Thursday, December 9, 2010

Fahami Istilah”Ketuanan Melayu”

Di petik dari blog : http://rmf7.wordpress.com/2010/12/08/fahami-istilahketuanan-melayu/

Oleh rmf

Didalam posting saya yang lalu saya telah memberikan penekanan pada para pembaca agar memahami konsep ketuanan Melayu, perlembagaan dan Kedaulatan. Pada kali ini saya rangkulkan semua sekali melalui post yang diambil melalui pensyarah Undang-Undang dan ternyata benar bahawa Ketuanan Melayu bukan merujuk kepada “tuan” dan “hamba” didlam negara kita ini.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang berbangsa Melayu dan masih tidak memahami atau lebih mudah dipanggil” Warganegara Murtad” elok la memahami secara jelas pakah yang dinamakan Ketuanan Melayu, kenapa dikaitakan dengan Perkara 152, 153 dan Perkara 32, 39(6), 40(2), 66, 63(5), 66, 159(5), – Fahamilah dengan sejelasnya.

Sesungguhnya kenyataan pemimpin pembangkang yang berbangsa Melayu yang mempertikaikan dan mengusulkan penghapusan ketuanan Melayu bukan semata mata membabitkan ketuanan Melayu. Ia sebenarnya mempertikaikan ketinggian dan keluhuran Perlembagaan. Ketuanan Melayu yang wujud didlam Perlembagaan.

Kenyataan itu juga, hakikatnya mempertikaikan perjanjian sosial didalam negara ini. Ia memberikan implikasi nagetif yang besar didalam sejarah, hubungan antara kaum, sistem pentadbiran dan juga perlembagaan negara.

Jika seseorang itu benar benar jujur dan ikhlas mendokong dan menghormati prinsip ketinggian perlembagaan, dia tidak seharusnya mempersoalkan sesuatu yang sudah lama diamalkan dan diiktiraf Perlembagaan seumpama ketuanan Melayu.

Mungkin ada diantara kita mencari maksud sebenar perkataan : ketuanan Melayu tetapi tidak pernah menemuinya didalam perlembagaan dengan jelas ( setengah pihak menterjemahkan kedalam bahasa Inggeris ialah Malay Supremacy). memamng benar ketuanan Melayu atau Malay Supremacy tidak disebut secara harfiah dalam Perlembagaan.

Ketiadaan istilah ini tidak bermakna Ketuanan Melayu tidak diperakui didalam Perlembagaan. Semangat ketuanan Melayu wujud dalam banyak peruntukan perlembagaan.

Kata asal “ketuanan” ialah “tuan”, “tuan” bermakna diantara lain ialah pemilik atau orang lain menghambakan diri. Merujuk kepada makna literal ini, ada yang berhujah bahawa istilah ketuanan Melayu ini tidak tepat kerana mengambarkan Melayu sebagai tua dan bangsa lain sebagai hamba. Pemahaman begini adalah disifatkan pemahaman simplistik.

Ini bukan maksud ketuanan Melayu yang sebenarnya, walaupun perkataan “ketuanan” berasal daripada perkataan”tuan”. Ianya tidak bermaksud mengambarkan bukan Melayu adalah tetamu atau hamba kepada bangsa Melayu.

“Ketuanan” bermakna “Kedaulatan” yang berasal daripada ‘Daulat’.'Daulat’ bermaksud, antara lain ‘Kuasa’ yang dikhususkan kepada Raja dan “kedaulatan” bermakna , kekuasaanyang tinggi (rujuk kamus dewan}. Istilah Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan Mel;ayu yang membawa maksud keutamaan dan ketinggian Raja -Raja Melayu.

Ketinggian Raja-Raja Melayu amat jelas kedudukannya didalam Perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang D-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara ( Perkara 32), manakala Raja-Raja dan Sultan pula adalah Ketua Utama bagi negeri masing masing.

Pindaan Perlembagaan berkaitan kedudukan dan kuasa raja seperti membolehkan tindakan perundangan peribadi keatasa Raja dan kuasa berkaitan perkenan Raja keatas Rang Undang-Undang ( Perkara 32 dan 66) tidak bermaksud menidakkan ketinggian Raja-Raja sebagai Ketua Utama Negara. Pindaan terbabit menjadikan sistem Raja kita lebih relevan dalam amalan demokrasi.

