Kini aku dpt rasakan benar2 tenang... Aku rasa gembira, seronok, segala2nya indah...
Ada beberapa minggu sahaja lagi untuk aku habeskan sisa2 yang ada... Tak sabar sangat rasanya untuk bercuti panjang...
Kini aku dapat rasakan diri semakin menuju ke hadapan.. InsyaAllah...
Aku sangat sayangkan keluarga ku.. Anak2 aku.. Terutama suami ku yang tidak ada berbelah bahaginya cinta dan sayang ku pada nya...
Aku amat menghargai ketenangan ini.. Amat amat amat menghargainyaaa....
Aku berdoa agar kebahagian dan ketenangan yang kami kecapi ini akn berkekalan sehingga ke akhir hayat...
Tak dinafikan.. laut itu tidak akn selalu nya tenang.. tapi aku berharap, kamu akan menghadapi segala gelora itu dengan kekuatan dan kesabaran...
Selama hampir 4 tahun rumah tangga didirikan, pelbagai rintangan dan kesusahan telah dilalui.. Sesekali tidak akan aku lupakan susah payah itu..
Tanpa insan bernama suami, kekasih yang amat ku cintai, tak akn aku kuat utk menghadapi semua ini...
Kini kehadiran permata hati kami menjadi pelengkap rumah tangga kami.. InsyaAllah...
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
No comments:
Post a Comment