Sunday, October 21, 2012

Alhamdulillah.. Diberikan kekuatan..

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Sebelum ni selalu je aku terbaca di wall fb ttg memaafkan semua org sblm kita tidur... Selalu je terdengar ceramah or perkongsian ilmu dari Prof Muhaya, Ustaz Don, Dr Fadzilah Kamsah, Dr Azizan berkenaan memaafkan org... Sehingga Prof Muhaya pernah berkata dlm sessi radio IKIM kalau kita tak sihat or sakit, or menerima musibah/dugaan darinya, maka cepat2 lah kita fikir ada tak kita x maafkan sapa2 lg?... Pendek kata sblm ni walau ape lah dorang cuba sampaikan ttg memaafkan orang, hati aku ttp amat sukar memaafkan apa yg telah dibuat oleh mereka... Kata2 hinaan, caci maki, umpatan, kejian, fitnah dan macam2 yg telah dilemparkan... Aku merasakan apa yg mereka lakukan spt aku tak ada maruah diri membiarkan mereka sewenangnya memijak aku... Meman amat-amat perit dan susah aku maatkan..

Namun yang demikian, Alhamdulillah 4 hari yang lalu, aku benar2 yakin dan pasti aku benar2 sudah boleh memaafkan insan2 berkenaan... Antara faktor kenapa aku boleh maafkan mungkin kerana aku dh lepaskan apa yg terbuku selama ni di hati.. Selama ni mereka tidak tahu yg aku tahu segala2nya.. Segala2 ttg penghinaan mereka.. terutama insan yang amat kami percaya, yg amat kami ambil berat, insan yg aku anggap spt kandung aku.. tapi... dia langsung tdk menghargai kami.. sehingga memfitnah kami menghalau dia.. Dengan Nama Allah.. jgn kt kan nk buat mcm tu, nk terlintas dihati pon x tergamak nk menghalau org.. Semua tu bersebab.. Apakah yg dia nk expect dari aku setelah mengetahui dengan sewenangnya membangsatkan aku. Dengan sewenangnya melemparkan kata2 cacian.. Kata2 hinaan tanpa sedikit pon terlintas mengingat org ini lah yg mengambil berat dan membantu nya satu masa dahulu.. memang manusia terlalu mudah lupa.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan sifat2 tidak mengenang budi dan tdk berbudi bahas begitu dr anak2 dan keturunan ku... Nauzubillah..

Jadi, dengan terus terangnya aku ttg semua tu aku harap dia sedar kesalahan dan keceluparan itu.. Siap unfriend aku dari friendlist fb tu. Malu kot. Malu sbb aku tahu segala2 nya.. Malu sbb selama ni begitu mendabik dada mencanangkn sesuatu yg apelah sgt nk dibandingkan dgn apa yg kami rasa.. Mmg esok tu aku masih membara sbb dia mmg kt aku menghalau dia. Tapi seharian aku berfikir.. Sekurang2nya aku rs release! Aku dpt bgtahu "Ape yg kau expect dr aku bila kau mengata aku demikiaan?"

Mlm tu jugak aku msg my hero sebab dia jaga kedai.. Aku msg, "Yes abg, ayg benar2 yakin dan telah punya kekuatan untuk memaafkan hamba2 Allah ini".. Semoga terbuka pintu hati mereka utk mengaudit diri sendiri dari terus terusan menyalah kan aku..

Lebih2 lagi smalam pg Seminar Jutawan Industri Dr Azizan, satu benda yg diucapakn, tidak akn bergerak pon satu zarah itu jika bukan ats izin-Nya... Bermakna, untuk aku menyalahkan 100% mereka pon siapakah aku sebagai insan kerdil.. Semua yg berlaku ada sbb.. semua yg berlaku adalah ats rancangan-Nya... Oleh itu, mmg byk perkara yg aku pon kene fikir mana silapnya diri ini.. Ye, byk kekurangannya.. Aku tak perfect.. Aku insan biasa.. Aku ambil semua apa yg mereka lempar kan itu utk aku cuba berubah menjadi manusia lbh positive.. Yelah, mcm mana nk jd JUTAWAN dan org berjaya kalau br org maki aku sikit aku dah sentap tahap dewa... Ye.. Aku redha..

Sbnrnya bukan mereka saja aku dpt maafkan.. Aku jg dh ada kekuatan untuk memaafkan isteri ayah aku sekarang.. yg mmg aku sgt dendam sblm ni.. Memang aku rs mereka menganiaya mama.. Namun berbalik kepada perkara pokok, benda tu semua xkn berlaku kalau bukan ats rancangan-Nya.. Dan kita mesti dan sangat perlu bersangka baik terdahap-Nya.. Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. 

Aku jg telah boleh memaafkan orang yg pernah memecah belahkan hubungan aku dengan adik angkat aku yg mmg aku anggap spt darah daging.. Noor Idora Zakaria.. Walau kini kami telah mula berkomunikasi semula.. Aku mmg rapat dan anggap dia sgt istimewa.. Aku rs kami blh berkongsi segala cerita, dia blh menerima segala kelemahan aku.. begitu jgk aku.. Namun ade pihak yg tdk menyenangi.. mereka menyucuk aku utk memberitahu mcm2. menceritakan benda2 yg blh buat aku terasa ati dengan idora..dan org itu jg lah buat bermacam cerita ttg aku.. 

Ya, selama ini 3 kelompok manusia ini benar2 aku tdk blh lupa apa yg mereka buat.. Namun, Alhamdulillah aku telah diberikan sebenar2 kekuatan untuk memaafkan mereka... Yg mampu aku buat semoga mereka jg mendapat kekuatan serta kesedaran untuk berubah kepada lbh positif.. 

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news