Monday, December 27, 2010

Aqilah demam panas..


Saat paling mendebarkn.. Kul 3 pg kami ke hosp sg buluh sbb bdn aqilah panas melampau dn aqilah mcm tkujat2..

Thursday, December 23, 2010

Anak Bujang Ibu dan Abah...

Last week sempat servey tadika haziq.. sbnrnya dia more kpd play school.. Dh bujang dah anak ibu sorang ni.. Dah nak pg sekolah dah dia.. Ms lahirkan Aqilah, ade kakak sebelah katil aku tu mmg ade bukak taska, dia kt nk tau taska/nursery yg register under JKM, tgk ade ke tak tiang bendera.. Sbb tu antara pra syarat utk dpt kelulusan..

So aku ngn abah haziq pon meroundla kota damansara cr tadika yg ade tiang bendera.. Jumpa TADIKA UMMI BISTARI kat seksyen 6. Bayaran monthly x mahal sgt, RM150, nursery halfday RM130. Untuk yearly nye fees RM750.. Lepas tu Aqilah pulak x de kosong utk baby..

Servey lg ade satu tu TASKA AMEEN kt seksyen 7, dekat sikit dgn umah aku.. Dia nye yearly fees de  tp monthly dia rm350 utk haziq, rm300 utk Aqilah.. Then 1+1.. pergghh.. seribu lbh jgk la yuran.. Tapi kalau tambah tolak tambah tolak same jgk kot ngn yg Ummi Bistari.. Budak skarang nk sekolah dh mcm budak2 bsr sekolah kan.. Tapi demi anak2, ibu dan abah akan berusaha memenuhinya...


Anak bujang kesayangan ibu dah besar dh... Alhamdulillah haziq mmg anak yg bijaksana... Ibu doakan haziq menjadi anak yg soleh dan dgr kata ibu dan abah.. Memang aku bertuah sbb haziq sgt mudah dan cepat belajar, tumbesaran dia jg agak cepat dibandingkan kanak2 seusia haziq.. Haziq bejalan berumur 9 bln, petah bercakap usia 1 tahun lbh.. setahun lebh dh blh kenal bird, cat, cow, tiger dan ape2 yg dlm buku dia..

  2 tahun Haziq dh x pakai pampers, dh hafal doa makan... Dan kalau pagi2 pg anta haziq dan Aqilah kt nursery, kalau aku bwk beg byk, mesti haziq kt "Ibu, meh haziq tlg ibu angkat beg.." Begitu prihatin nye haziq.. Penah aku menangis sbb selisih faham dgn abah haziq(biasalakan, sedangkan lidah lg tegeget, ahaks..)
Haziq pelok aku, dia kt "Ibu, ibu jgn la nangis.. Haziq sayang ibu tau.." Sejuk hati ibu... Anak se usia 2 tahun dh pandai amek hati ibu.. Aku berdoa, sebegitu juga lah haziq bila dia besar nanti....

Skarang br masuk 3 tahun.. Alhamdulillah haziq dh hafal ABC dan 123.. Cume kenal beberapa huruf.. terutam G.. dan no 5.. sebab ape? Sebab kalau turun lif tekan G, naik lif tekan 5 utk naik ke rumah.. hehehe... Tapi dr umur dia 2 tahun, kalau naik turun lif, mmg tugas haziq utk tekan butang mana, tk yah suruh dh, mmg automatik dia akn tekan.. ihihih...


Mulut nye mmg becok dan mcm org tua je ckp.. Kadang2 kami pon terdiam ape yg dia tegur/tanya.. Ahahah.. Sorry, ibu dan abah pon x lepas terbuat salah.. :D

Tak sabar rasa nk hantar anak ibu ni pg sekolah... Nak melihat perkembangan haziq hari demi hari...

Haziq,
Ibu sayang haziq banyak2..
Kehadiran Haziq dlm kehidupan kami amat bermakna..
Haziq anak yg bijaksana dan baik..
Haziq penenang ibu..
Haziq menghiburkan hati ibu dan abah..
Haziq jg abang yang baik pada Aqilah..
Ibu doakan Haziq menjadi anak yg soleh
Harapan ibu, Haziq menjadi org yang berjaya dan memberi bakti pada Agama, Bangsa dan Negara...
I Love you So Much.. :*

Tuesday, December 21, 2010

Enam Kaedah Kenali Orang Sombong, Bongkak

Manusia, mana ada manusia yg terlepas dr membuat kesilapan kan.. Tp ade jgk yg jenis dah buat silap ke, buat2 xde silap la.. Masih mempertahankan apa dia buat betul.. Aduh.. 

Ok, sbnrnya ade la terjumpa manusia2 yang jenis sombong nya nunnnnnnnnn ke langit... 

Salah satu, percakapan nya tk pernah nk menurun... Semua tinggi2 belaka.. Orang2 sekeliling ni sume x btl.. Sume salah.. Dia je yang btl..  Kalau org lain buat betul pun sbb dia la konon.. Konon2 org tu buat btl sebab dia yg ajar.. Bukan sbb org tu bagus, tp sebab dia... Kalau yg betul, perfect, semua dia... Pening2...Mmg meluat dan semak la rasa org2 mcm ni... Dia x rasa ke org makin meluat nk layan dia? Kadang2 tahap menyampah pon ada.. Tiap jumpa benda2 negative je kuar dr mulut dia tu.. Kadang2 ase jgk nk sumbat ngn dompet.. uhuhuh...

