Monday, October 22, 2012

First Preview Generasiku Genius

Ahad lepas first meeting antara Director2 Generasiku Genius secara lbh terperinci haa tuju.. Oleh yang demikian, sepakat kami memilih pada 11 November 2012 adalah tarikh Workshop preview berkenaan program yang kami jalankan... Aku betul2 tak sabar... tak sabar untuk menambah nilai pada anak2 bangsaku..

So, skarang ni masing2 kene market kaw2 cari parent... Antara yang konfem 

10/11/2012 : Convocation Tadika Anggur Ungu, Pengetua memberi kami slot untuk menjemput parents hadir pd 11/11/2012... Wow.. 

11/11/2012 : menjemput semua ibu bapa yg ingin mengetahui lbh terperinci mengenai Pengaktifan Otak Tengah..

InsyaAllah jika tiada aral, First workshop kami akan diadakan pada 17/11 dan 18/11. Semoga semua dipermudahkan..

Kepada adik2 diluar sana.. jika ingin saya membantu adik2 membuka pintu genius kalian, jangan lupa daftarkan diri ye.. InsyaAllah...

Kepada ibu bapa:


Dear Concerned Parent, 

Are you one of those parents whose child is having difficulty in concentration, focus in their study? And you have try so many ways from many books, bought software or attended classes but yet to have any good result? Generasiku Genius Resources dengan MBM Midbrain Master is offering a revolutionary program to help you to assist the child for better peak performance and enhance their study. 

Call(019-2752901) OR email (enquiry@generasikugenius.com) to us NOW for the training date, time and venue. For further details in how to help your child attaining this wonderful gift of a lifetime through MBM Midbrain Activation program, take the first step by taking action TODAY.

Sila LIKE FB page kami www.facebook.com/GenerasikuGenius atau www.generasikugenius.com

Sunday, October 21, 2012

Alhamdulillah.. Diberikan kekuatan..

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Sebelum ni selalu je aku terbaca di wall fb ttg memaafkan semua org sblm kita tidur... Selalu je terdengar ceramah or perkongsian ilmu dari Prof Muhaya, Ustaz Don, Dr Fadzilah Kamsah, Dr Azizan berkenaan memaafkan org... Sehingga Prof Muhaya pernah berkata dlm sessi radio IKIM kalau kita tak sihat or sakit, or menerima musibah/dugaan darinya, maka cepat2 lah kita fikir ada tak kita x maafkan sapa2 lg?... Pendek kata sblm ni walau ape lah dorang cuba sampaikan ttg memaafkan orang, hati aku ttp amat sukar memaafkan apa yg telah dibuat oleh mereka... Kata2 hinaan, caci maki, umpatan, kejian, fitnah dan macam2 yg telah dilemparkan... Aku merasakan apa yg mereka lakukan spt aku tak ada maruah diri membiarkan mereka sewenangnya memijak aku... Meman amat-amat perit dan susah aku maatkan..

Namun yang demikian, Alhamdulillah 4 hari yang lalu, aku benar2 yakin dan pasti aku benar2 sudah boleh memaafkan insan2 berkenaan... Antara faktor kenapa aku boleh maafkan mungkin kerana aku dh lepaskan apa yg terbuku selama ni di hati.. Selama ni mereka tidak tahu yg aku tahu segala2nya.. Segala2 ttg penghinaan mereka.. terutama insan yang amat kami percaya, yg amat kami ambil berat, insan yg aku anggap spt kandung aku.. tapi... dia langsung tdk menghargai kami.. sehingga memfitnah kami menghalau dia.. Dengan Nama Allah.. jgn kt kan nk buat mcm tu, nk terlintas dihati pon x tergamak nk menghalau org.. Semua tu bersebab.. Apakah yg dia nk expect dari aku setelah mengetahui dengan sewenangnya membangsatkan aku. Dengan sewenangnya melemparkan kata2 cacian.. Kata2 hinaan tanpa sedikit pon terlintas mengingat org ini lah yg mengambil berat dan membantu nya satu masa dahulu.. memang manusia terlalu mudah lupa.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan sifat2 tidak mengenang budi dan tdk berbudi bahas begitu dr anak2 dan keturunan ku... Nauzubillah..

Jadi, dengan terus terangnya aku ttg semua tu aku harap dia sedar kesalahan dan keceluparan itu.. Siap unfriend aku dari friendlist fb tu. Malu kot. Malu sbb aku tahu segala2 nya.. Malu sbb selama ni begitu mendabik dada mencanangkn sesuatu yg apelah sgt nk dibandingkan dgn apa yg kami rasa.. Mmg esok tu aku masih membara sbb dia mmg kt aku menghalau dia. Tapi seharian aku berfikir.. Sekurang2nya aku rs release! Aku dpt bgtahu "Ape yg kau expect dr aku bila kau mengata aku demikiaan?"

Mlm tu jugak aku msg my hero sebab dia jaga kedai.. Aku msg, "Yes abg, ayg benar2 yakin dan telah punya kekuatan untuk memaafkan hamba2 Allah ini".. Semoga terbuka pintu hati mereka utk mengaudit diri sendiri dari terus terusan menyalah kan aku..

Lebih2 lagi smalam pg Seminar Jutawan Industri Dr Azizan, satu benda yg diucapakn, tidak akn bergerak pon satu zarah itu jika bukan ats izin-Nya... Bermakna, untuk aku menyalahkan 100% mereka pon siapakah aku sebagai insan kerdil.. Semua yg berlaku ada sbb.. semua yg berlaku adalah ats rancangan-Nya... Oleh itu, mmg byk perkara yg aku pon kene fikir mana silapnya diri ini.. Ye, byk kekurangannya.. Aku tak perfect.. Aku insan biasa.. Aku ambil semua apa yg mereka lempar kan itu utk aku cuba berubah menjadi manusia lbh positive.. Yelah, mcm mana nk jd JUTAWAN dan org berjaya kalau br org maki aku sikit aku dah sentap tahap dewa... Ye.. Aku redha..

Sbnrnya bukan mereka saja aku dpt maafkan.. Aku jg dh ada kekuatan untuk memaafkan isteri ayah aku sekarang.. yg mmg aku sgt dendam sblm ni.. Memang aku rs mereka menganiaya mama.. Namun berbalik kepada perkara pokok, benda tu semua xkn berlaku kalau bukan ats rancangan-Nya.. Dan kita mesti dan sangat perlu bersangka baik terdahap-Nya.. Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. 

Aku jg telah boleh memaafkan orang yg pernah memecah belahkan hubungan aku dengan adik angkat aku yg mmg aku anggap spt darah daging.. Noor Idora Zakaria.. Walau kini kami telah mula berkomunikasi semula.. Aku mmg rapat dan anggap dia sgt istimewa.. Aku rs kami blh berkongsi segala cerita, dia blh menerima segala kelemahan aku.. begitu jgk aku.. Namun ade pihak yg tdk menyenangi.. mereka menyucuk aku utk memberitahu mcm2. menceritakan benda2 yg blh buat aku terasa ati dengan idora..dan org itu jg lah buat bermacam cerita ttg aku.. 

Ya, selama ini 3 kelompok manusia ini benar2 aku tdk blh lupa apa yg mereka buat.. Namun, Alhamdulillah aku telah diberikan sebenar2 kekuatan untuk memaafkan mereka... Yg mampu aku buat semoga mereka jg mendapat kekuatan serta kesedaran untuk berubah kepada lbh positif.. 

