benti, sape nk teruskan projek ni.. Rs dipertanggungjawabkan untuk selesaikan apa yang telah dimulakan...

Makanya aku pon stay.. aku sendiri tak tahu dr mana datang nya kekuatan mental aku utk menyiapkan projek.. Sabtu ahad bekerja, hari2 blk lewat...

Setelah 4-6 bulan melalui semua ni.. aku terfikir.. keadaan masih berterusan.. Apakah ada silap ku di masa lalu sehingga aku di duga begini... Adakah ada sesuatu yang tidak kena dengan cara aku.. Sedih.. kalau di ikutkan, mmg sangat sedih..

Aku sentiasa cuba melaksanakan kerja yang terbaik utk kepuasan sendiri dan juga membantu syarikat mencapai misi dan visi mereka.. Tetapi mengapakah ini yang harus aku lalui...

Ya Allah, kadang aku amat down dan hampir rasa berputus asa... Hubungan aku dengan suami tersayang jg ade sikit problem.. mau tak, hari2 blk lewat, ujung minggu pon kerja smpai tgh2 malam...

Alhamdulillah, semua tu dah berlalu.. Aku laksanakan rancangan.. Aku ingin membuka kedai komputer dan aksesori..

Dan, Alhamdulillah.. dengan keadaaan begini lahirla MZFervor Solution..


Thursday, January 12, 2012

76 PETUA MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Buat suami ku Zulhadid Asfari B Jamaludin, terima kasih kerana menyayangi diriku sepenuh hatimu.. Sesungguhnya abang adalah insan terbaik yang ditakdirkan oleh-NYA untuk menjadi peneman susah dan senang.. Sayang abang banyak2 dan selamanya... Bila baca artikel ni, semakin kuat hati ini menyintai abang kerana Abang sentiasa berada di belakang ketika susah dan senang dan sensiata menyayangi diri ini walau selalu tersilap laku dn melukakan tanpa sengaja... I love you so muchh... touching lak rasa.. sob sob sob...

Isterimu,
Mardhiah Hayati Md Zain

------------------------------------------------------------

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal mendirikan rumahtangga :

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Huiyoo... Anwar lepas tu....

Smalam seharian status bersepah2... Pasal Anwar dan Saiful.. Semua org terkedu dan erkejut keputusan mahkamah.. Aku pon sepanjang hari tk dapat focus.. hahaha boleh? Ape kene mengene la ko ngan saipul dan anwar ni Mardhiah..

Pertama, aku mmg mengikuti perbicaraan mereka.. Ade yg tertutup.. Yang tertutup tu aku tatau la ape isi.. Paling penting, kalau ko tk salah apsal la nk tutup2 ye tak?...


Kalau berfikiran sebagai orang biasa, di mana kenapa la ms pembelaan diri, Anwar Memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan tanpa soal balas dr pihak pendakwa.

Dan kenapa jgk la anwar tk mengenengahkan 5 org alibi yang dia bgtau masa awal2 dulu... Wan azizah siap wat PC mengatakan Anwar ada bersama2 dia waktu kejadian... Dan kenapa la anwar byk kali mau tangguh ini kes.. lbh 60 kli lbh kot aku rasa...

Setiap hari aku membaca dan mencari supaya aku terjumpa sesuatu yg meyakinkan aku anwar tak bersalah... Tiap hari aku baca blog2 pro anwar.. Tapi aku tk nampak ape2... Risau jgk hati aku ni tertutp dari dibukakan kebenaran...

Ok, selepas keluarnya keputusan mah kamah semalam, dimana mahkamah

1) Mahkamah TAK BOLEH JAMIN 100% INTERGRITI BEKAS DNA tu.
2) TAK BOLEH SABIT KESALAHAN PADA KETERANGAN SAKSI PERTAMA (SAIFUL BUKHARI) SAHAJA.

Kene ingat ye, anwar terlepas bukan dia tidak lakukan liwat tersebut. Jgn mudah percaya dgn temberang semasa dia berucap. Kalau di teliti setiap pengucapan dan ceramah anwar jg, dia berceramah, dia tidak ade mengatakan dia tidak meliwat. Ayat2 yang digunakan sgt play safe. Tp yg di ucapkan hanya ini semua kerja UMNO yg ingin merosakkan nama dia.