Ade pulak, leka dok mengkondem org, leka dok mengata dan komen orang yg negatif... Tapi lupa nk cermin diri sendiri... Aduh, lg parah... Cam syok sendiri la tu.. Lupa nk letak cermin yang BESARRRRR bila nk berkata2 tu... Tapi hakikat, ckp tk serupa bikin!!

Ape pon, aku jgk sebagai manusia biasa hanya mampu mendoakan org2 ni terbuka hati dan tersedar diri cepat2... Atau, biarkanlah dorang ni terhantuk kepala sendiri, baru sedar diri... Tapi tk jugak, kalau org tu dah mmg jenis angkuh, sombong dan x nmpak kekurangan diri sendiri ni slalu nye smpai bila2 pon dia x nmpak.. yg nampak orang lain je buat salah.. Orang lain yg buruk.. Orang lain yg tak betul.. Aduyai...

Tapi what u give, u get back kan.... Kalau rasa ade ape2 musibah dan kesusahan tu cpt2 la kite muhasabah diri dan fikirkan sedalam2 ape yg kite dah tersalah tidak perasan... Dan perbaiki la mana yg sepatutnya... Itu lbh baik...

Oleh itu, aku pon mencari artikel2 untuk pedoman diri sendiri, cepat2 menginsafi diri... Muhasabah dan scan diri.. Byk kelemahan dan perlu dibaiki.. Kerna aku jua manusia biasa..Huhuhu...

Tujuh Kaedah Kenali Orang Sombong, Bongkak

Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak:
“Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.

Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :

Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.

Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

Kelima, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

Akhirnya yang Keenam kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)


ADAB MELAYAN TETAMU

Entry ni ekceli sbb aku terbaca ade satu blog tu... Dia dok ngutuk sedara dtg n nk mkn skali... Ermmm.. terkesima jap.. Bukan ke sedara tu darah daging kita? Bg aku kalau dh makcik2, pakcik2, anak2 buah,  adik beradik apetah lg, mmg xde nk berkira n kesah nye de dorang nk mkn ape2 yg ade... Means, ape yg ade mkn jerk.. Sbb mereka ni kan dikira tetamu.. dan dh kt sedara mara... 


Errmmm... amat tidak setuju ler gitu... Kalau kite nk mkn skali pon, kalau dh tetamu dtg, jamu je la ape yg ade... sikit sama sikit.. ni tidak, di kutuk nye la sedara tu.. aiyark.. mana kah tata susila dn adab2 kemelayuan dan timur...


Oleh itu utk mengingatkan diri sendiri, maka aku pon search la adab2 melayan tetamu ni... Mana nk tau kita ni mudah alpa.. Utk memperingatkan dan kesedaran diri sendiri, artikel ni pon aku jumpa...


TAZKIRAH AKHLAK ISLAMIYYAH

Siapakah tetamu?
Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi 

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita.Apa ada terhadap tetamu?

Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;

1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir.  Ada juga di antara kita yang tidak mahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alasan
, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.
 
2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang datang layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?
Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.

Apa lagi yang diperoleh? 
Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.

APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
Jagalah adab-adab berikut: 
1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.
3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah. 
4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul.

5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok. 
6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah atau pun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.

Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang. Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.



Monday, December 20, 2010

Test case

Selama 4 tahun lbh aku kerja, projek PERKESO ni la first time aku wat test case.. Sbb x tumpukan perhatian aku jd kekok.. Aiyarks.. Mlsnye nk buat.. Buat sebaris, aku leka surfing.. Apekejadahnye.. Mane nk siapkan.. Huhuhuh... Aku rs nk buat ni renyah sgt2... Dia tk susah, tp renyah.. Uhuhuhu... Lbh suka aku wat coding kalau mcm ni..

Cemana pon aku kene abes kan secepat mungkin, nanti org2 Pharmaniaga nk dtg testing.. Kwang kwang kwang...

Friday, December 17, 2010

Punca Anak Derhaka

 Setiap ibu bapa mengimpikan anak2 yang cemerlang.. Anak2 yang mendengar kata.. Anak2 menurut perintah.. Tetapi masa aku zaman kanak2 dan remaja dulu pon, blh tahan jgk aku melawan mama dgn ayah.. Maklum la jiwa remaja, darah tgh meng gelegak.. Bila igt kan semula, time paling teruk aku melawan mama dan ayah masa aku form 4 dan form 5.. Time tu mmg aku tgh mengidap hyper tyrod. Aku dari berat hampir 100kg turun mendadak dlm masa 2 bln jd 52 kg!!! Perghhh.. masa tu mmg x pasan.. Tau2 seluar ms form 2 longgar gile! Lama kelamaan tengkuk membesar, dan mata aku makin terjojol... Mama syak aku tyrod..

Pg checkup, tiap 2 minggu kene amek darah, mmg sah aku kene Hyper tyrod.. Aku makan la 10 kali sehari, badan aku makin mngurus dan kurus dan kurus... Mcm ade bela pulak.. Aku semakin menjadi memberontak.. Tangan menggigil2.. Tp, sbnrnya bila fikir2 blk, aku kuat melawan sbb ayah suka naik tangan, naik tali pinggang kat aku.. jiwa aku memberontak... Nak2 aku ade tyrod.. time tu mmg akal pendek.. 