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


Tuesday, October 16, 2012

Generasiku Genius dengan Aktifnya Otak Tengah, Malaysia

Alhamdulillah.. secara sah aku telah menamatkan kursus sebagai Certified Trainer dan Certified Agency Midbrain Master! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.... Perkara yang aku terfikir setiap hari.. Akhirnya jadi kenyataan.. Skarang tengah renovate training center untuk Generasiku Genius Resources!! InsyaAllah akn launch pada Nov 2012..


Thanks to my beloved husband... yang selama ni banyak bagi peransang (oppss) dan kata2 semangat... sehingga ianya menjadi realiti! Yeahhh.. Alhamdulillah...m 

Sebenarnya.. mmg aku nak sangat2 mengajar.. jiwa aku mmg jiwa pendidik kot.. chewaaahh.. perasan je la ko iema.. Aku pon x berapa nak pasti lah betul ke sangat aku ni suka mengajar.. Tapi masa kt Unitar aku slalu join as facilitator.. Motivate budak2.. dari yang nak amek UPSR sampai la yg ke SPM.. benda yang paling best bilamana budak2 ni call ucapkan terima kasih.. ade yg mmg bermasalah sgt n sukar utk di tackle, akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran.. Mmg happy bila tak byk, walau sedikit dpt memberikan mereka sedikit kesedaran betapa pentingnya pelajaran..


tapi igt lagi masa kami habes degree, KPLI bukak, aku siap belikan pin no. abang.. kot la rezeki kami kan.. Tapi apakan daya tak lulus.. sodehhh.... Kali kedua pon x pass.. aihhh.. apsal lah kan.. Sekali ade satu thun tu aku belikan pin No bsn utk abang, utk kpli exam.. dan belikan E-book... dengan harapan.. Alhamdulillah.. Rezeki kami.. Tapi setahun la dia dok maktab.. Aku punya lah struggle sensorang masa tu dengan haziq br berusia 4-5 bulan x silap.. Sbb aku frust aku pon terus apply Master kt Uitm.. Yelah masa tu bz gile kerjaya sbg seorang programmer.. Haziq tu peneman aku di ofis.. 4 bln dah dok dlm walker! hehehe...

Sebabkan aku rasa sampai bila aku nk kerja bz blk sehingga 2-3 pagi setiap hari.. Sbb tu ku gagahkan juga sambung Master.. mungkin nak jadi Lecturer kan.. tp, by the time abes study, aku dh naik pangkat as system analyst... Seronok pulak.. But yet still bz bila project nak on... asal nk merasa je lah akn.. Last position aku as System Analyst masa projek ngn JPM.. Memang bz tak hengat... Sabtu ahad kerja, hari2 blk kol 2-3 pg... Abg pon naik fed up jgk.. Walau sefaham mana pon dia kan, tp tentu dia jg kadang rs tensi..

Oleh yang demikian.... Segala2 terancang rapi oleh yang Maha Kuasa... Ade hikmahnya aku tukar keje dari  CMG ke QB... Sepupu mengajak aku ke program Dr Azizan Osman.. Masa tu, aku ade ujian Aura.. untuk mengetahui Aura yang ada pada kita... Fisrt time amek pada 6/3/2012...

Warna Aura aku adalah GREEN : balanced, social, teacher, love people, nature, animals...
Kali kedua amek sebelum bermula AMP program Dr Azizan... sekali lg aku amek photo Aura...
Masa ni mmg Aura aku besar.. dan colour aura pon x lari.. iaitu BLUE : caring, healer, helpful, supportive, loving... Ececece...

Dan Dr Azizan ade bgtahu kalau bisnes yg kite buat berkaitan, insyaAllah kita boleh berjaya!.. Nak dijadikan cerita ada kawan ofis lama cerita pasal otak tengah.... Bila aku study.. berbulan2 aku mengambil masa untuk study pasal ni... Alhamdulillah, Allah telah memudahkan segala-galanya... Segala2nya dipermudahkan.. Dari segi info, dari segi modal, dari segi center yang akan dibuka.. Alhamdulillahhh.. Niat aku ingin menambah nilai pada anak2 melayu kita.. menjadikan mereka insan yang berguna pada Bangsa, Agama dan Negara...

Pengaktifan otak tengah ini sesuai untuk kanak2 berumur 6-12 tahun.. Oleh kerana Haziq berumur 5 tahun tetapi sudah boleh membaca, ibu menghantar haziq sama2 training bersama ibu... Ibu dan abah training untuk jadi trainer, haziq sbg sample kami nanti... Alhamdulillah.. result nya amat amat menakjubkan... Aku selalu pesan pada haziq, kalau haziq esok belajar pandai2, nanti boleh tolong ramai orang..

Video selepas otak tengah haziq diaktifkan :



Course yang saya tawarkan, ada 4 peringkat iaitu ( “ESP Brain Training Programme”) :

(1)Midbrain Activation Programme
(2)ESP Enhancement Programme
(3)Quantum Speed Reading
(4)Photographic Memory

InsyaAllah 4 kos program diatas melatih anak2 untuk :

  1. Menyeimbangkan otak kiri dan otak kanan
  2. Meningkatkan konsentrasi & daya ingat
  3. Mengaktifkan dan mempertajam intuisi.
  4. Menambahkan keyakinan diri
  5. Meningkatkan kreativiti
  6. Membentuk keluhuran budi dan kestabilan emosi.
  7. Meningkatkan kecerdasan koginitif & emosional dan spiritual.


Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin menghantar permata hati boleh menghubungi kami di Generasiku Genius Resources di talian 0192752901. Inilah pelaburan paling beharga untuk mereka seumur hidup... InsyaAllah...

Saturday, October 6, 2012

Otak tengah II

Sejak aku mengetahui mengenai otak tengah, sememangnya aku tak lena tidur.. setiap malam aku menggoogle.. masa tu aku x konfiden aku akn terjebak, tp niat mmg terlintas kerana bagi aku masih ramai anak melayu perlu di aktifkan otak tgh.. Sebab bende ni sgt baru.. aku sgt teruja kerana betapa kagumnya kuasa Allah..

Disebabkan aku ni mmg suke menganalisa, maka selamat hari raya lah... Sampai aku rasa insyaAllah org tanya aku blh explain mengenai otak tengah..

Tapi memang btl lah, kalau kita dok fikir benda tu hari2, benda yg aku rs satu masa dulu mcm agak mustahil aku akan menjadi salah seorang yg pakar mngaktifkan otak tengah kanak2, tetapi kini, insyaAllah dalam masa setahun aku akn setup Training Center aku sendiri untuk aku sebarkan ilmu Allah ini untuk anak bangsa, demi agama dan negara.. Semoga dgn teraktifnya otak tengah ini, kita menjadi setanding serta setaraf dengan bangsa lain... InsyaAllah..

Haziq mngikuti kursus tu 2 hari.. Dia mampu membaca dan mewarna tdengan mata tertutup.. bunyi nya agak janggal kan? tapi itu lah hakikatnya.. Apabila otak tengah telah diaktifkan, mmg pembelajarannya semakin mudah.. Kini haziq sudah mampu membaca.. Alhamdulillah...