So, smalam aku fikir2 kenapa dan mcm mana anwar blh lepas...

Ok, aku baca semula kronologi perbicaraan dia dn saipul di mahkamah..

1. Patut la dia x mahu angkat sumpah ms bela diri, sbb dia tidak akn di soal balas.. dia hanya berceramah di kandang tertuduh. Sebab ape agak2? Sebab, jika dia bersoal balas dengan pendakwa, dia kene berusaha lebih keras utk menafikan.. Dan sekiranya dia x berjaya membuktikan apa yg diucap, itu blh dijadikan point utk dia tewas.... Sama juga kes nya yang dia pernah kata mempunya 5 alibi. Jika dia btl2 punya 5 alibi, tp x dpt dibuktikan, pon akn mendatngkan masalah pd dia..

2. Bila dia drag benda ni terlalu lama, sandiwara awal2 tu,org akn tak berapa igt dan lupa...

3. Karpal sendiri kata Anwar tidak blh di hukum kerana meliwat, kerana kejadian adalah rela saiful. Kerana saiful sendiri yang membawa KY Jelly dan blh minum bersama Anwar selepas di liwat. Jado perkara pokok nya dia liwat ke tak?

Ada yg jg cakap, itu masalah peribadi dia. Jgn sbb personal matter, dia tak leh jd PM. Astaghfirullah.. Dah tau dia songsang pon.. Contoh senang, PM tu kira pemimpin kan.. Suami itu jgk pemimpin, kalau ko dah tahu bakal suami ko 2 alam, liwat org pon blh, ko nak ke dia jd suami? Aduhhh... same la jgk jd PM..

So, sbnrnya anwar terlepas bukan sbb dia tdk meliwat, tetapi benda2 teknikal dan terlalu subjektif..

Dengan terlepas nya Anwar... Maka... jeng jeng jeng....

-----------------------------------------------
...............INTERMISSION................
-----------------------------------------------

Bila aku fikir2 kan semula.. semua ini ade hikmahnya.. Hanya Allah perencana dan mengetahui apa yang diaturkan-Nya...

Tapi dapat aku rasakan, Anwar akan lbh malu... Dan elok jg dia tak di tahan.. Setelah di canang satu dunia, setiap pelosok malaysia mengata kan ini konspirasi, di heretnya rakyat.. konon2 Rakyat Hakim Negara... So bila hakim dh kata anwar bebas, tak pulak korang sangkal keputusan tu x btl..

Malu la.. kalau aku jd anwar dan penyokong2 dia.. Dok kata macam2... aleh2 ko bebas.. aisehhh... so tipu ke ape ko canangkan tu?... Dan2 la mahkamah terus jadi adil.. sbb, ko lepas...

Paling aku tak puas ati pasal kes dorang pecat Dr Hasan Ali.. aihhh.. ape la nk jadik depa ni.. Nak p minum kopi jap la.. nnt sambung sessi luahan perasaan! hua hua hua...



Wednesday, January 4, 2012

Berganti tahun... bertukar rutin...

2011..

Jadual waktu bertukar..

Kalau dulu kol 8 leh duduk kt umah lg, mandi kan budak2.. bagi susu n makan... Kol 9 baru kuar rumah, anta bdk2 ke nursery and terus shoot ke opis..

Walau byk kerja cemana pon itu rutinnya.. cuma blk tu la x tentunya.. kadang time bz, seminggu blk rumah dorang dh tidur...

Sbb tu la pg time aku gunakan sepenuhnya untuk bersama anak2...

2012..

Tahun berganti...

Abang Haziq dah pg school...

Debar jgk, yuran dh byr full.. Jgn la dia buat hal mcm Tadika Ummi Bestari kt kota damansara.. Menangis xmo g sekolah.. Makan bulan jgk br ok..

Disebabkan aku sangat amat berpuas ati dgn taska budak2 ni 'Taska Dil Ilmu', so x plan langsung nk tukarkn haziq ke nurseri lain.. Taska Dil ilmi ni nursery, tp dia siap ade jadual harian.. sedar x sedar haziq dh kenal ABC, abc, 123 sume..