Tapi, sblm mama belajar ke australia, dan masa tu ayah kerja di kuantan, maka aku perlu utk operation.. Sbb kesiahatan sgt tidak stabil.. Aku belajar di UM masa tu.. mmg terkontang kanting la aku kt kl.. dgn tyrod makin membesar.. Last2 dr PPUM terus transfer case ke hospital pantai.. Masa tu sekitar tahun 1998... Kalau nk tunggu operate kt PPUM mmg lambat la lg... Dah la kene telan ubat bepuloh2 biji sehari.. 


Kt Pantai, doc mmg suh aku operate cpt sbb kesan jangka masa panjang sgt teruk.. So, dorang bg ubat utk stabil kan dulu hormon dlm ms sbln.. Lps sebulan cek, hormon stable terus la kene belah leher aku ni.. Dan meniggal kan parut hingga kini.. Dedua tyrod aku bersize 5 cmX4c.5 cm.. So dorang tinggalkanla sikit.. Kalau tk x leh la aku beranak..


Awal2 operation mmg suara aku jd suara katun.. ihihih.. Alhamdulillah aku semakin stabil.. emosi makin stabil.. Kalau tk aku nk marah je, tgn menggigil2... kdang2 leh tetiba tejatuh x sedar.. 


Setelah lama meningkat dewasa, aku mmg tak mahu anak2 buat mcm ape aku buat.. biasa la tu kan.. Tp, mmg jujur, dulu dr kecik2 aku ni mmg kurang sentuhan kasih sayang mama ayah aku.. Ayah segarang2nye dgn aku.. Dgn anak lelaki di pelok di belai.. Sedih.. Bila igt kan semua mmg ade secebit dendam.. sebab bila marah, kepala aku di hantuk je dinding, tali pinggang dilibas smpai aku lembik2 dan berdarah2 belakang badan.. Mama penah tampar aku dn telinga aku terkoyak dn berdarah.. uhuhuh.. Ms tu mmg nekad aku "Aku akn belajar rajin2.. aku akn buktikan aku leh berjaya.. Aku akn buktikan dorang dh tua esk, aku yg jaga.." Sbb slalu kalau gaduh ngn angah, aku kene terok dgn ayah... tp, aku redha je.. Semasa aku remaja, aku x rasa pelukan.. Mungkin ramai je mcm tu.. Tp, bila tgk kawan2 aku yg manja ngn mak masing2, aku mula la touching2.. 


So, bila aku meningkat dewasa ni, aku pon fikir, kalau dulu mama jarang pelok aku, aku sebagai anak akn pelok mama... Jadi tiap kali berjumpa pasti aku akn pelok dan cium mama.. Walau mcm mana dunia remaja aku dulu aku x dpt, akn aku beri pd anak2 insyaAllah.. Bukan kesenangan dan harta benda, tp aku rs the quality of relationship dlm keluarga.. Dan walau ape pon, aku ttp sayang mama sepenuh jiwa aku... Masing2 ade cara masing2.. Mcm tu jg mama.. Dan mungkin kerana cara mereka lah aku berjaya seperti aku sekaranggg.... Alhamdulillah... Dan kerana mereka jgk la aku secekal dan setabah ini utk menghadapi segala dugaan.... InsyaAllah...


Skarang mama dh keseorangan, walau ape jd aku akn cuba utk membahagiakan mama... Ayah dah ade org baru, semoga dia bahagia dgn jalan yg dia pilih.. 


Mama, kakak mohon maaf semua kesilapan, dan keterlanjuran perilaku kakak... Semua tu bukan disengajakan.. Yelah, kan berkata 'Ahhh..' pada ibu bapa pon dikatakan derhaka dan berdosa besar... Huhuhu.. betapa besar nya kan kalau menjawap2 tu.. Ape pon, aku akn cuba yg terbaik dlm mendidik anak2.. Sbb dulu kita x rasa, kita leh kata.. Skarang, kau beranak, tau la cemana nk didik anak masing2.. INsyaAllah, ats restu dan doa kedua org tua, aku harap semua dipermudahkan.. Mana ada mak x nak anak mereka berjaya kan...


So artikel di bawah adalah utk diri aku dan dikongsikan utk sesapa tersesat baca blog ni.. Pedoman utk semua...

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:- 

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips; 

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).


2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. 

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. 

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 


12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Tuesday, December 14, 2010

Setting mood... Part II - 15/12/2010






10/08/2002 adalah tarikh program Koir kat UTM skudai, kami adalah pengiring je pon.. tp org dok praktis Koir, kami pon Declare as a Merpati Sejoli.. Ahahaha... Setelah mcm2 dugaan la, sama ada nk teruskan persahabatan ke tdk ke mahu ke.. Akhirnya sama2 mengambil keputusan utk redah je...

Alhamdulillah berkat doa dan restu org tua perhubungan kami, maka masa kovokesyen kami tahun 2005, maka pertama kali la pertemuan kedua org tua di stadium bukit jalil... Alhamdulillah... Lepas tu, Kami pon membina kehidupan utk mengukuhkan pendapatan utk mengikat dan menapak selakah lg ke hadapan...

Thn 2006 adalah tahun dimana kami Selamat di ijab kabulkan... Alhamdulillah.. We start everything from zero. Kami bersama2 bekerja keras demi merealisasikan impian bersama2... ALhamdulillah....

Tarikh 15/12/2006 adalah tarikh kenangan terindah aku dengan Dia... Kami dinikah kan oleh ayahanda tercinta Md Zain Silong di rumah Seremban 2... Kami berbulan madu di Langkawi selama seminggu.. ngeh ngeh ngeh..