Sunday, September 9, 2012

Hari Raya 2012

Tahun ni raya mmg best! Mmg bebetul terasa kehari rayaan nya.. Almaklumla setelah hampir 6 tahun perkahwinan ini tahun pertama kami beraya di kampung tempat ibu beraya kecik2.. Insan paling happy dua budak kecik tu la.. Si Haziq dan Aqilah.. Mmmg best!!

Sblm ni kami x beraya kt sana sbb mama dlm tempoh bertenang.. huhuhu.. So tahun ni semua telah boleh menerima kenyataan.. Alhamdulillah.. skeseronokan yg tak terluah dek kata2...

Sepatut nya tahun ni turn raya ke kepong. Tetapi ats masalah teknikal yg x dapek nk dielakkan, makanya kami ke kepong pd hari raya ke tiga...


Projek Raya

Alhamdulillah.. Puasa abes dah raya pon dah hari ke 22 dah.. Tetiap sabtu abah budak2 ade aktiviti sekolah.. Makanya open house pon terhad nk g.. Ade yang terpaksa x g sbb x sempat.. huhuhu..

Ok, sebenarnya nak bercerita tentang projek raya kami.. hasil usahasama aku dengan  sepupu.. Sblm puasa mmg kami dah pasang niat la die die die la nk buat.. Alhamdulillah project utk tempahan raya dah close dengan Success.. Alhamdulillah..

Kira projek dikategory sebagai success sbb ado untung.. betul tk? Jadinya profit dibahagia 2 dengan pupu setelah tolah semua modal.. Alhamdulillah..

Total pcs jualan kami adalah 16,000 pcs+++, kira total sales kami hampir 5 angka! Alhamdulillah....

So, next step adalah next projek.. Ape dia? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... ;)

Friday, August 17, 2012

anak bujang...

muhammad zulhaziq. kadang ibu rasa mcm ibu ni garang je dgn haziq.. mcm tu jgk kakak aqilah zulfa.. dedua aku dh start rotan kalau dorang noti2..

pg ni sahur dia pon bgn, tp merengek2.. tanye xmo jwb.. mula tye baik je. bila dh x nk jwp dn merengek, ibu mula ase nk marah.. kebetulan pupu bwk bg rotan, haaaa... selamat hr raya la... x kene dia pon.. tp walau acah2 tp ase besalah pulak pg2 ptt mulakan hr dengan perkara2 positif... aiseh..

ok last tau dia nk mee jgk tp xmo bawang.. ha.. kn senang.. ni x ckp ape2 merengek... jdnya ibu dgn rs besalah ketepiknlah bwang2... peratikn dia mkn..

pas dia mkn, dia pungut remah2 yg kt ats lantai... p buang dlm tong smpah, angkat cwn dn pinggan masuk sink tanpa ibu suruh sepetah pon.. sian anak aku ni, pg2 buat hal kn dh kena... sentappppp...

mmg saje wat ibu sentap. arit gini gok.. rengek2, tye xmo jwp... pas ibu dh naik hantu betanya baru nk jwb.. yg sedih rupanya dia ckp "haziq nk pelok ibu"... sentapppp.. ibu lak nk nangehhh.. abg jeles ibu sek pelok kakak.. huhuhu.. alahai la bujang ibu..

Tuesday, August 14, 2012

Ketabahan dan Kecekalan Diperlukan Utk Kaya dan Berjaya

Maka ceriteranya nya hari ni aku berturut2 3 hari aku x tido.. start dari sabtu pagi... Menenyeh sampai ke buka.. pas tu mlm sambung sampai pg ahad... kepala ting tong dah.. Ahad pagi buat sampai kol 11.. keboomm tido sampai kol 1.. huhuh.. Bangun2 terus ke Cheras anta order.. Memang lemau! blk2 sambung lg sbb customer tambah bekas.. Tepat kol 12 mlm g anta kt dia kt Tol Saujana Putra... Blk2 sambung seround! Kol 3 tido.. Esok pg pas anta budak2 sambung 3 round.. hua hua hua.. Pas tu ke ofis.... Blk2 buka kt luar sambung lg... Sampai la pagi ni!! Genap ianya 3 hari!! Perghh.. ikut badan mmg ase x larat.. tapi dh kata nk bisnes la sangat kannnnn.. Komitmen pon kene la ketat.. Huhuhuhuhuhu.... Mcm mana la kalau aku kontek sume kengkawan.. masak!


Aku bernekad akn berjuang habis habisan untuk meneruskan hajat di hati... Dalam kepala mcm2 benda dh dirangka.. Semoga semua dipermudahkan-Nya..

Saturday, August 11, 2012

Huiyoo...

Minggu bertungkus lumus.. Kami perlu mnyiapkn 30 dark dn 25 white.. Smlmn x tido.. Pupu blk cheras. Dgn jayanya dia dh siapkn 12  dark.. SYaabass beteee...Terkontang kontamg la kami... Hihihi... Rezeki.. Alhamdulillahhhh..

semoga kami kaya dan berjaya dunia dn akhirat!! Amin.

Wednesday, August 8, 2012

Sekali lg trkandas.

Susah. Lps ajar haziq smlm tdo kn bdk2, terusssss smpai pg. Aiyo. Apani... Production xdak. Pg kelam kabut lmbt sahur. Lauk xpresz sambal sardin... aisehhh....


Tuesday, August 7, 2012

Nak deliver order dan ke ofis..

Smlm aku x mmpu bjaga.. Spt 2 hr lps. Mungkin umur ke? Hahaha.. Tp doc kt nk bjaya x blh byk alasan dn malas. X mls pon. Cume sj nk bg alasan. Ahahaha... Letih bai. Ni x hupdate info utk web lg.. Akak tu mnta2 dh ni... Aisehhh...

Ermmm.. Pas setel sume, g opis blk mmg kene sambung operasi.. Chaiyokk2.. Seb baik smalam ade adk ipar n suami puupu mnjalankkn operasi.. Alhamdulillah...

Monday, August 6, 2012

loteh sedikit gundah.

br smpai dr kj. td g shah alam anta order wan. alhamdulillah... penat rs. tp smpt singgah tmpt abah dn ibu bdk2 ni betenet.. ahaha..

dh 2 mlm aku tido lmbt. smalam 630 pg. bakar kacang dn 5 bekas kuih. mmg mencabar.. yg menanti lg 100++ bekas harus disiapkn.. aku btl2 kene tabah dn kuat semangat. aihhh.. bkn mgeluh order byk.. aku bsyukur sgt2 ats rezeki Allah bg..  Aku brsyukur punya kawan2 dn saudara mara yg xjemu memberi sokongan.. Kalau x sokong dorang xkn order smpai hampir 200 balang kannnnnn... Alhamdulillah sgt2 ats kepercayaan kalian..

Yg merunsingkn aku x tkejar nk siapkn.. Kalau begini xde la xtra nk letak kt kedai. Nk promosikan lg kt tenet, update iklan kt fb dn blog.. Mmg x terkejar kalau gini cr nya.

Mmg aku btl2 perlu kerja kuat!! Semoga diberi kekuatan utk menempuhi semua ni!!

