Friday, December 17, 2010

Punca Anak Derhaka

 Setiap ibu bapa mengimpikan anak2 yang cemerlang.. Anak2 yang mendengar kata.. Anak2 menurut perintah.. Tetapi masa aku zaman kanak2 dan remaja dulu pon, blh tahan jgk aku melawan mama dgn ayah.. Maklum la jiwa remaja, darah tgh meng gelegak.. Bila igt kan semula, time paling teruk aku melawan mama dan ayah masa aku form 4 dan form 5.. Time tu mmg aku tgh mengidap hyper tyrod. Aku dari berat hampir 100kg turun mendadak dlm masa 2 bln jd 52 kg!!! Perghhh.. masa tu mmg x pasan.. Tau2 seluar ms form 2 longgar gile! Lama kelamaan tengkuk membesar, dan mata aku makin terjojol... Mama syak aku tyrod..

Pg checkup, tiap 2 minggu kene amek darah, mmg sah aku kene Hyper tyrod.. Aku makan la 10 kali sehari, badan aku makin mngurus dan kurus dan kurus... Mcm ade bela pulak.. Aku semakin menjadi memberontak.. Tangan menggigil2.. Tp, sbnrnya bila fikir2 blk, aku kuat melawan sbb ayah suka naik tangan, naik tali pinggang kat aku.. jiwa aku memberontak... Nak2 aku ade tyrod.. time tu mmg akal pendek.. 



Tapi, sblm mama belajar ke australia, dan masa tu ayah kerja di kuantan, maka aku perlu utk operation.. Sbb kesiahatan sgt tidak stabil.. Aku belajar di UM masa tu.. mmg terkontang kanting la aku kt kl.. dgn tyrod makin membesar.. Last2 dr PPUM terus transfer case ke hospital pantai.. Masa tu sekitar tahun 1998... Kalau nk tunggu operate kt PPUM mmg lambat la lg... Dah la kene telan ubat bepuloh2 biji sehari.. 


Kt Pantai, doc mmg suh aku operate cpt sbb kesan jangka masa panjang sgt teruk.. So, dorang bg ubat utk stabil kan dulu hormon dlm ms sbln.. Lps sebulan cek, hormon stable terus la kene belah leher aku ni.. Dan meniggal kan parut hingga kini.. Dedua tyrod aku bersize 5 cmX4c.5 cm.. So dorang tinggalkanla sikit.. Kalau tk x leh la aku beranak..


Awal2 operation mmg suara aku jd suara katun.. ihihih.. Alhamdulillah aku semakin stabil.. emosi makin stabil.. Kalau tk aku nk marah je, tgn menggigil2... kdang2 leh tetiba tejatuh x sedar.. 


Setelah lama meningkat dewasa, aku mmg tak mahu anak2 buat mcm ape aku buat.. biasa la tu kan.. Tp, mmg jujur, dulu dr kecik2 aku ni mmg kurang sentuhan kasih sayang mama ayah aku.. Ayah segarang2nye dgn aku.. Dgn anak lelaki di pelok di belai.. Sedih.. Bila igt kan semua mmg ade secebit dendam.. sebab bila marah, kepala aku di hantuk je dinding, tali pinggang dilibas smpai aku lembik2 dan berdarah2 belakang badan.. Mama penah tampar aku dn telinga aku terkoyak dn berdarah.. uhuhuh.. Ms tu mmg nekad aku "Aku akn belajar rajin2.. aku akn buktikan aku leh berjaya.. Aku akn buktikan dorang dh tua esk, aku yg jaga.." Sbb slalu kalau gaduh ngn angah, aku kene terok dgn ayah... tp, aku redha je.. Semasa aku remaja, aku x rasa pelukan.. Mungkin ramai je mcm tu.. Tp, bila tgk kawan2 aku yg manja ngn mak masing2, aku mula la touching2.. 


So, bila aku meningkat dewasa ni, aku pon fikir, kalau dulu mama jarang pelok aku, aku sebagai anak akn pelok mama... Jadi tiap kali berjumpa pasti aku akn pelok dan cium mama.. Walau mcm mana dunia remaja aku dulu aku x dpt, akn aku beri pd anak2 insyaAllah.. Bukan kesenangan dan harta benda, tp aku rs the quality of relationship dlm keluarga.. Dan walau ape pon, aku ttp sayang mama sepenuh jiwa aku... Masing2 ade cara masing2.. Mcm tu jg mama.. Dan mungkin kerana cara mereka lah aku berjaya seperti aku sekaranggg.... Alhamdulillah... Dan kerana mereka jgk la aku secekal dan setabah ini utk menghadapi segala dugaan.... InsyaAllah...


Skarang mama dh keseorangan, walau ape jd aku akn cuba utk membahagiakan mama... Ayah dah ade org baru, semoga dia bahagia dgn jalan yg dia pilih.. 


Mama, kakak mohon maaf semua kesilapan, dan keterlanjuran perilaku kakak... Semua tu bukan disengajakan.. Yelah, kan berkata 'Ahhh..' pada ibu bapa pon dikatakan derhaka dan berdosa besar... Huhuhu.. betapa besar nya kan kalau menjawap2 tu.. Ape pon, aku akn cuba yg terbaik dlm mendidik anak2.. Sbb dulu kita x rasa, kita leh kata.. Skarang, kau beranak, tau la cemana nk didik anak masing2.. INsyaAllah, ats restu dan doa kedua org tua, aku harap semua dipermudahkan.. Mana ada mak x nak anak mereka berjaya kan...


So artikel di bawah adalah utk diri aku dan dikongsikan utk sesapa tersesat baca blog ni.. Pedoman utk semua...

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:- 

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips; 

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. 

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. 

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

1 comment:

Mia Zahra said...

fuhh..punyalah panjang...aku mengambil ms berepisod utk mbacanya..ttp mmg entry yg berfaedah n bguna. sebab tu ada episod. kalo x x kosa nak baca..huhuhuu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news