Thursday, December 29, 2011

Kekurangan diri sehingga terlepas pandang..

Lately aku mmg bz yang amat2... Blk kerja selambat2nya hari2... Sabtu ahad cuti perlu kerja... Sedar tak sedar aku telang menyinggungkan/ mengecikkan/ or erti kata lain mengabaikan orang2 yang aku sayangi serta menyayangi aku... Tetapi aku tiada peluang, aku harus menyudahkan segala urusan yg telah aku mulakan... Nak duit, kene kerja keras.. Skarang aku bukan diuji sbg pekerja lagi dah.. Aku diuji sekiranya satu masa nanti jika aku juga menjadi owner di dalam satu2 bisnes... Aku diuji sebagai seorang usahawan dimana dalam perniagaan itu pasti akan ada turun naiknya.. Dan aku boleh bayangkan bagaimana sekiranya perniagaan aku merudum, dan semua org lari... Jadi, dengan rasa tanggung jawab aku berusaha bersama2 untuk meneruskan apa yang mampu... Aku yakin, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Semua yang terjadi telah tertulis... Namun yang demikian aku alpa, aku lupa... Aku lupa aku punya tanggung jawab lain yang lbh penting.. Aku lupa aku juga seorang isteri yang perlu memberi perhatian sepenuhnya pada suami, anak2 dan rumah tangga.. Hubungan aku dan suami kelihatan ade sedikit gap.. Walau dia mengatakan ok, tp setiap perbualan ada perselisihan paham.. Even Anniversary kami yang ke-5 baru2 ini juga tak disambut seperti tahun sebelum2 ni.. Namun, aku bersyukur... Bersyukur pada Allah Maha Kuasa kerana menyedarkan aku.. Aku perlu kembali ke landasan yang betul.. Tidak terlalu ekstrim melaksanakan tugas.. Apabila kami berbincang mengenangkan hubungan semakin renggang, aku tersedar... Aku terlalu stress.. Aku teramat tertekan dengan bebenan kerja.. Aku terlalu fokus.. Sehinggakan aku mengabaikan orang yang amat aku cintai.. Zulhadid Asfari.. Aku sedar... dan aku harus sedar... Alhamdulillah.. Aku diberikan kesedaran... Abang, Ayang benar2 mohon maaf setulus hati ayang.. Namun, ayang juga perlukan sokongan dari abang melalui saat2 sukar ini... Ayang perlukan sokongan serta dokongan dari insan yang amat Ayang cintai... Pada anak2 ibu, Ibu juga minta maaf kerana ibu terlalu sibuk, hingga kurang waktu bersama.. Aku berharap agar tahun baru ini akan memberikan semangat baru, peluang baru serta harapan baru... InsyaAllah...

Saturday, December 17, 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news