Ujung tahun lepas siap dpt report card perkembangan ailah dan haziq... Dan haziq siap ade buku2 sume... Wahh.. dh la byr jauh lbh murah dr taska Aqilah kt kota damansara... Alhamdulillah... Cuma taska x ade ajar detail, membaca sume.. takat kenal abc.. itu pon dh byk bagus.. Dr sessetengah taska, makan tido je bdk2 kan...

Itu dr segi pembelajaran diorang.. Yg paling amat aku puas ati adalah, dh jarang tgk dorang selsema... ALhamdulillah sgt2... First month masuk taska mmg dedua tgh selsema.. dan dari pertama masuk situ, hingga hari ni aku rs blh dibilang.. dalam 2 - 3 kali je kot dorang selsema.. itu pon x heavy...

Dulu ms kt taska kodam, mmg nk tgk hingus berenti pon susah...

Dan disebabkan itu la, dari taska ke tadika, aku amek van.. byran pon x mahal, pg blk dr taska ke tadika cume RM40 sebulan.. Alhamdulillah..

So first day haziq g sekolah, van jemput 730 dari taska.. bermakna aku perlu siap2kan haziq dari rumah awal.. paling lewat kuar rumah pukol 725.. Dan awal jgk la antar aqilah.. sob sob sob.. sedih pulak...

Haziq pon excited nk g school.. Sementara tunggu van, aku tunggu dlm keta.. saje nk tgk dia naik van.. Pas naik van, aku terus ke tadika dia.. Tadika Cahaya Sri Iman.. Kat situ lama jgk aku tunggu.. mana la van haziq ni.. berdebar2 pon ade.. Ibu pulak yg berdebar lbh...

Dlm 15-20 minit br la nmpak van tu... Pakcik van turun kan haziq dan hantar ke pintu tadika.. Aku pon turun kereta ikut haziq ke dalam.. Maklum la first day kan.. Pesan kt cikgu yg haziq pg blk akan naik van.. Pastikan dia naik van yg betul ye...

Aihh.. sebak rs.. 5 tahun dh kene berdikari turun naik van.. Lepas tu anak aku ni leh tanye lak.. "Ibu, nape ibu datang sini ibu. Ibu balik la, haziq nk school ni..." Adeih.. betuah btl anak aku ni..

Tapi alhamdulillah, dia x nangis..

Makanya rutin aku bersama anak2 juga bertukar... Kalau ak bz lepas ni, makin kurang la masa ngn dorang.. oleh itu aku akn berusaha utk tdk bz n blk lmbt...

Haziq, belajar rajin2.. Ibu doakan haziq menjadi insan berjaya dunia dan akhirat..

Amin..

Tuesday, January 3, 2012

Ape perkara wajib aku buat sebelum start kerja

Setiap hari aku akan smpai ofis dlm pukol 9-930 pagi.. dan selalunya aku la orang pertama smpai.. Walai waktu masuk fleksible, tp ase besalah je dtg lmbt.. hahaha.. tp kalau surfing x ase besalah pulak kan.. tulis blog bagai, fb... ihihi.. janji keje siap ye tak..

Tapi sebelum aku memulakan ape2 kerja, perkara wajib aku buat:

1. Aku akan check email opis dan gmail

2. login FB, tgk kot ade ape2 notification.. Then jengah2 wall kawan2, kalau ade bende2 menarik di share, aku akn sharekan.. dan buat la ape2 yg patut kan..

3. Aku akan bukak utusan dan hmetro..

4. aku baca blog che det http://chedet.cc/blog/ kalau ade ape2 update..

5. Aku akan baca blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ konpom ari2 ade bende baru...

6. Aku baca blog http://www.papagomo.com/... dan akan klik link yg memaparkan kisah2 baru..

7. Aku baca blog http://milosuam.blogspot.com/.. aku kan timbang tara blk ape issue aku baca dr blog pro kerajaan..

8. aku baca jgk http://bm.harakahdaily.net/ utk dapatkan balancing..

9. tak lupa aku akan buka jgk http://www.malaysiakini.com/..