Monday, July 16, 2012

Hekzzz

Aisehh.. ade la cerita pasal minah yg tak abes2 mengutuk aku tu.. aku tatau la kan, aku mmg dah block dia dr FB aku.. Nyemak sey tgk gambar dia naik. Dengan status2 poyo nak mampusss, mcm aku tatau kau jenis macam mana. Aihhhh...

Ni laki aku la gtau. n tunjuk. kalau tk x hingin aku nk amek tau langsung pon psl dia. Dah la baik2 dgn aku mengata aku mcm2 kat belakang.. Siap becerita pulak tu.. Ape jenis manusia ntah! Perangai mcm bajet bagus gileeeee tak hengat.. semua org dlm dunia ni semua x betul. Kau saje yang MAHA hebat konon nya..

Ajak berdepan x berani, ckp je pompang2 dlm fb.. hek elleeehh.. mmg jenis ckp xmo kalah. Ckp besar saje. Aihhh.. aku mmg x leh sabar org hina aku.. jgn ingat aku x ade maruah utk sesuka hati kau nk ckp mcm2.. Jenis kau ni mmg jenis x sedar2 diri. Jenis rasa diri btl dan hebat. Semua orang kau nk kondem kau nak ngata. Tak payah la skang nk belagak konon kau baiiiikkk sangat... amek berat sgt pasal org tua kau... Hekkkzzz...  Looser seh!

Aku mmg bengang ngan minah ni dan tatau la bile aku blh maafkan dia. Dah la x rasa bersalah mengata aku.. fitnah aku lg.. pas tu terus dan terus rs x salah.. sbb ape? sbb diri bajet bagus dan dh jd amalan mengata dan mengutuk org... sbb tu x rasa salah.. mak mertua kau pon ko leh ngata.. Apetah la lagi aku kan... kannnnn....


Tuesday, July 10, 2012

AKU MESTI KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT UNTUK



SEMASA SEPANJANG 3 HARI AKU DI AMP KAMI DIMINTA MEMBACA MENGAPA AKU PERLU KAYA DAN BERJAYA. JADI DIBAWAH ADALAH APA YANG AKU TULIS MS AWAL2 DI SURUH OLEH DAO :


1. AKU MESTI KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT UNTUK MENYELESAIKAN KESEMUA HUTANG AKU(PTPTN, RUMAH, LOAN), HUTANG MAMA DAN AYAH AKU, HUTANG MAK DAN PAK MERTUA AKU!


2. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK AKAUN MEMPUNYAI WANG BERJUMLAH RATUSAN JUTA RINGGIT!


3. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK MEMBERIKAN AKAUN BANK SETIAP ANAK2 AKU, MAMA DAN AYAH AKU SEKURANG KURANGNYA RM 1,000,000,000 SEORANG.


4. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK MEMBANTU ORANG SEKELILING SAYA UNTUK TURUT SAMA MERASA KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP SERTA UNTUK AKU MEMBELA NASIB ORANG-ORANG KURANG BERNASIB BAIK DAN MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA SUPAYA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.


5. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK MEMBINA MASJID DI SELURUH NEGARA TEMPAT TUMPAH DARAHKU YANG AKU CINTAI MALAYSIA!


6. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK MEMBINA RUMAH-RUMAH KEBAJIKAN DAN ANAK YATIM DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA.


7. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK MENYEDIAKAN SEBANYAK MUNGKIN PELUANG PERNIAGAAN DAN PEKERJAAN KEPADA BANGSAKU YANG KURANG BERNASIB BAIK.


8. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK SAYA MENGGAJI KAN ORANG UTK MENGURUSKAN RUMAH SUPAYA SAYA TIDAK DI HINA SEWENANGNYA OLEH MANUSIA2 ITU! (hello, atleast aku kaya dan berjaya nanti aku blh tlg orang, dan rumah aku ade org nk kemaskan okeh! kau ada? yang kau tahu nak mengata orang. yang kau tahu nak berlagak. poyo nak mampos! ramai2 manusia, kau satu2 orang mmg aku x blh nk maafkan. bullsit!) padahal rumah aku x ada la huru hara sgt pon.. aku ni kn bekerja dan berbisnes. grrrrr... dasar x sedar diri! hanya wanita yg BEKERJAYA saja yang faham macam mana penat kerja, bisnes, anak2, suami okeh! sbb kau tak kerja, dok rumah, idup baru nak mula dah dengan tanpa rasa bersalah mengondem dan mengata orang. Aku nak tgk, tgk sejauh mana keplastikan kau tu. 


9. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK MEMILIKI RUMAH YANG SANGATTTT BESARRRRR DAN KERETAA MEWAHHHH!!


10. AKU MESTI  KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT   UNTUK MEMILIKI LBH DARI 5 CABANG BISNES SERTA MEMPUNYAI CAWANGAN DI SELURUH DUNIA!!!


INSYAALLAH, DENGAN COACHING, CONSULTATION SERTA BIMBINGAN SEUMUR HIDUP OLEH BARISAN JUTAWAN, AKU AKAN KAYA DAN BERJAYA!!

Monday, July 9, 2012

Post - Advanced Marketing Power

Alhamdulillah 3 hari berguru dengan multimillionaire telah berlangsung... Ape feedback aku? YESS!! Aku semakin tidak sabar melaksanakan segala strategi yg telah di turunkan... Dan yang paling aku rasa seronok, dan bersyukur ALHAMDULILLAH aku telah ambil pakej DIOMAND utk menyertai program ni.. Kerana mereka akn bagi consultation secara percuma seumur hidup!! Dari A-Z..

Ya Allah.. Aku doakan Dr Azizan di beri kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kerana hasrat murni nya utk membantu orang2 melayu menjadi JUTAWANNNN!!

Aku berjanji aku akan jadi seorang jutawan. Aku tidak akn mensia2kan harapan dan ilmu yang telah diturunkan oleh dr.azizan! Yang paling best dia akn coaching kami yg diomand ni secara group2 kecik!! Seronok nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Aku mesti KAYA dan BERJAYA dunia dan akhirat!! InsyaAllah....


Monday, July 2, 2012

4 Hari lagi Advanced Marketing Power by Dr Azizan

Aiseh, pegi2 ofis semnagat pagi2 buta.. aleh2 unifi problem.. tatau kenape ek.. Pueh den godek2, x gak buleh.. So nk buek apo ni jang... Maka aku pelan2 belajar buat apa2 yg patut.. hehehe...


Perasaan aku skang ni debar2 ada, excited ada.. Semoga semua diberkati Ya Allah... Aku ingin menjadi orang yang kaya dan berjaya.. Berjaya membantu orang2 sekeliling aku yang memerlukan pertolongan..

Walau pelbagai dugaan tgh datang menjengah.. Aku cuba untuk focus untuk melakukan sesuatu yg lbh bermanfaat... Persetankan segala anasir2 itu..

Dengan sokongan dan dokongan kuat dari Suami, Mama, adik beradik, sedara mara, aku berharap semua dilaksanakan hingga berjaya.. insyaAllah....

Di share di page Dr Azizan.. Doa selepas solat Dhuha... Sejuk je jiwa rasa kan... Moh kite...


Sunday, July 1, 2012

sakit tekak. a

bgn pg ni Aku Ase sakit tekak la pulopsss..... jgn la infection... harap2 gitu la...

Wednesday, June 27, 2012

Bila perlu je cari..

