Monday, October 22, 2012

First Preview Generasiku Genius

Ahad lepas first meeting antara Director2 Generasiku Genius secara lbh terperinci haa tuju.. Oleh yang demikian, sepakat kami memilih pada 11 November 2012 adalah tarikh Workshop preview berkenaan program yang kami jalankan... Aku betul2 tak sabar... tak sabar untuk menambah nilai pada anak2 bangsaku..

So, skarang ni masing2 kene market kaw2 cari parent... Antara yang konfem 

10/11/2012 : Convocation Tadika Anggur Ungu, Pengetua memberi kami slot untuk menjemput parents hadir pd 11/11/2012... Wow.. 

11/11/2012 : menjemput semua ibu bapa yg ingin mengetahui lbh terperinci mengenai Pengaktifan Otak Tengah..

InsyaAllah jika tiada aral, First workshop kami akan diadakan pada 17/11 dan 18/11. Semoga semua dipermudahkan..

Kepada adik2 diluar sana.. jika ingin saya membantu adik2 membuka pintu genius kalian, jangan lupa daftarkan diri ye.. InsyaAllah...

Kepada ibu bapa:


Dear Concerned Parent, 

Are you one of those parents whose child is having difficulty in concentration, focus in their study? And you have try so many ways from many books, bought software or attended classes but yet to have any good result? Generasiku Genius Resources dengan MBM Midbrain Master is offering a revolutionary program to help you to assist the child for better peak performance and enhance their study. 

Call(019-2752901) OR email (enquiry@generasikugenius.com) to us NOW for the training date, time and venue. For further details in how to help your child attaining this wonderful gift of a lifetime through MBM Midbrain Activation program, take the first step by taking action TODAY.

Sila LIKE FB page kami www.facebook.com/GenerasikuGenius atau www.generasikugenius.com

Sunday, October 21, 2012

Alhamdulillah.. Diberikan kekuatan..

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Sebelum ni selalu je aku terbaca di wall fb ttg memaafkan semua org sblm kita tidur... Selalu je terdengar ceramah or perkongsian ilmu dari Prof Muhaya, Ustaz Don, Dr Fadzilah Kamsah, Dr Azizan berkenaan memaafkan org... Sehingga Prof Muhaya pernah berkata dlm sessi radio IKIM kalau kita tak sihat or sakit, or menerima musibah/dugaan darinya, maka cepat2 lah kita fikir ada tak kita x maafkan sapa2 lg?... Pendek kata sblm ni walau ape lah dorang cuba sampaikan ttg memaafkan orang, hati aku ttp amat sukar memaafkan apa yg telah dibuat oleh mereka... Kata2 hinaan, caci maki, umpatan, kejian, fitnah dan macam2 yg telah dilemparkan... Aku merasakan apa yg mereka lakukan spt aku tak ada maruah diri membiarkan mereka sewenangnya memijak aku... Meman amat-amat perit dan susah aku maatkan..

Namun yang demikian, Alhamdulillah 4 hari yang lalu, aku benar2 yakin dan pasti aku benar2 sudah boleh memaafkan insan2 berkenaan... Antara faktor kenapa aku boleh maafkan mungkin kerana aku dh lepaskan apa yg terbuku selama ni di hati.. Selama ni mereka tidak tahu yg aku tahu segala2nya.. Segala2 ttg penghinaan mereka.. terutama insan yang amat kami percaya, yg amat kami ambil berat, insan yg aku anggap spt kandung aku.. tapi... dia langsung tdk menghargai kami.. sehingga memfitnah kami menghalau dia.. Dengan Nama Allah.. jgn kt kan nk buat mcm tu, nk terlintas dihati pon x tergamak nk menghalau org.. Semua tu bersebab.. Apakah yg dia nk expect dari aku setelah mengetahui dengan sewenangnya membangsatkan aku. Dengan sewenangnya melemparkan kata2 cacian.. Kata2 hinaan tanpa sedikit pon terlintas mengingat org ini lah yg mengambil berat dan membantu nya satu masa dahulu.. memang manusia terlalu mudah lupa.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan sifat2 tidak mengenang budi dan tdk berbudi bahas begitu dr anak2 dan keturunan ku... Nauzubillah..

Jadi, dengan terus terangnya aku ttg semua tu aku harap dia sedar kesalahan dan keceluparan itu.. Siap unfriend aku dari friendlist fb tu. Malu kot. Malu sbb aku tahu segala2 nya.. Malu sbb selama ni begitu mendabik dada mencanangkn sesuatu yg apelah sgt nk dibandingkan dgn apa yg kami rasa.. Mmg esok tu aku masih membara sbb dia mmg kt aku menghalau dia. Tapi seharian aku berfikir.. Sekurang2nya aku rs release! Aku dpt bgtahu "Ape yg kau expect dr aku bila kau mengata aku demikiaan?"

