Thursday, July 21, 2011

3 Langkah Bagaimana Menjadi Wanita Berfikiran Positif Tiap Hari



Wanita berfikiran positif adalah wanita bersemangat, berinspirasi, mendahulukan Tuhan dalam setiap perkara, bersangka baik dengan masalah serta senang didampingi sesiapa saja. Berikut adalah 3 langkah asas bagaimana menjadi wanita berfikiran positif setiap hari.

Langkah 1: Bersangka Baik Dengan Situasi Buruk.
Masalah, cabaran dan situasi buruk tetap akan datang dari berbagai arah. Anda tak boleh elak, tak boleh sembunyi, tak boleh lari. Untuk menjadi wanita berfikiran positif, anggap masalah sebagai sebagai peluang untuk memajukan diri. Anggap cabaran sebagai peluang untuk Anda mendiskaver kekuatan serta bakat Anda. Jadikan situasi buruk sebagai peluang untuk Anda memperbaiki diri menjadi orang baru, memperbaiki pemikiran dan memperbaiki tindakan.

Komen aku : Betul! setiap kali selepas melalui saat2 getir, kesusahan, kepayahan, kite akan dapat rasakan satu kekuatan.. Dan kadang2 aku juga terfikir, selepas survive tk pernah terlintas aku dah melalui pahit getir itu dengan berjaya... Alhamdulillah....

Langkah 2: Memaafkan Kesalahan Orang Lain Sebelum Anda Tidur.

Ego, sikap panas baran serta kesombongan membuat Anda sukar memaafkan. Oleh kerana itu, fikiran pun terbentuk penjadi fikiran negatif. Turunkan ego Anda, buang sikap panas baran, buang kesombongan. Jadilah seorang pemaaf. Maafkan kesalahan orang lain yang Anda tak puas hati dari sebesar-besar kesalahan hinggalah ke sekecil-kecil kesalahan. Amalkan memaafkan kesalahan semua orang pada Anda dari dulu sampai sekarang. Bila bangun keesokan paginya, Anda akan rasa ‘feel good’. Anda akan jadi bersemangat.

Komen aku : Betul jugak! Pada aku, kite semua manusia biasa... Setiap manusia tidak sempurna... Dan bila tidak sempurna, makanya kita akn sentiasa melakukan kesilapan... Aku pon x lepas melakukan kesilapan, so jgn aspect org lain can be perfect... Oleh itu maafkan saja.. Cuma manusia yg melakukan kesalahan dan kesilapan berulang kali, kene la di beri tahu dan dan diberi kesedaran.. Dan agak kurang cerdik la sekiranya kita melakukan kesalahan yg sama berulang kali.. Itu maknanya org itu tidak mengambil ikhtibar di ats yg berlaku..

Tapi, aku ade je wt salah yg sama berulang.. uhuhuhu... Aku manusia biasa.. kurang cerdikkah aku?

Lagi satu, sekiranya org lain boleh menerima kekurangan kite, begitu la sebaliknya... Cuma, orang yang benar2 menerima seadanya kita dan benar2 menyayangi kita sahaja akn dpt menerima kekurangan kita... 




Langkah 3: Biar Anda Kuasai Emosi,Bukan Emosi Kuasai Anda.
Wanita sinonim dengan air mata kerana emosi wanita amat sensitif. Nak menjadi wanita berfikiran positif Anda perlu tabah serta mahir mengawal emosi. Dalam apa jua perkara, kawal emosi Anda. Anda boleh berlatih mengawal emosi dengan bertenang selalu, be in control, pamerkan air muka yang tenang serta amalkan meditasi ringkas (duduk diam, tenangkan fikiran) selepas selesai sembahyang. Meditasi ringkas di iringi zikir-zikir Asmaul Husna membuat Anda mahir mengawal emosi. Lama kelamaan Anda akan mahir menahan marah, menahan tekanan,sentiasa tenang.


Komen aku : Slalunye aku dengan org lain or org luar aku leh kontrol kot emosi.. tetapi kan kalau dengan Suami tersayang ni, emosi aku sukar utk di kawal.. huhuhuh.. Itu la kelemahan ku.. So, ape lagi.. kene la suami itu yg mengawal emosi aku.. kwang kwang kwang... I leb u... mwah mwah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

Blogger news