Pernah tak rasa....
Bila ada teman tu ke, sedara ke, bila kite msg x bls... Call x angkat2.. Return call/sms pon idak...
Tapi, bila dia nk sesuatu ke, minta tlg kite ke kan, ms tu la call bertalu2.. Smpai kite x smpat wat Pe.. Bengang tk? Kadang msg kite tye khabar pon x jwp.. Tye perkembangan, ignore je...
Tp bila sblknya... Aihhh.. Susah sungguh nk di terangkn... Tapi ramai jgk org mcm ni.. Harap aku dijauhkn dr sifat begini... Uhuu.. Kadang mmg aku x smpat.. Tp pasti reply call/sms.. Cuma kadang ada jgkla tlpa pndang..

Kalau seaekali fhm la kite kannn.. Tp kalau dh mmg gitu pesennn.. Achaner tu Johan????

Hari ni hari terakhir ke De Palma..

Hari ni hari last kelas untuk officer2 Bangladesh ni.. Dorang ni dah batch ke 6 dan 7 dah... Means penutup utk batch percubaan.. If blk nnt dorang puas ati dengan apa yg dorang belajar, lepas presentation semua, kalau x ada aral, projek ni akn berterusan yearly contract selama 5 tahun... insyaAllah.. harap semua berjalan lancar..

Tapi hakikat sbnrnya mmg banyak kite sebagai rakyat jelata tidak tahu bagaimana susah nya pemimpin2 kita, bagaimana susahnya org2 atasan merangka, merancang, melaksanakan sesuatu untuk NEGARA. Org dari luar sendiri mengkagumi apa yg kite ada, dan ingin belajar. Tapi kebanyakan di sini hanya tahu komplen komplen komplen. Semua x betul. Semua tak kena. Memang la tidak 100% perfect, at least kerajaan skarang adalah yg terbaik yg ada.. If ada yg lebih baik, tentu la kita akn pilih yg lbh baik kan..

Actually, director2 yang datang ni bukan biasa2 jgk, most dh ade Master, ade yg dh ade DR. tapi, sireh ttp x lepas okeh! hehehe..

So, jumaat ni penutup.. sob sob sob.. pas ni no more tempuh jem, no more kuar rumah sblm matahari terbit, no more lenguh2 kaki menekan clutch meredah jem.. ihihih...

Adeh tgh type ni ngantuk pulak ni.. cemano jang..

Tuesday, June 26, 2012

Sireh..


Batch projek Bangladeshi  (Strengthening Government Through Capacity Development Of The Bcs Cadre Officials Of Bangladesh) kali ni kebanyakan adalah Director2 dr kementerian, Additional secretary depa, joint secretary depa.. Kira sume high level dlm setiap ministry.. Tapi kan.. hehehe... Satu benda aku rasa pelik, sesetengah dorang mengunyah sireh setiap masa.. Aiyark.. Seingat aku dulu2 ms kecik2 nenek2 kt kampung je kunyah sireh.. nngee~~~ Nenek2 skarang pon aku x jumpa yg kunyah sireh... hua hua hua..

Mengapakah yek? Tapi, by 2020 kite nk capai high income country.. Tapi mereka 2021 baru nk target middle income country.. Erm.. mungkin jgk la mcm tu jgk la bila kite nye budaya compare ngan country2 yg dh capai high income country or developing country.. maybe.. kwang kwang kwang..

Wednesday, June 20, 2012

Otak Tengah??

Beberapa hari lepas, pg melawat anak kawan di ofis lama.. Dia bercerita berkenaan otak tengah.. Menurut nya, sbnrnya semasa kite dlm perut, hanya otak tengah yg berinteraksi, dan bertindak...

Aku masih lg membuat sedikit kajian berkenaan penggunaan otak tengah ini. Ape yg aku jumpa setakat ni, di Malaysia sendiri byk program2 utk mengaktifkan semula otak tengah ni. Hasil nya, anak2 kite boleh membaca, meneka huruf, warna, dengan menutup mata! Dasyat! Subhanallah.. sgt kagum dan teruja.. terus aku mencari next class ujung bulan ni... Sket lg nk register untuk bujang ibu.. skali br teringat, 30/6 ada seminar Dr Azizan! 1/7 birthday damia... So kene pg next class la gitu..

Ok, next entry akan aku ceritakan detail berkenaan otak tengah ni.. Wow.. aku sgt teruja..

----------------------------

(11/11/12)

Hasil study yang berbulan2.. Alhamdulillah aku dah punya Center Midbrain Training... Aku adalah satu satunya franchise Melayu dibawah MBM Midbrain Master...

Target aku adalah untuk berkongsi ilmu yang ada kepada seluruh anak bangsa demi agama dan negara..

Boleh lawati website kami di

www.generasikugenius.com

Sila LIKE FB fanpage kami : http://www.facebook.com/GenerasikuGenius

Kepada sesiapa yang tinggal di sekitar Seri Kembangan bolehlah menghubungi atau hadir ke center kami di No. 31 Tingkat 1, Jln PUJ 3/3, Tmn Puncak Jalil,
3300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
enquiry@generasikugenius.com  |  www.facebook.com/GenerasikuGenius  |  +6019-2752901

Tuesday, June 19, 2012

Konflik II

Kepada manusia2 itu,

Saya bekerja.

Kerja saya mmg tidak terlalu menggunakan kudrat.

Kerja saya menggunakan otak. Otak saya mampu menjana sesuatu yang beharga.

Orang bekerja menggunakan otak lebih penat dari orang bekerja menggunakan kudrat. Sebab itu mungkin gaji insan yang bekerja menggunakan otak gaji nya lbh mahal dari menggunakan kudrat.

Ye, saya agak malas buat kerja rumah. Tapi itu tak bermakna saya PEMALAS okeh???

Saya rajin bekerja. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan. Tak usah la nak mengkomen2 mengutuk2 saya pemalas.

Sekurang2 saya mengurangkan beban suami saya, membantu orang2 keliling saya yang memerlukan bantuan. Tak payah nk mengutuk, sedangkan diri sendiri ntah apa2. Yang penting kerja saya siap, keluarga saya x lapar.

Tak semestinya saya tidak MASAK, suami anak2 saya berlapar! Dan tak semestinya org masak hari2 tu,  suami dia 100% suka sama dia.

So, PLEASE and tolong cermin diri sblm mengata org.

Sekian, terima kasih.

Minta maaf, saya masih belum boleh melupakan serta memaafkan segala kata cacian, kejian yang kalian lemparkan kepada saya. Sekecil2 perkara cuba di ketengah dan di ungkit.

Saya manusia biasa. Saya betul2 masih belum ade kekuatan utk melupakan semua. Saya sangat sangat dan amat amat berkecil hati.

Tetapi saya bersyukur pada Nya, jika perkara ini tidak berlaku, saya akan terus terus di perbodohkan. Dan dengan berlaku nya perkara ini, saya SEDAR dan TAHU kedudukan saya pada kalian.

Assalamualaikum.


Friday, June 15, 2012

Konflik

Sebenarnya konflik dah berlaku lebih daripada 2 bulan... Konflik yang benar2 memberi kesan yang amat mendalam pd aku.. Semua yang berlaku pasti ada hikmah nye... Yes, kalau benda ni x berlaku, sampai bila kita akn terleka dan terlalai.. dan kalau benda ni kalau tak berlaku smpai bila kita taktahu sejauh mana keikhlasan orang itu dengan kita.. Aku amat bersyukur si ats segala nya...

