Tuesday, October 16, 2012

Generasiku Genius dengan Aktifnya Otak Tengah, Malaysia

Alhamdulillah.. secara sah aku telah menamatkan kursus sebagai Certified Trainer dan Certified Agency Midbrain Master! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.... Perkara yang aku terfikir setiap hari.. Akhirnya jadi kenyataan.. Skarang tengah renovate training center untuk Generasiku Genius Resources!! InsyaAllah akn launch pada Nov 2012..


Thanks to my beloved husband... yang selama ni banyak bagi peransang (oppss) dan kata2 semangat... sehingga ianya menjadi realiti! Yeahhh.. Alhamdulillah...m 

Sebenarnya.. mmg aku nak sangat2 mengajar.. jiwa aku mmg jiwa pendidik kot.. chewaaahh.. perasan je la ko iema.. Aku pon x berapa nak pasti lah betul ke sangat aku ni suka mengajar.. Tapi masa kt Unitar aku slalu join as facilitator.. Motivate budak2.. dari yang nak amek UPSR sampai la yg ke SPM.. benda yang paling best bilamana budak2 ni call ucapkan terima kasih.. ade yg mmg bermasalah sgt n sukar utk di tackle, akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran.. Mmg happy bila tak byk, walau sedikit dpt memberikan mereka sedikit kesedaran betapa pentingnya pelajaran..


tapi igt lagi masa kami habes degree, KPLI bukak, aku siap belikan pin no. abang.. kot la rezeki kami kan.. Tapi apakan daya tak lulus.. sodehhh.... Kali kedua pon x pass.. aihhh.. apsal lah kan.. Sekali ade satu thun tu aku belikan pin No bsn utk abang, utk kpli exam.. dan belikan E-book... dengan harapan.. Alhamdulillah.. Rezeki kami.. Tapi setahun la dia dok maktab.. Aku punya lah struggle sensorang masa tu dengan haziq br berusia 4-5 bulan x silap.. Sbb aku frust aku pon terus apply Master kt Uitm.. Yelah masa tu bz gile kerjaya sbg seorang programmer.. Haziq tu peneman aku di ofis.. 4 bln dah dok dlm walker! hehehe...

Sebabkan aku rasa sampai bila aku nk kerja bz blk sehingga 2-3 pagi setiap hari.. Sbb tu ku gagahkan juga sambung Master.. mungkin nak jadi Lecturer kan.. tp, by the time abes study, aku dh naik pangkat as system analyst... Seronok pulak.. But yet still bz bila project nak on... asal nk merasa je lah akn.. Last position aku as System Analyst masa projek ngn JPM.. Memang bz tak hengat... Sabtu ahad kerja, hari2 blk kol 2-3 pg... Abg pon naik fed up jgk.. Walau sefaham mana pon dia kan, tp tentu dia jg kadang rs tensi..

Oleh yang demikian.... Segala2 terancang rapi oleh yang Maha Kuasa... Ade hikmahnya aku tukar keje dari  CMG ke QB... Sepupu mengajak aku ke program Dr Azizan Osman.. Masa tu, aku ade ujian Aura.. untuk mengetahui Aura yang ada pada kita... Fisrt time amek pada 6/3/2012...

Warna Aura aku adalah GREEN : balanced, social, teacher, love people, nature, animals...
Kali kedua amek sebelum bermula AMP program Dr Azizan... sekali lg aku amek photo Aura...
Masa ni mmg Aura aku besar.. dan colour aura pon x lari.. iaitu BLUE : caring, healer, helpful, supportive, loving... Ececece...

Dan Dr Azizan ade bgtahu kalau bisnes yg kite buat berkaitan, insyaAllah kita boleh berjaya!.. Nak dijadikan cerita ada kawan ofis lama cerita pasal otak tengah.... Bila aku study.. berbulan2 aku mengambil masa untuk study pasal ni... Alhamdulillah, Allah telah memudahkan segala-galanya... Segala2nya dipermudahkan.. Dari segi info, dari segi modal, dari segi center yang akan dibuka.. Alhamdulillahhh.. Niat aku ingin menambah nilai pada anak2 melayu kita.. menjadikan mereka insan yang berguna pada Bangsa, Agama dan Negara...

Pengaktifan otak tengah ini sesuai untuk kanak2 berumur 6-12 tahun.. Oleh kerana Haziq berumur 5 tahun tetapi sudah boleh membaca, ibu menghantar haziq sama2 training bersama ibu... Ibu dan abah training untuk jadi trainer, haziq sbg sample kami nanti... Alhamdulillah.. result nya amat amat menakjubkan... Aku selalu pesan pada haziq, kalau haziq esok belajar pandai2, nanti boleh tolong ramai orang..

Video selepas otak tengah haziq diaktifkan :



Course yang saya tawarkan, ada 4 peringkat iaitu ( “ESP Brain Training Programme”) :

(1)Midbrain Activation Programme
(2)ESP Enhancement Programme
(3)Quantum Speed Reading
(4)Photographic Memory

InsyaAllah 4 kos program diatas melatih anak2 untuk :

  1. Menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan
  2. Meningkatkan konsentrasi & daya ingat
  3. Mengaktifkan dan mempertajam intuisi.
  4. Menambahkan keyakinan diri
  5. Meningkatkan kreativiti
  6. Membentuk keluhuran budi dan kestabilan emosi.
  7. Meningkatkan kecerdasan koginitif & emosional dan spiritual.


Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin menghantar permata hati boleh menghubungi kami di Generasiku Genius Resources di talian 0192752901. Inilah pelaburan paling beharga untuk mereka seumur hidup... InsyaAllah...

4 comments:

UmmiSalwa said...

Eima, tahniah.
Awe berminat, tapi Muadz belum 5 thn lagi. baru 4 thn.
Dia tak pandai baca lagi.
Nanti pm detail kt awe k.

iema zain said...

Thanks awe...
takpe.. nanti2 boleh hantar... :D

absolute said...

SalM...boleh saya tahu kos untuk menghadiri kursus tersebut.untuk anak saya.0122305604

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Asid Lemak Penting Untuk Kesihatan Jantung & Otak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news