10. Ok, sbb dah baca blog2 heavy, penat fikir dan membuat rumusan di atas bacaan2 tu, aku pon bukak la pulak ohartis.com dan ohbulan.com.. hehehe...

11. Tak lupa blog aku x penah tinggal lg, http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/.. blog yang sempoi.. aku rasa mcm baca novel lak.. Dan kalau ade dlm peberet link di blog aku ade update ape2 aku akan baca jgk... :D

12. Ok, cukop. Aku memerlukan 1 jam lbh utk membaca semua diatas... dan akan start kerja yg tertinggal..

Itu lah dia rutin aku hari2 sblm start keje.. so, sbnrnya sama je kalau aku dtg lewat.. eh tapi walau aku dtg awal keje, blk ttp paling awal kol 7.. so cincai kira, kerje aku ttp 8 jam.. ihihih...

Thursday, December 29, 2011

Kekurangan diri sehingga terlepas pandang..

Lately aku mmg bz yang amat2... Blk kerja selambat2nya hari2... Sabtu ahad cuti perlu kerja... Sedar tak sedar aku telang menyinggungkan/ mengecikkan/ or erti kata lain mengabaikan orang2 yang aku sayangi serta menyayangi aku... Tetapi aku tiada peluang, aku harus menyudahkan segala urusan yg telah aku mulakan... Nak duit, kene kerja keras.. Skarang aku bukan diuji sbg pekerja lagi dah.. Aku diuji sekiranya satu masa nanti jika aku juga menjadi owner di dalam satu2 bisnes... Aku diuji sebagai seorang usahawan dimana dalam perniagaan itu pasti akan ada turun naiknya.. Dan aku boleh bayangkan bagaimana sekiranya perniagaan aku merudum, dan semua org lari... Jadi, dengan rasa tanggung jawab aku berusaha bersama2 untuk meneruskan apa yang mampu... Aku yakin, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Semua yang terjadi telah tertulis... Namun yang demikian aku alpa, aku lupa... Aku lupa aku punya tanggung jawab lain yang lbh penting.. Aku lupa aku juga seorang isteri yang perlu memberi perhatian sepenuhnya pada suami, anak2 dan rumah tangga.. Hubungan aku dan suami kelihatan ade sedikit gap.. Walau dia mengatakan ok, tp setiap perbualan ada perselisihan paham.. Even Anniversary kami yang ke-5 baru2 ini juga tak disambut seperti tahun sebelum2 ni.. Namun, aku bersyukur... Bersyukur pada Allah Maha Kuasa kerana menyedarkan aku.. Aku perlu kembali ke landasan yang betul.. Tidak terlalu ekstrim melaksanakan tugas.. Apabila kami berbincang mengenangkan hubungan semakin renggang, aku tersedar... Aku terlalu stress.. Aku teramat tertekan dengan bebenan kerja.. Aku terlalu fokus.. Sehinggakan aku mengabaikan orang yang amat aku cintai.. Zulhadid Asfari.. Aku sedar... dan aku harus sedar... Alhamdulillah.. Aku diberikan kesedaran... Abang, Ayang benar2 mohon maaf setulus hati ayang.. Namun, ayang juga perlukan sokongan dari abang melalui saat2 sukar ini... Ayang perlukan sokongan serta dokongan dari insan yang amat Ayang cintai... Pada anak2 ibu, Ibu juga minta maaf kerana ibu terlalu sibuk, hingga kurang waktu bersama.. Aku berharap agar tahun baru ini akan memberikan semangat baru, peluang baru serta harapan baru... InsyaAllah...

Saturday, December 17, 2011

Monday, November 28, 2011

Dugaan hebat Menjengah hidup kami...

Kini, waktu ini, aku tengah melalui dugaan dari-Nya.. ianya agak hebat... ye, amat2 hebat... Dugaan yang getir di lalui.. semoga diri ini tabah menghadapinya.. Disaat kite menghadapi kesusahan dan kesukaran ini lah menyedarkan kita siapa insan yang benar2 prihatin dengan kita, siapakah insan benar2 menghargai kita susah atau senang, insan yang benar2 menyayangi kita walau dalam apa keadaan kita sekali pon.