Untuk aku memaafkan, mungkin. Tapi untuk aku melupakan sesekalinya tdk.. kerana meraka bukan sahaja berkata mengenai aku, malah mencaci maki aku. Tak pe! Yang pasti aku juga punya maruah dan harga diri!

Bermulanya cerita ini semasa aku melahirkan anak kedua kami.. bermacam cerita mereka memperkatakan aku.. tak apa.. aku sabar... aku mls nak fikir.. Ternyata org yg aku anggap spt darah daging, sampai bila2 pon x akan jd darah daging.

Kemudian, lepas berpindah ke seri kembangan, hubungan itu semakin akrab. Kelemahan aku, aku terlalu mudah PECAYA pd org. Dan aku juga terlalu mudah menyayangi org.. Dgn akrabnya perhubungan itu, aku menganggap dia juga ikhlas.

Namun anggapan aku jauh meleset. Dari sayang, suka, bertukar menjadi geram, marah.. Dalam diam berbaik dengan aku, seolah2 memahami aku, rupanya bercerita segala perihal kekurangan kelemahan dan mcm2 la pasal aku!

Memang aku dh x blh sabar. Kalau kau tak baik dgn aku, tk rapat dengan aku, ade aku kesah kau nk mengata??? Tapi sebab kau baik dengan aku, dah la x ikhlas, blh pulak menjaja segala cerita. Sapa tak sakit ati wesss???

Takpe.. korang lempar kan pelbagai kata cacian, makian, takpe.. aku btl2 frust! Kalau korang tak nak di bantu, its ok. Tp ak payah nk ckp aku mcm2..

Aih.. bila igtkan blk segala kata2 kalian lemparkan pd aku... mmg aku btl2 sgt2 berjauh ati.. hingga sekecik2 perkara diungkit... Ya Allah, semoga aku diberikan kekuatan oleh Mu untuk menghadapi dugaan ini.. Semoga aku di beri kekuatan untuk melupakan serta memaafkan mereka...



Thursday, May 31, 2012

Rindunye kt abg haziq...

Bile jauh rs sunyi abg haziq xde... ibu rindu la tu..

posted from Bloggeroid

Business Trip : Guangzhou 4 May 2012 - 9 May 2012

Perniagaan melangkah lagi satu tapak kehadapan.. Alhamdulillah.. Tidak sesia aku ke tanah besar.. Pelbagai peluang perniagaan dpt di lihat.. Dari sekecik2 bende, dan sebesar2 barang..

Aku g sana nk ambil brg2 meniaga.. Pendrive, Memory card, Tablet.. Itu pon tersasar2 la jgk nye barang shopping sendirik... Alang2 g sana kan.. Nak raya ni, baik aku amek baju2 raya budak2 skali.. ahakss.. alasan ler tu...

So, kepada sahabat yang nak follow utk next trip aku ke sana, blh la kontek aku ye.. Antara barang yg aku sempat sebat adalah..


















Yeah... akan ku ulang ke sana lagi.. insyaAllah................ 10 bintang untuk KAK AWE!.. :D

Monday, May 21, 2012

Lmbt pulak..

Akibat keletihan yg amat, pas subuh td sambung tido... aleh2!!!!!?????!?": tersedar dh jam 8 !! Adoi.. haziq masuk school kol 8.. aisehhh men...

posted from Bloggeroid

Monday, May 14, 2012

De Palma KL : Streghening Goverment through Capacity Development of the BCS Cadre Officials of Bangladesh

Minggu ni minggu terakhir officer2 dr Bangladesh ni di Malaysia.. Dorang dtg ke sini nk belajar cemana pemerintahan dan pentadbiran Malaysia.. Relax la sket utk beberapa minggu sebelum beberapa batch masuk.. Yang tak sanggup berulang sejam 1 perjalanan ke sini..

Tapi byk yg aku belajar.. High level government servant dr Bangladesh dtg sini, bayar mahal2 sbb nk belajar mcm mana cara pentadbiran di Malaysia.. Tapi org kat malaysia ni sendiri tak tahu nk bersyukur lg..

Mana2 yg selama ni kite igt kerajaan x wat ape2, sbnrnya, bermacam strategy.. planning.. mmg best!.. so byk jgk la ilmu2 aku dpt kt sini membantu aku jwp soalan exam PTD sabtu baru ni..

Ape pon, I'm proud to be Malaysian!

Saturday, April 21, 2012

re install blogger droid

Test test test testis.. Oppsss..testing...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

MZFervor Solutions



Dilahirkan pada 28/12/2011. Lahirnya dia kerana cita2... aku bercita2 membuka bisnes sendiri..

Masa muda2 aku dh puas buat networking.. Aku rasa x slh aku nk try.. Jadi disebab kan bidang aku adalah komputer2 ni, aku mengambil keputusan buka kedai komputer dan aksesori.. Tapi barang2 tak banyak mane lg.. InsyaAllah bulan 5 ni pegi ke China, nk tgk barang2 yg xdop lg kat sini.. Tiket dah beli, tp passport x idup lg.. ngeh ngeh ngeh..

Sambil2 tu aku buat freelance jg utk buat web, system.. programmer insyaAllah dh ade 2-3 orang2 yang aku boleh percayai hasil kerja dan kualiti nya...

Nape name dia MZFervor? Fervor ni kalau kite tgk kamus, maksud yang synonym adalah Passion, Dedication,  Enthusiasm, Eagerness, Commitment.  Sebenarnya aku pon cam tak caya mcm mana aku boleh bertahan berbulan2 masa aku di uji di tempat kerja baru ni.. Dari mana dtg nya semangat dan kekuatan mental utk menyiapkan projek pon aku cam mimpi je... Tanpa insan istimewa di sisi, sudah pasti aku tidak mampu melalui semua ini seorang... Walau byk perselisihan berlaku, Alhamdulillah kami redah juga...

Jadi nya, berbekalkan semangat dan jati diri yang ada pada MardhiahZulhadid, maka lahir la MZFERVOR SOLUTIONS.. chewwaaahh... ihihihi.. Semoga semuanya berjalan lancar...

Sekarang, kedai telah sebulan beroperasi.. Alhamdulillah.. dlm ms sebulan, sales utk keuntungan mmg blm nmpak lg.. tapi aku bersyukur sgt2, yang penting lepas duit sewa kedai dan byr gaji pekerja.. Nasib la pekerja aku sorang ni x berkira.. Mudah rezeki mu dik.. Pekerja/pembantu a.k.a adik ipar aku sorang ni br abes belajar, jadinya sementara menunggu panggilan sambung belajar, dia la tlg aku jg kedai, edar flyers.. tolong2 pon kene jgk byr gaji kan.. ihihih...

Alhamdulillah... sambutan dan sokongan padu dr sahabat dan saudara mara amat menggalakkan... Oleh itu sahabat sekalian, sila lah singgah ke kedai kami di G-53, Bazaar Rakyat PKPS, Bandar Putra Permai, Seri kembangan. Sila klik like kat fan page kami http://www.facebook.com/mzfervor.solutions



Nanti bila free akn di upload kan gambar2 yg ada..