Kuasa Raja mengenai beberapa perkara penting yang lain kekal dan termaktub didalam Perlembagaan (Lihat Perkara 159(5)).Perlembagaan jelas meletakkan Raja-Raja sebagai Ketua Utama negara (Lihat Perkara 32 dan boleh dirujuk kepada Perkara 63(5)). Ini menunjukkan bahawa semangat tradisi dan warisan sistem beraja sebagimana dipersetujui ketika merdeka kekal mendapat mandat Perlembagaan.

Apabila disebut ketinggian kedudukan Raja-Raja ianya tidak bermaksud untuk mengenepikan ketinggian Perlembagaan. Kedudukan tertinggi Raja-Raja hendaklah dibawa bersama-sama dengan ketinggian Perlembagaan.

Untuk makluman semua , kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Oleh itu menurut prinsip keluhuran perlembagaan, Raja-Raja tertakluk kepada Perlembagaan. Raja -raja tertakluk kepada Perlembagaan, Perlembagaan memperuntukkan dalam kebanyakkan hal Raja -Raja tidak mempunyai Kuasa Mutlak kecuali dalam perkara-perkara tertentu ( lihat Perkara 39(6),40(2)).

Selain daripada kedudukan tertinggi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan bagi setiap(9) negeri Melayu meletakkan syarat bahawa Mernteri Besar hendaklah seoarang berbangsa Melayu dan beragama Islam .Peruntukan ini menjelaskan lagi bahawa bangsa Melayu yang beragama Islam diberikan pengiktirafan sebagi ketua bagi kerajaan negeri negeri Melayu.

Dalam sudut lain, adakah salah sekiranya istilah ketuanan Melayu digunakan kerana sejarah sudah dan telah membuktikan bahawa Melayu adalah pemilik tanah ini. Adakah Istilah ketuanan Melayu memberikan kesan yang mendalam keatas hubungan kaum lain di malaysia sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan?

Atau, adakah istilah sebegini cuma gimik politik? Adakah kita membunag masa bertelagah dan berdebat mengenai sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan manfaat, akan tetapi lebih kepada kemudaratan.

Tiada siapa yang dapat menyanggah bahawa Melayu adalah pemilik asal tanah ini. Tiada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa atas dasar ini Perlembagaan mengiktiraf kedudukan Melayu dan Raja -Raja Melayu. Sesiapa juga tidak dapat menolak hakikat bahawa kedudukan ini adalah hasil maufakat semua kaum.

Oleh itu. tidak salah sekiranya istilah Ketuanan Melayu ini terus digunakan. Ia hanya mengekalkan apa yang sudah ada dan bukan mencipta sesuatu yang baru dan bertentangan dengan Perlembagaan. Memperakui pemilikan dan ketuanan Melayu tidak bermakna Melayu boleh bertindak sesuka hati. Melayu sendiri sudah memperakui sistem perlembagaan yang dimaktubkan.

Melayu yang sedar bahawa didalam sistem ini tiada satu apa pun yang mutlak, kecuali diiktiraf oleh perlembagaan. Kedudukan dan kuasa (sesiapa sahaja) sentiasa disertai dengan sekatan tertentu. Oleh yang demikian ketuanan dan kuasa Melayu tidak perlu dikhuwatiri kerana Perlembagaan sentiasa mengawal selia kuasa berkenaan.

Dalam sistem Perlembagan yang ada ketuanan Melayu tidak mengancan kedudukan bangsa lain. Perlembagaan seperti sifatnya mempertahankan hak hak warganera( bahkan juga-dalam keadaan tertentu, hak hak bukan warganegara)

Mengetengahkan perkara seumpama ketuanan Melayu dalam memenuhi agenda politik amatlah tidak adil pada negara dan rakyat. Ia mendatangkan lebih banyak mudarat daripada manfaat. Ia banyak mengundang implikasi nagetif daripada p[ositif.Ini amat tidak wajar dilakukan walau sesiapa pun demi KEDAULATAN NEGARA ini.

Ahmad Ibrahim UAIM ( Fakulti Undang-Undang)
Berita Harian 7 Disember 2010

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news