Sepulang dr Langkawi, berita gumbira diterima.. Maka bermula la pembesaran Haziq dlm perut.. Ahaks.. 

Kehidupan yg di bina tk semudah yg dibayangkan.. Kami melalui pelbagai susah senang bersama, jatuh bangun tk terkira.. Tapi mengalah tidak sekali.. Tetap berjuang utk melahirkan khalifah Allah yg dinanti2kan.. 

Lahir nya Haziq, kami di menerima berita gembira, Dia di terima KPLI.. Maka akn berada di maktab selama setahun. Demi masa depan, aku harungi membesar kan Haziq sorang, Tp ujung minggu Dia tak pernah tak balik... Menjenguk isteri dan anak..

Alhamdulillah.. Skarang pon Anak dara kami pon dh lahir.. Melengkapkan lg ahli keluarga kami.. Merapatkan lg perhubungan antara satu sama lain...

Dia adalah insan yang paling istimewa...
Dia anugerahkan Allah untuk aku dan anak-anak..
Dia mengajar aku erti kasih dan sayang..
Dia mengajar aku erti kehidupan..

Dia juga adalah insan yang sentiasa bersama aku walau susah dan senang...
Dia tidak pernah jemu dalam melayan karenah aku..
Dia tidak putus-putus memberi semangat..
Dia satu-satunya insan yang sama bersusah sama bersenang..

Dia adalah satu satu nya insan yang menerima aku se adanya aku..
Dia satu satunya insan menerima kelemahan diri ini...
Dia adalah sahabat, suami dan pendidik aku...

Dia insan yang sentiasa memberi aku kekuatan dalam menempuh kehidupan yg penuh pancaroba..
Dia membuatkan aku benar2 rasa dihargai..
Dia membuatkan aku benar2 rasa dicintai..
Dia membuatkan aku benar2 rasa disayangi..
Dia membuatkan aku benar2 rasa bahagia..

Dia yang teramat aku cintai...
Dia terlalu istimewa buat aku..
Dia adalah segala galanya bagi ku..
Dia itu adalah Zulhadid Asfari B Jamaludin...

Abang,
Happy anniversary ke 4..
I love you so much...




Sunday, December 12, 2010

Setting mood... Part I - 15/12/2010

 Rasa happy dan bahagia sangat2... Sedar tk sedar, hampir 4 tahun berlalu... Kami memulakan kehidupan kami start from zero... After almost 4 years, setelah susah senang dilalui bersama, Alhamdulillah.. Boleh dikatakan kehidupan kami kini stabil... Aku bersyukur telah dikurniakan seorang suami yang amat memahami.. Seorang suami yang sangat2 menyayangi diri ini.. Zulhadi Asfari B Jamaludin..

Teringat kali pertama ku recognize muka insan bernama Zulhadid di Program Anak Angkat anjuran Kelab Korporat Muda Unitar.. Di Bagan Dato.. Masa tu Dia belakon watak Tenggelam Sigh Walia.. Hahah.. Mmg lawak.. Ms tu x pernah pon terfikir aku akn kawen dengan Dia..

So bila dh ternampak sekali tu,  slalu pulak nampak Dia dkt Unitar.. Skali nampak tetiba berdebar2.. Hahahaha.. Pd hal Dia tk de perasan pon kot aku.. So tiap kali bertembung kat workstation ke, kt kaki lima unitar ke, mmg berdebar2 dan mata x lepas pandang. Ahakssss.. Gatal nye Mardhiah ni ye.. 

Tahun 2002 adalah penubuhan kelab wawasan, setelah berkali2 proposal di tolak... Kami MT pon iklan la untuk mencari Exco2 utk setiap bahagian.. Maka satu masa menunggu calon2 masuk interview, Dia pon masuk.. Alamak mcm terpanah petir lak rasa.. Maklum la kan cm tk percaya lak tu.. Ahahah.. Ape lg, yg menginterviewnye lak aku kan.. Ahaha.. LULUS saje semua.. ahaks..

Mungkin itu la org kata jodoh kan.. Dia jd EXCO logistik, aku tk lupa sume tu.. ehehehe.. Kebetulan first program Perasmian Kelab, Dia jd Pengarah Projek.. Aku jd Penasihat... Maka nya perkenalan semakin akrab.. Memula tu kami cakap bahasa kan diri KAU dan AKU je.. 

Tetiba dlm masa bersama2 program, motivasi dan mcm2 program tu, tetibo lak Dio anta msg membahasakan diri Adid dan Iema.. Alamak... Cam berdebar2 lak.. Pastu Dio asek nk ajak lepak samo yo.. Alamak.. Rupa2nya aku dlm suke2 tu, bukan betepuk sebelah tangan.. Ahaks.. Hati berlagu riang... 

Di atas bumi ini ku berpijak
pada jiwa yang tenang di hariku
tak pernah ada duka yang terlintas
ku bahagia

ingin ku lukis semua hidup ini
dengan cinta dan cita yang terindah
masa muda yang tak pernah kan mendung
ku bahagia

dalam hidup ini
arungi semua cerita indahku
saat-saat remaja yang terindah
tak bisa terulang

ku ingin nikmati
segala jalan yang ada dihadapku
kan kutanamkan cinta tuk kasihku
agar ku bahagia 

Lagu tema tu masa tu... hahaha....