Mlm tu jugak aku msg my hero sebab dia jaga kedai.. Aku msg, "Yes abg, ayg benar2 yakin dan telah punya kekuatan untuk memaafkan hamba2 Allah ini".. Semoga terbuka pintu hati mereka utk mengaudit diri sendiri dari terus terusan menyalah kan aku..

Lebih2 lagi smalam pg Seminar Jutawan Industri Dr Azizan, satu benda yg diucapakn, tidak akn bergerak pon satu zarah itu jika bukan ats izin-Nya... Bermakna, untuk aku menyalahkan 100% mereka pon siapakah aku sebagai insan kerdil.. Semua yg berlaku ada sbb.. semua yg berlaku adalah ats rancangan-Nya... Oleh itu, mmg byk perkara yg aku pon kene fikir mana silapnya diri ini.. Ye, byk kekurangannya.. Aku tak perfect.. Aku insan biasa.. Aku ambil semua apa yg mereka lempar kan itu utk aku cuba berubah menjadi manusia lbh positive.. Yelah, mcm mana nk jd JUTAWAN dan org berjaya kalau br org maki aku sikit aku dah sentap tahap dewa... Ye.. Aku redha..

Sbnrnya bukan mereka saja aku dpt maafkan.. Aku jg dh ada kekuatan untuk memaafkan isteri ayah aku sekarang.. yg mmg aku sgt dendam sblm ni.. Memang aku rs mereka menganiaya mama.. Namun berbalik kepada perkara pokok, benda tu semua xkn berlaku kalau bukan ats rancangan-Nya.. Dan kita mesti dan sangat perlu bersangka baik terdahap-Nya.. Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. 

Aku jg telah boleh memaafkan orang yg pernah memecah belahkan hubungan aku dengan adik angkat aku yg mmg aku anggap spt darah daging.. Noor Idora Zakaria.. Walau kini kami telah mula berkomunikasi semula.. Aku mmg rapat dan anggap dia sgt istimewa.. Aku rs kami blh berkongsi segala cerita, dia blh menerima segala kelemahan aku.. begitu jgk aku.. Namun ade pihak yg tdk menyenangi.. mereka menyucuk aku utk memberitahu mcm2. menceritakan benda2 yg blh buat aku terasa ati dengan idora..dan org itu jg lah buat bermacam cerita ttg aku.. 

Ya, selama ini 3 kelompok manusia ini benar2 aku tdk blh lupa apa yg mereka buat.. Namun, Alhamdulillah aku telah diberikan sebenar2 kekuatan untuk memaafkan mereka... Yg mampu aku buat semoga mereka jg mendapat kekuatan serta kesedaran untuk berubah kepada lbh positif.. 

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


Tuesday, October 16, 2012

Generasiku Genius dengan Aktifnya Otak Tengah, Malaysia

Alhamdulillah.. secara sah aku telah menamatkan kursus sebagai Certified Trainer dan Certified Agency Midbrain Master! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.... Perkara yang aku terfikir setiap hari.. Akhirnya jadi kenyataan.. Skarang tengah renovate training center untuk Generasiku Genius Resources!! InsyaAllah akn launch pada Nov 2012..


Thanks to my beloved husband... yang selama ni banyak bagi peransang (oppss) dan kata2 semangat... sehingga ianya menjadi realiti! Yeahhh.. Alhamdulillah...m 

Sebenarnya.. mmg aku nak sangat2 mengajar.. jiwa aku mmg jiwa pendidik kot.. chewaaahh.. perasan je la ko iema.. Aku pon x berapa nak pasti lah betul ke sangat aku ni suka mengajar.. Tapi masa kt Unitar aku slalu join as facilitator.. Motivate budak2.. dari yang nak amek UPSR sampai la yg ke SPM.. benda yang paling best bilamana budak2 ni call ucapkan terima kasih.. ade yg mmg bermasalah sgt n sukar utk di tackle, akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran.. Mmg happy bila tak byk, walau sedikit dpt memberikan mereka sedikit kesedaran betapa pentingnya pelajaran..


tapi igt lagi masa kami habes degree, KPLI bukak, aku siap belikan pin no. abang.. kot la rezeki kami kan.. Tapi apakan daya tak lulus.. sodehhh.... Kali kedua pon x pass.. aihhh.. apsal lah kan.. Sekali ade satu thun tu aku belikan pin No bsn utk abang, utk kpli exam.. dan belikan E-book... dengan harapan.. Alhamdulillah.. Rezeki kami.. Tapi setahun la dia dok maktab.. Aku punya lah struggle sensorang masa tu dengan haziq br berusia 4-5 bulan x silap.. Sbb aku frust aku pon terus apply Master kt Uitm.. Yelah masa tu bz gile kerjaya sbg seorang programmer.. Haziq tu peneman aku di ofis.. 4 bln dah dok dlm walker! hehehe...