Credit to pupu ku Nurashida Arshad.. Skarang kami berganding bahu untuk mencapai matlamat dan cita2.. Ngee~~.. Flyers ni printing kat kilang dia.. So, sesape nak wat printing dengan harga yang jauuuuhhhh lbh murah dari kt luar sana pon blh.. Flyers, bunting, kad kawen, segala benda la nk print blh print okeh!





Sunday, April 1, 2012

10 bulan

Pejam celik, pejam x celik2.. bulan ni genap aku bekerja di company ke dua bidang IT.. Quantum Beez Sdn Bhd.. Bermacam dilalui selama 10 bulan.. pahit yang tak manis-manis.. Cuma kepahitan itu adalah penawar kepada diri aku... Mematang kan aku serta memberi aku kekuatan yang tanpa ku duga..

Sekarang ni aku tgh mencari tmpat lain.. kali ni aku nekad untuk menjadi Lecturer.. perlulah aku memanfaatkan Master yg aku ambil.. Dulu aku terlebih ghairah kerja bidang ni.. Dan di quantum Beez pon projek dah abes.. Skang ni support je.. Itu pon cam pg tak pg je opis.. huhuhuh.. ase sgt x best sbnrnya.. Skill aku pon ase semakin merudum je..

Alhamdulillah... semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Memula masa aku kt Quantum Beez, aku memikirkan mungkin aku di takdirkan utk join company sbb utk membantu pihak yg lbh memerlukan.. Aku perlu cekal menghadapi dugaan ni.. Kalau aku benti, sape nk teruskan projek ni.. Rs dipertanggungjawabkan untuk selesaikan apa yang telah dimulakan...

Makanya aku pon stay.. aku sendiri tak tahu dr mana datang nya kekuatan mental aku utk menyiapkan projek.. Sabtu ahad bekerja, hari2 blk lewat...

Setelah 4-6 bulan melalui semua ni.. aku terfikir.. keadaan masih berterusan.. Apakah ada silap ku di masa lalu sehingga aku di duga begini... Adakah ada sesuatu yang tidak kena dengan cara aku.. Sedih.. kalau di ikutkan, mmg sangat sedih..

Aku sentiasa cuba melaksanakan kerja yang terbaik utk kepuasan sendiri dan juga membantu syarikat mencapai misi dan visi mereka.. Tetapi mengapakah ini yang harus aku lalui...

Ya Allah, kadang aku amat down dan hampir rasa berputus asa... Hubungan aku dengan suami tersayang jg ade sikit problem.. mau tak, hari2 blk lewat, ujung minggu pon kerja smpai tgh2 malam...

Alhamdulillah, semua tu dah berlalu.. Aku laksanakan rancangan.. Aku ingin membuka kedai komputer dan aksesori..

Dan, Alhamdulillah.. dengan keadaaan begini lahirla MZFervor Solution..


Thursday, January 12, 2012

76 PETUA MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Buat suami ku Zulhadid Asfari B Jamaludin, terima kasih kerana menyayangi diriku sepenuh hatimu.. Sesungguhnya abang adalah insan terbaik yang ditakdirkan oleh-NYA untuk menjadi peneman susah dan senang.. Sayang abang banyak2 dan selamanya... Bila baca artikel ni, semakin kuat hati ini menyintai abang kerana Abang sentiasa berada di belakang ketika susah dan senang dan sensiata menyayangi diri ini walau selalu tersilap laku dn melukakan tanpa sengaja... I love you so muchh... touching lak rasa.. sob sob sob...

Isterimu,
Mardhiah Hayati Md Zain

------------------------------------------------------------

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal mendirikan rumahtangga :

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Huiyoo... Anwar lepas tu....

Smalam seharian status bersepah2... Pasal Anwar dan Saiful.. Semua org terkedu dan erkejut keputusan mahkamah.. Aku pon sepanjang hari tk dapat focus.. hahaha boleh? Ape kene mengene la ko ngan saipul dan anwar ni Mardhiah..

Pertama, aku mmg mengikuti perbicaraan mereka.. Ade yg tertutup.. Yang tertutup tu aku tatau la ape isi.. Paling penting, kalau ko tk salah apsal la nk tutup2 ye tak?...


Kalau berfikiran sebagai orang biasa, di mana kenapa la ms pembelaan diri, Anwar Memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan tanpa soal balas dr pihak pendakwa.

Dan kenapa jgk la anwar tk mengenengahkan 5 org alibi yang dia bgtau masa awal2 dulu... Wan azizah siap wat PC mengatakan Anwar ada bersama2 dia waktu kejadian... Dan kenapa la anwar byk kali mau tangguh ini kes.. lbh 60 kli lbh kot aku rasa...

Setiap hari aku membaca dan mencari supaya aku terjumpa sesuatu yg meyakinkan aku anwar tak bersalah... Tiap hari aku baca blog2 pro anwar.. Tapi aku tk nampak ape2... Risau jgk hati aku ni tertutp dari dibukakan kebenaran...

Ok, selepas keluarnya keputusan mah kamah semalam, dimana mahkamah

1) Mahkamah TAK BOLEH JAMIN 100% INTERGRITI BEKAS DNA tu.
2) TAK BOLEH SABIT KESALAHAN PADA KETERANGAN SAKSI PERTAMA (SAIFUL BUKHARI) SAHAJA.

Kene ingat ye, anwar terlepas bukan dia tidak lakukan liwat tersebut. Jgn mudah percaya dgn temberang semasa dia berucap. Kalau di teliti setiap pengucapan dan ceramah anwar jg, dia berceramah, dia tidak ade mengatakan dia tidak meliwat. Ayat2 yang digunakan sgt play safe. Tp yg di ucapkan hanya ini semua kerja UMNO yg ingin merosakkan nama dia.

So, smalam aku fikir2 kenapa dan mcm mana anwar blh lepas...

Ok, aku baca semula kronologi perbicaraan dia dn saipul di mahkamah..

1. Patut la dia x mahu angkat sumpah ms bela diri, sbb dia tidak akn di soal balas.. dia hanya berceramah di kandang tertuduh. Sebab ape agak2? Sebab, jika dia bersoal balas dengan pendakwa, dia kene berusaha lebih keras utk menafikan.. Dan sekiranya dia x berjaya membuktikan apa yg diucap, itu blh dijadikan point utk dia tewas.... Sama juga kes nya yang dia pernah kata mempunya 5 alibi. Jika dia btl2 punya 5 alibi, tp x dpt dibuktikan, pon akn mendatngkan masalah pd dia..

2. Bila dia drag benda ni terlalu lama, sandiwara awal2 tu,org akn tak berapa igt dan lupa...

3. Karpal sendiri kata Anwar tidak blh di hukum kerana meliwat, kerana kejadian adalah rela saiful. Kerana saiful sendiri yang membawa KY Jelly dan blh minum bersama Anwar selepas di liwat. Jado perkara pokok nya dia liwat ke tak?

Ada yg jg cakap, itu masalah peribadi dia. Jgn sbb personal matter, dia tak leh jd PM. Astaghfirullah.. Dah tau dia songsang pon.. Contoh senang, PM tu kira pemimpin kan.. Suami itu jgk pemimpin, kalau ko dah tahu bakal suami ko 2 alam, liwat org pon blh, ko nak ke dia jd suami? Aduhhh... same la jgk jd PM..