Tetiap hari Dia ajak g Unitar sama2, jumpa n study kt library sama2.. Dia yg jarang dok library skang pon rajin yo kan.. Nak e time tu Dia adolah mintak tlg ajar beberapa subjek, termasuk subjek IS.. Sbb Dia amek BA Major IS... Maka semakin akrab la hubungan itu.. Tp sememang nye keakraban itu hanya hubungan sahabat... Sebab masing2 terikat dgn hubungan masing2... Dia pulak makin lama makin membataskan aku utk berkawan rapat dgn kawan2 yg lain sbb jeles la tu.. Tapi x ckp direct ponnn.. Aku yg time tu mmg suke, seronok je la kan.. ahahah...

Walau tiada ikatan sebagai pasangan kekasih, namun hari2 aku seronok utk ke Uni setiap hari bertemu Dia.. 

Bersambung Part II.. :D

Friday, December 10, 2010

Anak dara ibu dan abah..


Kejap je aqilah dh 7 bln lbh.. Pejam celik je rasa.. Msh minum susu ibu, Alhamdulillah.. Pertumbuhan pon cpt mcm abg haziq..
sebln dh blh guling2,
2 bln lbh dh menyusur,
4 bln dh angkat punggung dn tumbuh gg 2 batang,
5 bln dh merangkak,
6 bln dh duduk sendiri,
kini dh berdiri2 dn meniti..
Ibu berdoa agar Aqilah menjadi anak yang baik dan mendengar kata ibu dan abah.. Ibu juga ingin anak2 ibu berjaya... Supaya kejayaan kalian dpt membantu dan memaju serta memperkasakan Bangsa, Agama Dan Negara... Aminn...



Thursday, December 9, 2010

Fahami Istilah”Ketuanan Melayu”

Di petik dari blog : http://rmf7.wordpress.com/2010/12/08/fahami-istilahketuanan-melayu/

Oleh rmf

Didalam posting saya yang lalu saya telah memberikan penekanan pada para pembaca agar memahami konsep ketuanan Melayu, perlembagaan dan Kedaulatan. Pada kali ini saya rangkulkan semua sekali melalui post yang diambil melalui pensyarah Undang-Undang dan ternyata benar bahawa Ketuanan Melayu bukan merujuk kepada “tuan” dan “hamba” didlam negara kita ini.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang berbangsa Melayu dan masih tidak memahami atau lebih mudah dipanggil” Warganegara Murtad” elok la memahami secara jelas pakah yang dinamakan Ketuanan Melayu, kenapa dikaitakan dengan Perkara 152, 153 dan Perkara 32, 39(6), 40(2), 66, 63(5), 66, 159(5), – Fahamilah dengan sejelasnya.

Sesungguhnya kenyataan pemimpin pembangkang yang berbangsa Melayu yang mempertikaikan dan mengusulkan penghapusan ketuanan Melayu bukan semata mata membabitkan ketuanan Melayu. Ia sebenarnya mempertikaikan ketinggian dan keluhuran Perlembagaan. Ketuanan Melayu yang wujud didlam Perlembagaan.

Kenyataan itu juga, hakikatnya mempertikaikan perjanjian sosial didalam negara ini. Ia memberikan implikasi nagetif yang besar didalam sejarah, hubungan antara kaum, sistem pentadbiran dan juga perlembagaan negara.

Jika seseorang itu benar benar jujur dan ikhlas mendokong dan menghormati prinsip ketinggian perlembagaan, dia tidak seharusnya mempersoalkan sesuatu yang sudah lama diamalkan dan diiktiraf Perlembagaan seumpama ketuanan Melayu.

Mungkin ada diantara kita mencari maksud sebenar perkataan : ketuanan Melayu tetapi tidak pernah menemuinya didalam perlembagaan dengan jelas ( setengah pihak menterjemahkan kedalam bahasa Inggeris ialah Malay Supremacy). memamng benar ketuanan Melayu atau Malay Supremacy tidak disebut secara harfiah dalam Perlembagaan.

Ketiadaan istilah ini tidak bermakna Ketuanan Melayu tidak diperakui didalam Perlembagaan. Semangat ketuanan Melayu wujud dalam banyak peruntukan perlembagaan.

Kata asal “ketuanan” ialah “tuan”, “tuan” bermakna diantara lain ialah pemilik atau orang lain menghambakan diri. Merujuk kepada makna literal ini, ada yang berhujah bahawa istilah ketuanan Melayu ini tidak tepat kerana mengambarkan Melayu sebagai tua dan bangsa lain sebagai hamba. Pemahaman begini adalah disifatkan pemahaman simplistik.

Ini bukan maksud ketuanan Melayu yang sebenarnya, walaupun perkataan “ketuanan” berasal daripada perkataan”tuan”. Ianya tidak bermaksud mengambarkan bukan Melayu adalah tetamu atau hamba kepada bangsa Melayu.

“Ketuanan” bermakna “Kedaulatan” yang berasal daripada ‘Daulat’.'Daulat’ bermaksud, antara lain ‘Kuasa’ yang dikhususkan kepada Raja dan “kedaulatan” bermakna , kekuasaanyang tinggi (rujuk kamus dewan}. Istilah Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan Mel;ayu yang membawa maksud keutamaan dan ketinggian Raja -Raja Melayu.

Ketinggian Raja-Raja Melayu amat jelas kedudukannya didalam Perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang D-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara ( Perkara 32), manakala Raja-Raja dan Sultan pula adalah Ketua Utama bagi negeri masing masing.