Sebabkan aku rasa sampai bila aku nk kerja bz blk sehingga 2-3 pagi setiap hari.. Sbb tu ku gagahkan juga sambung Master.. mungkin nak jadi Lecturer kan.. tp, by the time abes study, aku dh naik pangkat as system analyst... Seronok pulak.. But yet still bz bila project nak on... asal nk merasa je lah akn.. Last position aku as System Analyst masa projek ngn JPM.. Memang bz tak hengat... Sabtu ahad kerja, hari2 blk kol 2-3 pg... Abg pon naik fed up jgk.. Walau sefaham mana pon dia kan, tp tentu dia jg kadang rs tensi..

Oleh yang demikian.... Segala2 terancang rapi oleh yang Maha Kuasa... Ade hikmahnya aku tukar keje dari  CMG ke QB... Sepupu mengajak aku ke program Dr Azizan Osman.. Masa tu, aku ade ujian Aura.. untuk mengetahui Aura yang ada pada kita... Fisrt time amek pada 6/3/2012...

Warna Aura aku adalah GREEN : balanced, social, teacher, love people, nature, animals...
Kali kedua amek sebelum bermula AMP program Dr Azizan... sekali lg aku amek photo Aura...
Masa ni mmg Aura aku besar.. dan colour aura pon x lari.. iaitu BLUE : caring, healer, helpful, supportive, loving... Ececece...

Dan Dr Azizan ade bgtahu kalau bisnes yg kite buat berkaitan, insyaAllah kita boleh berjaya!.. Nak dijadikan cerita ada kawan ofis lama cerita pasal otak tengah.... Bila aku study.. berbulan2 aku mengambil masa untuk study pasal ni... Alhamdulillah, Allah telah memudahkan segala-galanya... Segala2nya dipermudahkan.. Dari segi info, dari segi modal, dari segi center yang akan dibuka.. Alhamdulillahhh.. Niat aku ingin menambah nilai pada anak2 melayu kita.. menjadikan mereka insan yang berguna pada Bangsa, Agama dan Negara...

Pengaktifan otak tengah ini sesuai untuk kanak2 berumur 6-12 tahun.. Oleh kerana Haziq berumur 5 tahun tetapi sudah boleh membaca, ibu menghantar haziq sama2 training bersama ibu... Ibu dan abah training untuk jadi trainer, haziq sbg sample kami nanti... Alhamdulillah.. result nya amat amat menakjubkan... Aku selalu pesan pada haziq, kalau haziq esok belajar pandai2, nanti boleh tolong ramai orang..

Video selepas otak tengah haziq diaktifkan :
video



Course yang saya tawarkan, ada 4 peringkat iaitu ( “ESP Brain Training Programme”) :

(1)Midbrain Activation Programme
(2)ESP Enhancement Programme
(3)Quantum Speed Reading
(4)Photographic Memory

InsyaAllah 4 kos program diatas melatih anak2 untuk :

  1. Menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan
  2. Meningkatkan konsentrasi & daya ingat
  3. Mengaktifkan dan mempertajam intuisi.
  4. Menambahkan keyakinan diri
  5. Meningkatkan kreativiti
  6. Membentuk keluhuran budi dan kestabilan emosi.
  7. Meningkatkan kecerdasan koginitif & emosional dan spiritual.


Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin menghantar permata hati boleh menghubungi kami di Generasiku Genius Resources di talian 0192752901. Inilah pelaburan paling beharga untuk mereka seumur hidup... InsyaAllah...

Saturday, October 6, 2012

Otak tengah II

Sejak aku mengetahui mengenai otak tengah, sememangnya aku tak lena tidur.. setiap malam aku menggoogle.. masa tu aku x konfiden aku akn terjebak, tp niat mmg terlintas kerana bagi aku masih ramai anak melayu perlu di aktifkan otak tgh.. Sebab bende ni sgt baru.. aku sgt teruja kerana betapa kagumnya kuasa Allah..

Disebabkan aku ni mmg suke menganalisa, maka selamat hari raya lah... Sampai aku rasa insyaAllah org tanya aku blh explain mengenai otak tengah..

Tapi memang btl lah, kalau kita dok fikir benda tu hari2, benda yg aku rs satu masa dulu mcm agak mustahil aku akan menjadi salah seorang yg pakar mngaktifkan otak tengah kanak2, tetapi kini, insyaAllah dalam masa setahun aku akn setup Training Center aku sendiri untuk aku sebarkan ilmu Allah ini untuk anak bangsa, demi agama dan negara.. Semoga dgn teraktifnya otak tengah ini, kita menjadi setanding serta setaraf dengan bangsa lain... InsyaAllah..

Haziq mngikuti kursus tu 2 hari.. Dia mampu membaca dan mewarna tdengan mata tertutup.. bunyi nya agak janggal kan? tapi itu lah hakikatnya.. Apabila otak tengah telah diaktifkan, mmg pembelajarannya semakin mudah.. Kini haziq sudah mampu membaca.. Alhamdulillah...

video

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news