So, sbnrnya anwar terlepas bukan sbb dia tdk meliwat, tetapi benda2 teknikal dan terlalu subjektif..

Dengan terlepas nya Anwar... Maka... jeng jeng jeng....

-----------------------------------------------
...............INTERMISSION................
-----------------------------------------------

Bila aku fikir2 kan semula.. semua ini ade hikmahnya.. Hanya Allah perencana dan mengetahui apa yang diaturkan-Nya...

Tapi dapat aku rasakan, Anwar akan lbh malu... Dan elok jg dia tak di tahan.. Setelah di canang satu dunia, setiap pelosok malaysia mengata kan ini konspirasi, di heretnya rakyat.. konon2 Rakyat Hakim Negara... So bila hakim dh kata anwar bebas, tak pulak korang sangkal keputusan tu x btl..

Malu la.. kalau aku jd anwar dan penyokong2 dia.. Dok kata macam2... aleh2 ko bebas.. aisehhh... so tipu ke ape ko canangkan tu?... Dan2 la mahkamah terus jadi adil.. sbb, ko lepas...

Paling aku tak puas ati pasal kes dorang pecat Dr Hasan Ali.. aihhh.. ape la nk jadik depa ni.. Nak p minum kopi jap la.. nnt sambung sessi luahan perasaan! hua hua hua...



Wednesday, January 4, 2012

Berganti tahun... bertukar rutin...

2011..

Jadual waktu bertukar..

Kalau dulu kol 8 leh duduk kt umah lg, mandi kan budak2.. bagi susu n makan... Kol 9 baru kuar rumah, anta bdk2 ke nursery and terus shoot ke opis..

Walau byk kerja cemana pon itu rutinnya.. cuma blk tu la x tentunya.. kadang time bz, seminggu blk rumah dorang dh tidur...

Sbb tu la pg time aku gunakan sepenuhnya untuk bersama anak2...

2012..

Tahun berganti...

Abang Haziq dah pg school...

Debar jgk, yuran dh byr full.. Jgn la dia buat hal mcm Tadika Ummi Bestari kt kota damansara.. Menangis xmo g sekolah.. Makan bulan jgk br ok..

Disebabkan aku sangat amat berpuas ati dgn taska budak2 ni 'Taska Dil Ilmu', so x plan langsung nk tukarkn haziq ke nurseri lain.. Taska Dil ilmi ni nursery, tp dia siap ade jadual harian.. sedar x sedar haziq dh kenal ABC, abc, 123 sume..

Ujung tahun lepas siap dpt report card perkembangan ailah dan haziq... Dan haziq siap ade buku2 sume... Wahh.. dh la byr jauh lbh murah dr taska Aqilah kt kota damansara... Alhamdulillah... Cuma taska x ade ajar detail, membaca sume.. takat kenal abc.. itu pon dh byk bagus.. Dr sessetengah taska, makan tido je bdk2 kan...

Itu dr segi pembelajaran diorang.. Yg paling amat aku puas ati adalah, dh jarang tgk dorang selsema... ALhamdulillah sgt2... First month masuk taska mmg dedua tgh selsema.. dan dari pertama masuk situ, hingga hari ni aku rs blh dibilang.. dalam 2 - 3 kali je kot dorang selsema.. itu pon x heavy...

Dulu ms kt taska kodam, mmg nk tgk hingus berenti pon susah...

Dan disebabkan itu la, dari taska ke tadika, aku amek van.. byran pon x mahal, pg blk dr taska ke tadika cume RM40 sebulan.. Alhamdulillah..

So first day haziq g sekolah, van jemput 730 dari taska.. bermakna aku perlu siap2kan haziq dari rumah awal.. paling lewat kuar rumah pukol 725.. Dan awal jgk la antar aqilah.. sob sob sob.. sedih pulak...

Haziq pon excited nk g school.. Sementara tunggu van, aku tunggu dlm keta.. saje nk tgk dia naik van.. Pas naik van, aku terus ke tadika dia.. Tadika Cahaya Sri Iman.. Kat situ lama jgk aku tunggu.. mana la van haziq ni.. berdebar2 pon ade.. Ibu pulak yg berdebar lbh...

Dlm 15-20 minit br la nmpak van tu... Pakcik van turun kan haziq dan hantar ke pintu tadika.. Aku pon turun kereta ikut haziq ke dalam.. Maklum la first day kan.. Pesan kt cikgu yg haziq pg blk akan naik van.. Pastikan dia naik van yg betul ye...

Aihh.. sebak rs.. 5 tahun dh kene berdikari turun naik van.. Lepas tu anak aku ni leh tanye lak.. "Ibu, nape ibu datang sini ibu. Ibu balik la, haziq nk school ni..." Adeih.. betuah btl anak aku ni..

Tapi alhamdulillah, dia x nangis..

Makanya rutin aku bersama anak2 juga bertukar... Kalau ak bz lepas ni, makin kurang la masa ngn dorang.. oleh itu aku akn berusaha utk tdk bz n blk lmbt...

Haziq, belajar rajin2.. Ibu doakan haziq menjadi insan berjaya dunia dan akhirat..

Amin..

Tuesday, January 3, 2012

Ape perkara wajib aku buat sebelum start kerja

Setiap hari aku akan smpai ofis dlm pukol 9-930 pagi.. dan selalunya aku la orang pertama smpai.. Walai waktu masuk fleksible, tp ase besalah je dtg lmbt.. hahaha.. tp kalau surfing x ase besalah pulak kan.. tulis blog bagai, fb... ihihi.. janji keje siap ye tak..

Tapi sebelum aku memulakan ape2 kerja, perkara wajib aku buat:

1. Aku akan check email opis dan gmail

2. login FB, tgk kot ade ape2 notification.. Then jengah2 wall kawan2, kalau ade bende2 menarik di share, aku akn sharekan.. dan buat la ape2 yg patut kan..

3. Aku akan bukak utusan dan hmetro..

4. aku baca blog che det http://chedet.cc/blog/ kalau ade ape2 update..

5. Aku akan baca blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ konpom ari2 ade bende baru...

6. Aku baca blog http://www.papagomo.com/... dan akan klik link yg memaparkan kisah2 baru..

7. Aku baca blog http://milosuam.blogspot.com/.. aku kan timbang tara blk ape issue aku baca dr blog pro kerajaan..

8. aku baca jgk http://bm.harakahdaily.net/ utk dapatkan balancing..

9. tak lupa aku akan buka jgk http://www.malaysiakini.com/..

10. Ok, sbb dah baca blog2 heavy, penat fikir dan membuat rumusan di atas bacaan2 tu, aku pon bukak la pulak ohartis.com dan ohbulan.com.. hehehe...

11. Tak lupa blog aku x penah tinggal lg, http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/.. blog yang sempoi.. aku rasa mcm baca novel lak.. Dan kalau ade dlm peberet link di blog aku ade update ape2 aku akan baca jgk... :D

12. Ok, cukop. Aku memerlukan 1 jam lbh utk membaca semua diatas... dan akan start kerja yg tertinggal..

Itu lah dia rutin aku hari2 sblm start keje.. so, sbnrnya sama je kalau aku dtg lewat.. eh tapi walau aku dtg awal keje, blk ttp paling awal kol 7.. so cincai kira, kerje aku ttp 8 jam.. ihihih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news