Pindaan Perlembagaan berkaitan kedudukan dan kuasa raja seperti membolehkan tindakan perundangan peribadi keatasa Raja dan kuasa berkaitan perkenan Raja keatas Rang Undang-Undang ( Perkara 32 dan 66) tidak bermaksud menidakkan ketinggian Raja-Raja sebagai Ketua Utama Negara. Pindaan terbabit menjadikan sistem Raja kita lebih relevan dalam amalan demokrasi.

Kuasa Raja mengenai beberapa perkara penting yang lain kekal dan termaktub didalam Perlembagaan (Lihat Perkara 159(5)).Perlembagaan jelas meletakkan Raja-Raja sebagai Ketua Utama negara (Lihat Perkara 32 dan boleh dirujuk kepada Perkara 63(5)). Ini menunjukkan bahawa semangat tradisi dan warisan sistem beraja sebagimana dipersetujui ketika merdeka kekal mendapat mandat Perlembagaan.

Apabila disebut ketinggian kedudukan Raja-Raja ianya tidak bermaksud untuk mengenepikan ketinggian Perlembagaan. Kedudukan tertinggi Raja-Raja hendaklah dibawa bersama-sama dengan ketinggian Perlembagaan.

Untuk makluman semua , kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Oleh itu menurut prinsip keluhuran perlembagaan, Raja-Raja tertakluk kepada Perlembagaan. Raja -raja tertakluk kepada Perlembagaan, Perlembagaan memperuntukkan dalam kebanyakkan hal Raja -Raja tidak mempunyai Kuasa Mutlak kecuali dalam perkara-perkara tertentu ( lihat Perkara 39(6),40(2)).

Selain daripada kedudukan tertinggi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan bagi setiap(9) negeri Melayu meletakkan syarat bahawa Mernteri Besar hendaklah seoarang berbangsa Melayu dan beragama Islam .Peruntukan ini menjelaskan lagi bahawa bangsa Melayu yang beragama Islam diberikan pengiktirafan sebagi ketua bagi kerajaan negeri negeri Melayu.

Dalam sudut lain, adakah salah sekiranya istilah ketuanan Melayu digunakan kerana sejarah sudah dan telah membuktikan bahawa Melayu adalah pemilik tanah ini. Adakah Istilah ketuanan Melayu memberikan kesan yang mendalam keatas hubungan kaum lain di malaysia sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan?

Atau, adakah istilah sebegini cuma gimik politik? Adakah kita membunag masa bertelagah dan berdebat mengenai sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan manfaat, akan tetapi lebih kepada kemudaratan.

Tiada siapa yang dapat menyanggah bahawa Melayu adalah pemilik asal tanah ini. Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa atas dasar ini Perlembagaan mengiktiraf kedudukan Melayu dan Raja -Raja Melayu. Sesiapa juga tidak dapat menolak hakikat bahawa kedudukan ini adalah hasil maufakat semua kaum.

Oleh itu. tidak salah sekiranya istilah Ketuanan Melayu ini terus digunakan. Ia hanya mengekalkan apa yang sudah ada dan bukan mencipta sesuatu yang baru dan bertentangan dengan Perlembagaan. Memperakui pemilikan dan ketuanan Melayu tidak bermakna Melayu boleh bertindak sesuka hati. Melayu sendiri sudah memperakui sistem perlembagaan yang dimaktubkan.

Melayu yang sedar bahawa didalam sistem ini tiada satu apa pun yang mutlak, kecuali diiktiraf oleh perlembagaan. Kedudukan dan kuasa (sesiapa sahaja) sentiasa disertai dengan sekatan tertentu. Oleh yang demikian ketuanan dan kuasa Melayu tidak perlu dikhuwatiri kerana Perlembagaan sentiasa mengawal selia kuasa berkenaan.

Dalam sistem Perlembagan yang ada ketuanan Melayu tidak mengancan kedudukan bangsa lain. Perlembagaan seperti sifatnya mempertahankan hak hak warganera( bahkan juga-dalam keadaan tertentu, hak hak bukan warganegara)

Mengetengahkan perkara seumpama ketuanan Melayu dalam memenuhi agenda politik amatlah tidak adil pada negara dan rakyat. Ia mendatangkan lebih banyak mudarat daripada manfaat. Ia banyak mengundang implikasi nagetif daripada p[ositif.Ini amat tidak wajar dilakukan walau sesiapa pun demi KEDAULATAN NEGARA ini.

Ahmad Ibrahim UAIM ( Fakulti Undang-Undang)
Berita Harian 7 Disember 2010

Wednesday, December 8, 2010

Penangan tido lambat dek kerana nescape kt umah mertua..

Smalam pas g chowkit cr tmpat nk letak gelang utk dijual di pasar malam, singgah ke kepong.. Seperti biasa, kami bukan tk balik2.. Sblm2 ni pon, singgah je.. Itu pon ade org ckp mcm2.. Adehh.. Lantak korang la.. Hidup korang, pandai2 la korang uruskan.. KOrang akn ke depan jgk, korang rasakan la sendiri pahit manis maung susah hidup.. Skang leh la nk berkokok mengata macam2.. Yang pasti Allah itu Maha Adil..

So smpai2 kepong, lepak2 bercerita ngn mak mertua, pak mertua ngn kak long.. Alhamdulillah abg long dh kerja.. InsyaAllah, aku yakin.. Suatu hari mereka akn berjaya jg, cuma skarang adalah tempoh ujian buat kak long, bang long, dan juga mama dan papa.. Aku benar2 salute la ngn kak long, benar2 bersabar dengan dugaan dan ujian dari Allah.. Org blh kata dia mcm2, tp dia jg manusia biasa.. Kalau org lain kt tmpt dia pon blm tentu leh hadapi semua tu.. So tk payah la nak ngata mcm2.. Kalau mak2 bapak2 kite yg kmen aku leh accept jerk, ni awak hidup pon masih x lepas, nk ngata org tu mcm2.. ayoyoyoy.. cermin la muka tu dulu..