Walau aku rasakan aku di dalam kesusahan dan keperitan amat sgt, namun aku bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk mengenal manusia yg benar2 ikhlas...

Aku manusia biasa, tk lepas dari di duga.. Tapi dugaan kali ini, aku tatau nak kata... Semoga semua nya akn pulih dan kembali seperti biasa...

Cuma, sekiranya semuanya pulih, mampukah aku untuk berdepan dan menerima insan2 yang hanya gembira dan bersama ketika keadaan aku gembira, bahagia, seronok, tetapi mencaci, buang aku ketika aku berada dalam keadaan susah?...

Kesusahan ini juga memberi aku peluang, siapakah yang akn menghulurkan bantuan tanpa aku pinta.. ya.. itu adalah paling beharga, kerana orang begitu amat prihatin dan menghargai diri ini.. Tapi, tangan yang memberi lbh baik dari menerima..

Semoga semuanya kembali pulih seperti sedia kala....

Thursday, November 3, 2011

Ntah ape2..

MODE AKU SKANG NI TGH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BENGANG!!

Kebizian

Lama tk update.. Banyak sebab.. Sebab x sempat.. Sebab bz.. Dan utama sebab malas nk menaip.. hahaha.. Alasan x munasabah sungguh!.. ngeh ngeh ngeh... Sedar tk sedar aku dh masuk 4 bulan lbh kt company baru... Pelbagai dugaan hebat di lalui...

Skarang ni aku tgh bz development projek dengn 'Important Department'.. Terpaksa la dirahsiakan sbb ms nk start pojek ni aku dh kene tapisan keselamatan negara, den sebelah kaki dh ade kt penjara/ISA. Huhuhuh.. Sebab semua rahsia2 kerajaan perlu di simpan... Amanah tu beb..

So seperti biasa, projek nk on blk lambat tu biasa la kan.. nk wat ganne... Mmg berusaha keras supaya projek dpt berjalan dgn lancar...

Semoga semua dipermudahkan nyaaa... AMinnn...

Sunday, October 9, 2011

Semangat MALAYSIA BOLEH dan 1Malaysia...


Yeay! Sudah latest update (9/10/2011)... kite tangga ke-9 sudah dari 150+++!.. 


Kawan2, mintak tolong share kan pada teman2 lain untuk vote... 


Ada 1 hari lagi ( besok last)..... sebar2 kan..


 jadikan 'MyKouponz' dari Malaysia mendapat Asia's Top 10 Apps !! Yeaaahhh.. MALAYSIA BOLEH!!


Asia's Top 50 Apps Nominee - MyKouponz


1. Klik link --> http://asiatop50apps.com/mykouponz/
2. Klik 'LIKE', sekiranya ada google account boleh klik Plus(+)


p/s : mintA sgt tolong kawan2 yang ade tersesat baca blog ni untuk sebarkan... kalau blh nak dpt kan top 5... Terima kasih banyak2 ye...

Thursday, August 4, 2011

Dua Tabiat Yang Membawa Ke Neraka!!!

Insaf membaca artikel di bawah... Kadng2 tanpa kita sedari, mmg kite melakukan nya.. Tapi ketahui la oleh mu wahai suami ku, kadang2 diri ini tdk sengaja pon melemparkan kata2 yang mengguriskan perasaan mu..

Maklum la bila gaduh2 tu, aku ade la jgk tersebut 

"Abang ni x penah pon alert ngn ayang..." atau 
"Abang ni... tak faham langsung perasaan ayg.." atau 
"Abg ni x amek berat pon pasal ayg" atau 
"Abg ni itu ini itu ini"


Semua tu masa gaduh je pon.. Saja gatai mulut xtau nk sebut ape.. Hakikat sebenar nya Abang la org yg paling memahami ayang luar dan dalam di dalam alam fana ini... Chewwwaaahhh.... Abang la lelaki segagah2 lelaki dan sebaik2 lelaki dijadikan untuk ayg.. Chewwaahh sekali lagi... hahaha.. itu dia manusia mmg x pernah puas.. Tp mmg itu kt mulut je.. Mintak ampun ya...


So buat renungan bersama para isteri semua... jeng jeng jeng....


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.


Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis."

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi..

Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news