Apa pon, setiap benda dijadikan pasti ada hikmahnya.. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik utk hambanya.. Selain kite berdoa, usaha jgk penting..

Lepak kepong sampai hampir kol 10 mlm.. Walau hati ini agak terluka memimikirkan kata2 yg sgt menyakitkan utk didengar, namun aku redha.. Yang penting, aku akn pastikan suami ku tidak sesekali melupakan tanggung jawabnya pada family, biar la org nk kata apa, yg penting selagi nyawa di kandung badan, akn kami berjuang hingga ke hembusan nafas terakhir..

Biasa la, kita x leh sekat ape org nk kata kita.. Kita hanya blh doakan aje org tu sedar diri... Atau biar dia lalui sendiri apa yg kami lalui.. hai laa...

Monday, December 6, 2010

APIIT

Sampai2 aku kt Apiit, agak terkujat beruk mak yeh la jgk aku.. majority aku jumpa sume foreigner.. Uhuhu.. pak negro nye, pak arab nye, iran nye, pakistannye, india mari pon ade.. mata2 sepet pon ade.. aku rs dr jepun kot.. Mmmg kene skipping la pasni kalau dpt mengajar sini..

Aku rasa ni la sessi interview paling lama penah aku attend.. Panel ade 2 org, satu head IT nye course, asal India aku rasa.. Sorang local indian, dr HR department... Interview ni pon x ase cm interview.. sume sessi soal jawab... Tau2 sejam lbh!!!! Gile lama... 230 masuk, 335 abes.. then dia terus kt aku selected utk second interview... kene wat mock teaching.. So aku leh tunggu ke, sbb nk abes kan candidate lain dulu.. Or aku nk dtg lain kali? Aku kt aku mmg dh prepare slide sbb HR depa yg call suh sediakan utk mock lecture..

Maka berjambang berjanggut la aku menunggu... Pd hal 2 org je pon...Sementara tunggu org lain interview, sempat la aku memerhatikan gelagat2 depa ni... Kol 4 ramai dh lecturer start blk.. Wah best nye kalau mcm ni, xde kelas leh balik.. ihihihi..

Kol 430 br la sorang tu abes interview.. Maka bersiap sedia la aku utk mock lecture, skali kene g class room, memula berdebar jgk la kalau dorang btl2 nk suh student dgr.. Rupa2nya 4 org lecturer!! halamak...

Maka bermula la ceritera rekaan aku... Dorang lak tanya2 soalan.. Aku pon jawab je men bantai.. pd hal mmg aku tahu salah pon!! Ahahahha...

So, sekali lg terpulang la pd naseb badan dan rezeki yg Allah nk beri... Kalau ade rezeki, ade la kot... Kalau tk dpt, pasti ade hikmah nye... Dan sekali lagi seperti biasa, ayat2 menyedapkan diri sendiri.. ngeh ngeh ngeh...

Touch n Go

Hati mmg berdebar2.. Kat Touch n Go,skali masuk2 4 org panel! 2 lelaki 2 perempuan... Halamak.. Tp perasaan ni x secuak ms interview pas abes blaja, mungkin sbb dh ade experience..

Sorang panel tu punya la suka memprovoke aku.. Tp aku tau dia saja nk uji tu.. Aku x la rs cm interview sgt, rs mcm wartawan lak tanya.. hahahahha... Memula suh perkenalkan diri, sorang ni suh aku terangkan blk semula n suh aku bercerita in sequence.. Aku gelak je, aku kata byk sgt nk cerita, tu yg terlompat2.. ceh... sempat lg meenjawab..

So, cerita la blk semula.. pastu sorang2 tye psl history aku, tye ape aku buat, cemana leh kerja sambil belajar, tanya mcm2 la.. rs mcm kene interview oleh reporter lak.. ahahha... mmg x rs mcm interview pon.. rs mcm sessi soaal jwb utk berkenalan.. Siap gelak2.. Siap dorang bg situasi cemana nk tackle kalau ade masalah ngn system.. Seb baik semua dpt di tangkis dn dijawab.. Btl ke tdk, aku bantai jer..

Last2 sorang panel yg dari awal smpai akhir provoke aku tu tye, kalau kami bg awk jawatan Project Manager ke, atau team lain blh tk? Aku terkaku jap, aku x sempat jawab, sorang panel bg jawapan, kalau PM, gaji pon mesti nk PM jgk kan? Har har har.. cam tau tau je dlm pale aku... so aku pon senyum je la..

So, tatau la aku ade peluang ke tak, sbb last2 tu dorang tye ekceli apsal aku nk cr kerja lain, sbb dia kt Touch n Go x ada career enhancement pon, maintain pon existing system, lain la cmg, vendor.. project masuk je.. Pastu dgn jujur aku terlepas, sbnrnya sbb aku x tahan dgn workload.. Aduih... x niat nk memburuk kn cmg atau mengkantoi kan diri sendiri... tp mmg itu la hakikatnya... Position aku yg rendah, kene wat kerja system analyst, even meeeting ngn client pon aku jgk... jaga team pon haku.. Mmmg sesungguh nye aku rs unfair untuk diri sendiri... Ape2 je lakan.. Kalau ade rezeki, ade la... kalau tk, aku yakin pasti ada hikmahnye...

Saturday, December 4, 2010

Nizam kawen..

Pg g uitm dulu amek gambar konvo.. pastu terus shoot ke melaka.. Betolak jam 11 dr shah alam.. punya la sesat rabat, smpai umah nizam kol 430.. ngam2 majlis abes.. aiseh.. pd hal ms kecik2 dulu penah dok tanjung keling.. Tp yelah dh kata kecik2, mana la nk igt kan... Seb baik la masih ade makanan kenduri.. Apa lagi, abang siap tambah dua pinggan.. hihihi...

Blk singgah umah pak 'im kat podeh.. Pas maghrib, terus shoot ke kota damansara.. Semua keletihan yg amat.. perjalanan sehari.. Esok nk kene prepare utk interview lakss... Wahhhhhhhhhhh... tetiba berdebar2...

Thursday, December 2, 2010

Skali dua daaa....

Rabu aritu br je submit cuti utk next week isnin, sbb aku ade 9 hari lg annual leave dan 4 hari lg replacement leave.. di sebabkan cuti maal hijrah, aku amek la skali harung...

Lepas meeting ngn team utk project perkeso, dr Touch n Go.. Shortlisted as System Analyst... So aku pon mintak isnin pagi...

Skali tgh meeting ngn org pharmaniaga dpt lg call. Dari APIIT pulak... IT lecturer post.. Halamak... Isnin je la aku cuti pon, so mintak la isnin tgh ari...

Pergghhhh sehari ade 2 interview tu.. Mampukah aku??? Seperti biasa, moto aku Redahkan aje.. Dpt tk dpt blakang cete.. Mana tau rejeki kan... InsyaAllah...

Ape pon seperti biasa berdebar2 la sbb bertahun2 aku x g interview yg btl2 interview yg aku mintak job...

Ms Uitm panggil interview aritu aku x mintak, dorang yg panggil... Tapi ats alasan aku dh bekerja, maka semua dak kelas aku yg g interview tu x dpt... dorang amek dak degree.. nk suh sambung phd.. xpela.. aku yakin ade hikmah nye..

Maka aku perlu la persiapkan diri utk kedua2 interview kali ni.. dedua post berbeda, dan utk APIIT aku kene prepare mock lecture.. Harap2 ade la salah satu sangkut.. Harap2 la... Tp x semua yg kite harapkan tu akn dpt kn...

Tuesday, November 30, 2010

SRS Setel!!

Alhamdulillah.. Suffer 3 minggu menyiapkan document SRS dan URS bakal berakhir!!! YAhooooooooo.. No more stay up, no more going back late from office, no more stressss... Cume ade la nk baiki sket2... Ok what, 3 minggu setel sume siap dpt sign off!!!

So pas ni kene wat data migration format, dan jgk setup projek, what eve developer dh buat, kene la update... Rs rengan sket beban x yah wat coding dh.. Event title aku masih 'Senior Software Developer'. Tapi aku la system analyst, aku la g meeting jumpe user... Kalau di igt n difikirkan mmg rasa down..

Dh la thn ni langsung x de increment, kerja buat x sesuai dgn title aku.. Tp itu bukan alasan utk aku tk wat kerja bersungguh2.. sbb aku telah diberi tanggungjawab dan telah diamanah kan.. Cuma rasa agak tidak di hargai la....

Takpe la.. tunggu dan lihat je la kan... Ape pon, kerja tetap kerja..

Walau mcm mana pon, aku ttp menghargai setiap detik dan saat aku bersama CMG. Dari zero, tatau benda, byk aku pelajari kt sini.. Aku tetap menghargai dan berterima kasih dgn CMG yg memberi aku duit gaji bulan2 tanpa fail plus bonus 2 bln.. Mana la nk dpt kt tmpt lain kan..

Ape pon, kita kene bekerja dgn ikhlas dan hepi.. Supaya tk la rs stress sgt.. hooraayyy!! (nk menyedapkan ati sendiri la tuuuu.. ngeh ngeh ngeh)

Monday, November 29, 2010

Friday, November 26, 2010

Cuti Seminggu...

Seminggu ni cuti, tak banyak benda buat...

Tetap hantar budak2 ke nursery, aku dn husband keluar cari barang2 untuk meniaga di pasar mlm.. Cuma hari jumaat tk hantar budak2... Kami berjalan ke melaka melawat adik bongsu abang, ziyad..

Tido kt hotel RM80 hengget semalam, apa lagi terus booking smpai hari ahad.. Skali ade pijat da!! Patut la murah.. tp mmg aku dan anak2 x kene.. hik hik hik.. pandai pepijat tu cr mangsa, abahnye aje yg kena...

Sabtu bawak bdk2 g MITC.. Seronok btl haziq, ade mcm2 permainan dlm tu... KFC ade buat event.. Cadang2 nk pg zoo ptg tu, tp x jd sbb haziq keletihan.. x syok pulak nanti kan...

hari ahad pg cadang nk g, sekali abang br teringat janji ngn iwan nk pergi melawat org sakit... So cancel plan.. next time leh pg kan...

Ape pon seronok sgt2 bila tgk anak2 seronok.. Aqilah mmg jenis x kesah, kemana aje kami bwk jalan, x kira waktu, dia hepi je... x meragam pon.. Alhamdulillah..

Isnin kerja blk.. alahai.. kejap nye la masa berlalu habes cuti seminggu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news